Monday, March 26, 2012

KALAU KENA KANSER, RUPA2NYA BANYAK YANG TAK BOLEH MAKAN!

Makanan manis bantu biakkan sel2 kanser?


Ketika arwah adik Kjee mula2 disahkan mengidap kanser, Kjee tanya ramai kengkawan, makanan apa yang harus dielakkan. Maklumlah, kalau seseorang itu sakit, dia harus pantang makan.



Seorang rakan berbangsa Cina memberitahu, seorang pesakit kanser harus elak memakan organ dalam binatang macam peparu, hati, limpa dan sebagainya. Kjee tak tanya pulak kenapa. Dan terus Kjee call adik Kjee supaya jangan makan makanan2 tersebut.

Kemudian kakak ipar Kjee (sama nama dengan adik Kjee) pulak mendapati ada ketumbuhan di payudaranya. Tetapi akhirnya tidak disahkan sebagai kanser. Dia pulak kata ada orang nasihat dia supaya jangan makan telor.

Hati2 memilih sayur2an


Bekas pesakit kanser, Dato Hafifi Hafidz pulak kata tidak boleh makan ayam kecuali ayam kampung. Kjee pun beria2 benarlah nak haramkan keluarga Kjee makan ayam. Tapi tak sampai tiga bulan masuk balik ayam dalam rumah. Tapi taklah kerap sangat. Sebulan sekali jer kot. Hehehe.

Dato Hafifi jugak beritahu pesakit kanser tidak boleh makan sate serta makanan yang dipanggang atau bakar. Itu Kjee tahu sebab sate misalnya, jika dibakar, selalunya dagingnya akan menjadi hangus. Bahan hangus itu carcinogenic atau boleh mengalak pertumbuhan sel2 kanser.

Tadi Kjee surf internet cari apa lagi makanan yang tidak boleh dimakan. Alamak, kalau seorang pesakit kanser baca website tu, mesti dia ternganga. Habis tu nak makan apa kalau ikan tak boleh, daging merah (red meat) tak boleh, ayam tak boleh, telor tak boleh dan cheese pun tak boleh!

Makan sayur jer ker atau kena tukar jadi vegetarian (orang yang makan sayur2an) sahaja. Oppsss nanti kejap. Sayur pun kena pilih jugak. Tak semua sayur boleh dimakan oleh pesakit kanser. Sayur2an sekarang banyak disembur dengan pelbagai chemicals untuk membunuh serangga, sekali gus menjadi racun kepada manusia.

Rupa2nya setiap jenis kanser mempunyai makanan tersendiri yang harus dielakkan. Misalnya, pesakit kanser liver (hati) harus mengelakkan makanan yang menpunyai kandungan garam yang tinggi. Ini termasuk makanan yang telah diproses, kentang goreng yang telah dibubuh garam, kerepek2 bergaram, soup dalam tin, kicap, pop corn dan lain2.

Bagaimana pulak dengan gula dan karbohidret (karbo)? 

Kjee pernah dengar ada orang kata gula dan makanan tinggi dalam karbo seperti nasi boleh mempercepatkan pertumbuhan sel kanser. Karbo apabila masuk ke dalam tubuh kita akan berubah menjadi glucose atau gula. Dan sel2 kanser amat menyukai glucose untuk membiak. 

Jadi seandainya seorang pesakit kanser elakkan pengambilan gula dan karbo, sel kanser tidak akan ada peluang untuk hidup.

Ada kajian menunjukkan pengambilan susu (fresh milk) oleh pesakit kanser tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. Tetapi, ada kajian menunjukkan kandungan estrogen yang tinggi dalam susu yang diproses secara komersial harus dijauhi pesakit kanser. 

Seelok2nya janganlah terpengaruh dengan senarai makanan yang boleh atau tidak boleh dimakan seperti yang Kjee temui ketika Kjee surf tadi. Pening jugak kepala apabila satu kajian kata boleh dan satu lagi kata tidak.

Dapatlah nasihat dari doktor atau pakar pemakanan (dietician) daripada hospital dimana korang dapatkan rawatan. Mereka lebih tahu apa yang elok atau tidak elok untuk diri korang dalam usaha melawan kanser. Insya Allah.

semua foto album cik google

NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. FARAH NADIA BT MOHD NOH (7351002)
  3. HISHAMMUDIN B. MOHAMED ZANYUIN (7405511)
  4. FARIDAH ABD SAMAD (7480143)
  5. PAZELI BIN ISHAK (7325368) 

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)




17 comments:

MamaFaMi said...

Allah hu Akbar... ngeri betul la nak baca entry Kjee sampai habis. Kita baca sekerat jalan je... dalam pada sekerat tu pun, macam semua tak leh makan... Huwaaaa... gamaknya minum air je la... Dahlah kita ni memang kaki makan... cam no tuh! Nak sedapkan hati... kita kata kat diri kita... nak makan tu boleh, tapi berpada-padalah... tapi.. bolehkah MamaFaMi berpada-pada... hihihii... a question left unanswered!

Kjee said...

takut kan MF. Well nak buat macam mana. Kita semua ada kanser sel dalam badan tapi ada yang aktif dan ada yang tidak. mungkin kalau kita jauhkan makanan yang boleh buat sel kanser membiak, boleh kurangkan risiko kanser. Wallahualam.

CitarasaKu said...

Salam Kakjee memang betul masa saya berpantang makan dulu mmg banyak yang saya jauhi ...Alhamdulilah ikut saja saja dan episod yang menakutkan itu dah berlalu.Tapi amalan mengambil suplement dan minum air daun sireh sehari dua kali banyak membantu kearah kebaikan dalaman badan. Tak sakit pun bagus minum air rebusan daun sireh di tambah sesudu teh madu.

Cikja said...

Kak jee,
mak saya kanser paru2 stage 4,
masa mula2 dulu bila saya check dekat internet panduan pemnakanan untuk pesakit kanser memang pening ada jugak saya kawal pemakanan emak saya..

bila terlalu kawal makanan tue semua berat badan mak saya turun teruk sekali, lepas tue doktor yang rawat mak saya cakap jangan pantang makan. Pada saya semua benda yang kita ambik kena berpada..jangan terlebih-lebih & jangan terlalu sedikit.

Ezza Muffinbiru said...

My step mother kini dalam proses penyembuhan dari operation membuang payudara nya sebab kanser tahap dua..
Masaalah nya dia ni berpantang terlalu ketat..ini tak mau makan..itu tak nak..yang menjaga nya pulak naik stress sebab nak pujuk dia supaya makan.

Angah said...

saya punpening gak,...ada jugak yg kata kalao karot,ubi k entang,bawang yng dh bertunas pun tk leh mkn sebb dia akan cepatkan proses pwembiakan kanser tu..ntahla...tp lepas pada tau tu kitaelakkan la kak,kalo tak selalu gak beli yg tumbuh2 cmtu,..haha seb murah,,,rupanya dlm murah tu ada mkna nya kan kakkk....

dina said...

kakjee, mohon share kat FB... ada kawan tu dia canser, tapi tak semua kwn2 yg tau dia canser, so, entry kakjee mungkin membantu... TQ :)

Kjee said...

dina bleh jugak bukak entries bawah label Transfer factor. Ada juga citer pasal kanser situ.

Anonymous said...

ngerinya baca untuk org yg suka makan mcm saya... huhuhuhu... ngeri la bila dpt kanser...minta dijauhkan... pasni kena hati-hati dgn makanan... tak boleh nak lebih2...

Norasiah Nasir said...

Salam, kakjee.. nampaknyerr..masa kita sihat ni lah perlu kurangkan makanan yang berpotensi..saya baru je surf pasal ni..mmg kesian sgt kat mereka yag mengidap kanser...

Anonymous said...

As salam,
Saya adalah bekas pesakit kanser yang berpunca dari mengandung anggur (molar pregnancy).Menjalani 5 pusingan kimo dimana 1 pusingan adalah 10 kali bermakna saya telah menjalani rawatan kimo sebanyak 50 kali. Alhamdullillah...saya berjaya mengatasinya dengan keizinan Allah s.w.t.
Prof yang merawat melarang saya memakan ayam kecuali ayam kampung dan boleh makan apa saja yang lain terutama sayur dan buah buahan. Juga satu panduannya, pesakit dikehendaki makan banyak untuk menaikkan berat badan untuk melawan badan yang akan menjadi lemah setelah menjalani kimo. Disebabkan itu, berat badan saya telah bertambah 5 kg sepanjang 4 bulan rawatan.

Anonymous said...

Salam,
Bapa saya penghidap lung cancer tahap 4. Pada satu ketika, keadaannya sangat teruk dan saya beranggapan saya akan kehilangannya(sangat lemah, batuk darah, tiada suara, asyik berbaring dll). Setelah banyak buat research dan bertanya doktor, kami adik beradik telah bersetuju untuk membeli ubat kimoterapi, Iressa. Harganya sangat mahal, tapi kami cuba jugak. Alhamdulillah, dengan izin Allah, bapa saya mula menunjukkan keadaan semakin baik pada hari ke 4, dan sudah mula boleh menaiki motosikal dan ke surau pada hari ke 20. Sekarang dia masih lagi makan pada hari ke 45, dan nampak semakin baik. Kami bercadang hendak hantar dia ke ct scan pada bulan JUlai ini. Kepada pesakit paru2 tahap 4, yang keadaannya sangat dalam kesakitan, saya mencadangkan untuk anda cuba ubat ini (iressa atau pun Tarceva) dan di dalam kawalan doktor anda. Harganya sangat mahal(RM9,000 untuk 30 hari) tetapi demi usaha untuk meringankan penderitaan orang tersayang, saya cadangkan untuk berusaha selagi boleh. Saya rasa doktor kanser anda tahu mengenai ubat ini. selamat mencuba. Hanya nak share experience saya.
p.s. pada masa sama, kami adik beradik telah menukar diet makanan bapa, dan juga supplement2 untuk membantu mengingkatkan kesihatannya.

Amanda said...

Assalam saudari...ayah saya juga penghidap Lung Ca Stage 4..boleh saya tahu diet pemakanan ayah saudari?

Anonymous said...

salam.. saya baru didiagnosis kanser paru-paru tahap 4. saya dikesan mempunyai tumor setelah mengalami batuk kronik yg agak lama dan sebenarnya saya sendiri tidak pernah merasa adanya tumor di kawasan paru2 saya. saya sendiri masih memandu dan pergi ke sekolah sehari sebelum didiagnosis. Doktor pakar yg merawat saya berkata keadaan saya tidak menunjukkan saya berada di tahap 4. saya akui mudah letih, tetapi batuk saya tidak pernah keluarkan kahak berdarah dan saya boleh bercakap spt biasa kecuali sering terganggu bila batuk menyerang. tekanan darah saya juga normal dan organ badan saya yang lain masih okay, alhamdulillah. sebelum saya didiagnosis oleh doktor, saya sudah berkunjung ke pusat rawatan Islam al hidayah dan dari situ saya mengamalkan pembacaan ayat al quran secara berterusan pagi dan malam. Bila doktor bertanya ada ambik apa2 supplement..saya rasa itulah jawapannya ..solat tahajjud, doa,zikir dan sentiasa membaca al quran. skrg saya diberi rawatan dgn memakan ubat kimo, Iressa. Saya agak terkejut bila rakan di atas menyatakan harganya RM9,000 utk 30hari krn saya mendapatnya melalui hospital dgn harga lebih rendah iaitu sekitar RM 5,000. mmg mahal , tapi itulah harganya perlu ditanggung demi kesihatan. saya juga mengambil supplement cordyceps, mengamalkan madu dan habbatus sauda'. ttp ubat yg paling menenangkan saya adalah sentiasa 'berbicara ' dgn Allah swt .. apabila saya tidur malam saya akan pasangkan mp3 al quran di telinga saya semoga sel2 kanser tersebut akan musnah, insyaAllah. Tentang pemakanan , saya juga antara pesakit yg buntu, selera saya mmg mahu makan semua tapi terpaksalah jaga , dah jadi ala2 vegetarian. saya hanya makan ikan tertentu, ayam kampong atau organik sekali sekala sayur2an dan buah2an ,daging langsung saya tak sentuh dan langsung tidak makan gulai atau makanan yg dimasak minyak penuh. memang menyeksakan..sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat..tapi kalau sudah ditakdirkan begini, redha dan sabar sahaja krn Allah menjanjikan 1000 kebaikan dan mengurangkan 1000 kejahatan setiap hari.. semoga Allah memberi kesembuhan. ameen

Anonymous said...

Assalamualikum,
Apakah pemakanan yang sesuai untuk pesakit kanser payudara selepas pembedahan???

MyAsteria said...

Elok juger share info begini ..
http://makaniaga-malaysia.bugs3.com/

FAUZAN BLING BLING ENTERPRISE said...

Assalamualaikum,
Sekadar berkongsi pengalaman tentang pemakanan selepas pembedahan kanser payudara mak saya.. awal2 doktor bg tauantara stage 3-4, then masa nak buat radioterapi ckp stage 2 pula.. alhamdulillah...sekarang tengah buat rawatan radioterapi 28 kali ikut rancangan.. di ikuti dengan kimo..

kami sekeluarga mmg bnyk cari apa yg boleh dimakan memandangkan dah x bnyk benda yg boleh di makan..dia mmg kuat pantang... apa yang mak saya makan..

sayur dan buah: brokoli, cendawan shitake, durian belanda, daun durian belanda, daun belalai gajah, biji aprikot, habbatus sauda,epal, carrot, betik, pisang kelat keling, buah naga, mangga lemak.

nasi : beras perang, spageti

lauk : ayam organik dan ikan selar, belut

garam halagel, gula perang, gula organik, garam organik, minyak zaitun,...

pengalaman kawan2 seangkatan ma: suruh elak makan produk gamat dan ikan haruan.

betul2 pantang manis, masin, masam, minyak, kalau boleh jangan dekat2 dengan orang yang tengah menggoreng dengan minyak banyak.

paling penting EMOSI PESAKIT DAN SOKONGAN KELUARGA.

harap dapat membantu.

p/s: durian (raja buah) pesakit kanser boleh makan ke x? pls share sape2 yang tahu.

tq

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...