Friday, March 30, 2012

PAU JELIRA YANG SEDAP DAN PUFF KAWAN SAIZ BESAR



Gebu dan banyak inti. I like!!!

6 biji RM6.50.


Kjee suka sangat makan pau. Oleh kerana kebanyakkan mereka yang menjual pau yang tidak menepati citarasa Kjee, maka Kjee selalu beli pau frozen kat supermarket. Nak buat sendiri tak reti.



Dua minggu lepas, ketika dalam perjalanan pulang ke KL dari kampung di Ulu Jempul, Pahang, Unclepali stop seketika di R & R Lancang. Unclepali beli air. Dari dalam kereta, Kjee nampak kiosk pau Ahmad. Kjee beri isyarat kat Unclepali suruh beli dua biji. Nak test sebab tak pernah makan pau Ahmad selama ini.

Masuk je dalam kereta, terus Kjee makan. Terkejut besar Kjee! Sedap sangat pau kacang merah tu! Unclepali yang jugak suka makan pau amik dari Kjee dan makan. Kemudian dia cepat2 turun balik dan beli lagi empat biji.

Kjee tahu Pau Ahmad ada di jual di KL tapi kalau mencari memang tak jumpa. Kalau tak nak, merata ada orang jual. So Ahad lepas kami balik Pahang sebab ayah sedara Unclepali meninggal, masa balik, Unclepali dah tak payah didingatkan lagi. Sampai Lancang terus dia stop. Kjee suruh Unclepali beli yang frozen nak bawak balik tapi dah habis.

Semalam, masa kami bekfas di restoran Rasamas Sungai Buloh, Kjee nampak Kiosk Pau Jelira. Hmmm. Nampak cam sedap tapi takut tak sedap. Tapi Kjee order satu biji pau kacang merah. Waduhhh memang menepati citarasa Kjee. Rasa sebijik macam Pau Ahmad! Kjee terus order 1 peket yang frozen. Harganya RM6.50. Kalau beli yang dah kukus, harganya RM1.50 sebiji.

Pagi ini, Kjee kukus untuk sarapan. Memang sedap dan puas hati. Nadia tak payahlah nak  belajar buat pau sebab senang jer nak beli. Murah pulak tu. Kjee akan stok pau ini kat rumah untuk dihidang kalau tetamu datang mengejut.

Dan ada satu lagi barang yang Kjee nak tunjuk. Jeng jeng jeng. Ini dia puff pastri saiz besar yang Kjee mencari selama ini. Jenama Kawan. Kjee beli di Jaya Grocers dengan harga RM12.90 sepeket 5 keping. Boleh buat macam2 ni. Kalau beli yang kecik 4 x 4 pun okay gak tapi hanya boleh buat puff kecik2.

Nadia dah order Kjee buat macam2. Hehehe

9 comments:

Faza said...

Kulit pastri KAWAN tu ada 2 jenis Kjee. Yang macam Kjee beli ni (plain) dan 1 lagi jenis gandum penuh. Kaler biru tak silap. Harganya pun mahal skit. Yang bestnya, kalau nak buat pai atau pastri, tak perlu susah2 buat doh dah la. Very like!

Jaja said...

saya pun suka sgt makan pau... dulu penah terima fwd email dari kwn2 yang pau Ahmad ni pau cina, siap sertakan gambar lagi... ada la berjela-jela kisahnya... nama ahmad ni diambil sempena nama pemandu syarikat tu Ahmad... hahaha... entah betul entah tidak... biasa la kdg2 email ni bertujuan nak musnahkan bisnis org lain yang dah maju... kak Jee penah rasa tak Pau Yik Mun Tanjung Malim?... penah kuar kt tv..halal...bagi saya itu the best....

Noni said...

Selalu kalau pergi supermarket, nengok2 jugak, tapi tak pernah terserempak. Belum jodoh agaknya. huhuhuh... :(

Mat Gebu said...

Salam dear kak jee...
Kak, flexi pastry tu kan tak berapa nak sama dengan puff pastry, bila akak bakar, tak berapa nak berlapis sangat...takpe akak try test dulu tengok macam mana...ok... ^__^

areyou said...

kak kg sy ulu jempol tu,... bangga jab,.. he3

ishy77 said...

mmg pau ahmad tu owner dia cina..tp ade halal rasanya..tau pun sbb ade kawan yg keje dgn hab halal Jakim cerita.. sbb dia guna nama melaya so kite pun assume pau org melayu..tp bukan melayu ye..

Anonymous said...

peh sedap nya " PAU " ni bulat , tegang dan gebu. Aku cadangkan suruh nuar rasa tentu dia boleh komen. Jangan mare! nanti kena jual

zamie a.k.a az said...

Ulu jempul???? kita berjiran kg la K.jee..
sy kt Jengka..

Faerie_Princess said...

salam kak jee..
selama ni silent jer.. kali ni nk "tumpang lalu" plak heheh.. satu lg kak jee leh try pau kat restoran mohd chan.. mmg sedap. sy ni hantu pau gak, tu yg kalu ada pau pantang jer nk beli heheh..x silap pau ahmad tu ada gak jual kat petronas tp tak semua ada.. mmg susah nk cari.. yg pau tanjung malim tu mmg best tp skrg ni status halal dia diragui skit sbb local kat sana pun dh was2 nk beli sbb since ank2 dia amik alih depa x brp nk "jaga" sgt lg.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...