Friday, March 9, 2012

HUJUNG MINGGU YANG HAPPENING




Anak2 sapalah manis2 ni kan?



Sabtu lepas, rumah Kjee yang hanya dihuni 3 orang, menjadi kecuh dan happening apabila enam orang kekangkawan Uni Nadia, sleepover. Snowy dan Ginger pun happy sangat sebab selama ni manalah ada orang seramai itu dalam satu2 masa!


Malam yang dia orang sampai tu, bukan main seronok lagi Kjee. Siap dia orang duduk sekelompok dan buat pertandingan bahas. Hahaha.





Siap buat pertandingan bahas



Malam tu, yanag perempuan semua tidur berlonggok dalam bilik Nadia. Yang lelaki atau bunga dua kuntum yang sedang mekar semerbak tu, tidur kat hall. Kjee tanya kul berapa tidur...jawapan berbeza. Ada kata pukul 3, ada kata pukul 6. Rasanya pukul 6 kot. Hehehe

Esoknya, dia orang pergi Bukit Cahaya Shah Alam kononnya nak berbasikal kat sana. Hmm kalau pergi dah dekat tengah hari, mana nak cari basikal. Habis orang dah orang lain sewa. So dia orang jalan dan tumpang feeder bas keliling Bukit Cahaya.

Masa dia orang tak ada, Kjee dan Unclepali sibuk kat dapur. Kjee buat fresh mushroom soup manakala Unclepali pulak marinate lamb shoulder dan juga beef tenderloin nak buat Bulgogi ala Korea. Bab marinate atau perap memerap ni memang tugas Unclepali sejak azali.

Hah amik kau...nak gambar besar2 dalam blog auntie yer...yg si sham tu enter frame gak ker. hehehehe



Kjee jugak buat custard caramel. Balik nanti dia orang kena uruskan sendiri grill lamb, tenderloin dan juga sausages.

Dia orang balik dekat pukul 4. Kjee dah kepenatan dan zzzzzzz depan TV. Kjee tersedar apabila ada bau asap. Ahhhh? Orang bakar rumah aku ker? Rupa2nya Sham tengah buat bara untuk bbq. Yang lain2 macam Saiful, Shafika, Saudah, Ezzaty dan Fareha dan of course Nadia. sibuk dari dapur ke porch depan siap2 majlis bbq. Ewah bestnya Kjee tak payah tolong!!

Anyway, semuanya berjalan lancar. Seronoknya kalau anak ramai cam tu kan? Bulan depan masa Unclepali pergi 4Life Take Action Camp kat Janda baik selama dua malam, Kjee nak invite budak2 tu semua datang lagi temankan kami. Harap2 mereka sudi.

Pandai mak bapak dia orang didik anak2 mereka. Semuanya sopan santun dan berbudi bahasa. Sopan santun? Well okaylah... cuma bising mereka cukup menghiburkan..





4 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

bestkan KJee buat bbq ni. Sy selalu jugak buat utk adik beradiklah jer. Terfikir pulak kalu anak sy besar nanti bolehlah sy panggil kawan2 dia dtg tlg buat bbq, indahnya verangan, hehehehe

[A.I.D.A N.O.R.D.I.N] said...

slm, kjee..boleh tak kalo sy nk resepi mushroom soup kak jee..

Noni said...

Bestkan kjee. sy suka sangat buat bbq camni, kalau semua adik-beradik ada berkumpul. kalau sorang-sorang, memang taklah. my incik husben malas + tak berapa pandai nak setkan api.

yanizz said...

salam kak G, nak resepi perap memerap tue bole?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...