Thursday, March 8, 2012

KARI IKAN DENGAN BENDI ALA INDIA





Hari ni letih sungguh. Dari pagi dah keluar rumah uruskan kereta Nadia yang ditinggalkan di tempat letak kereta seberang jalan dari Polis Dang Wangi, malam tadi sebab tenggelam dalam banjir.


Kami brunch kat Restoran Upik kul 12 tengah hari lepas hantar kereta Nadia ke bengkel di Kampung Baru. Makan pun tak berapa nak selera sebab penat. Pastu kena pergi opis pulak.

Anyway, dalam perjalanan balik dari opis, tetiba tekak ni teringin lak nak makan kari ikan bawal hitam. Bukan makan kat kedai tapi masak sendiri. Unclepali pun terus drive ke tempat biasa kami beli ikan segar di Kampung Melayu Sungai Buloh.

Sebenarnya ikan bawal hitam dah beli dua hari lepas. Tapi hari ni Kjee beli jugak sebab malas nak keluarkan ikan yang dah beku dalam fridge. Kjee beli tiga ekor dengan harga RM15. Kjee singgah jugak satu kedai runcit dekat situ beli bendi.

So sampai jer rumah, tak sempat tukar uniform terus masak. Unclepali pulak tolong goreng pekasam ikan puyu. Sedapnya. Ada baki lagi kari. Esok boleh buat lempeng dan makan untuk bekfas.

Resipi kari ikan dah banyak kali Kjee bagi. kalau nak, klik sini. 



2 comments:

wan tam said...

terbaikkkkkk!!!

zinnur'ain the love of my life said...

sedapnyaa nampak kari kak jee nih ... terliur dibuatnya ! ..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...