Saturday, March 3, 2012

PVC DENGAN LEATHER...KORANG PASTI DAPAT KENAL BEZA?

IKLAN BERBAYAR



Kelmarin, Kjee dan Unclepali ronda2 kat kawasan Bandar Baru Sungai Buloh. Tak ada kerja apa2. Cuma suka sangat tengok kilang2 yang buat macam2 barang. Semuanya ada rupa2nya kat kawasan itu. Dan Kjee rasa semua barang situ memang tempat orang meniaga amik stok.

Dah sampai sana, terus kami ke kilang Ah Chai. Saja nak tanya khabar dan intai2 kalau ada keperluan lain kami. Bukan nak beli tak tengok2 jer. Hehehe.

Di pintu masuk kilang, kami nampak sofa ini. Cantiknya. Kaler macam sofa Kjee tapi kemasan leather atau kulit. Awak ingat kulit ker, sapa Angel yang nampak kami datang. Bukan kulitlah Kjee tapi PVC quality baik.

Fuyooo kalau Kjee pergi ke showroom perabot, sah2 dah kena tipu salesman tu kata kulit. Dasyat betul pengeluar PVC dari China dan Korea yang boleh tiru sebiji macam kulit! Dan kalau PVC, hanrganya pasti lebih banyak murah dari kulit kan?

Suaminya Ah Chye bawak kami masuk pejabat dan tunjuk gambar sofa yang Kjee nampak kat luar tu. Ini dia gambar sebelum jadi macam itu, kata Chye sambil tersengih.

Rupa2nya sofa hitam tadi yang dah rosak boleh ditukar jadi yang baru. Cantik dan kemas sekali dia orang buat sampaikan Kjee pasti pemiliknya tentu happy giler.

"Tapi daripada tukar kain atau PVC, lebih elok buat baru. harganya sikit lebih kurang sama. Boleh dapat rangka kayu yang baru dan lebih kuat (kukuh),' kata Angel. Tetapi, kalau pelanggan tetap mahu tukar, mereka tetap melakukannya.

Tapi kalau korang nak tukar pelapik jer, dan harga sikit lebih kurang dengan yang baru, elok beli jer baru. Sah2 dapat set sofa baru kan? Pepandai je kita, Hehehe

Kemudian Kjee nampak satu arm chair yang Kjee minat. Dalam fikiran Kjee, ada satu sudut yang boleh Kjee letak. Tunggulah dulu kan. Banyak lagi keperluan lain seperti wardrobe bilik yang harus dibeli.

Kjee tengok kilang Ah Chai bukan main sibuk sekarang. Sarat barat dengan  perabot. Dua biji lori dah tunggu kat luar nak pergi hantar.

So kalau nak pastikan order kita dapat disiapkan dalam tempoh yang kita perlukan (Raya dah tak sampai setengah tahun), baik korang booking dulu dari sekarang. Nak amik dua tiga bulan lagi pun tak apa. Hulur je duit deposit sikit, ikat Ah Chye supaya dia komited kena siapkan dalam tempoh yang kita nak.

Mulai bulan ini, kilang mereka buat kitchen cabinets yang eksklusif untuk orders sahaja. Maknanya, apa yang korang buat untuk dapur korang, tiada dijual dimana2. Hmmm. Kitchen cabinet Kjee baru berusia sebulan. Tunggu 4 tahun lagi kot. Hehehe.

Nak contact Ah Chye atau Angel, klik sini.



.





5 comments:

MatahatyCikMentega said...

dulu pnh ikot ayah g kilng perabot mcm tu...:)
sy follow akak...:)

http://matahatycikmentega.blogspot.com

inilah aku said...

saya kerja kilang perabut sebagai designer perabut... he he he tapi kat seremban..

Uncle Lee said...

Hello Kak, I was at MamaFami blog nak check out noticed your very nice smile, I buat U turn busybody sini.
I suka these leather sofas. Very comfy. Ini kalau duduk tengok TV tentu mata tutup tidur, ha ha.
You have a nice day, and keep a song in your heart.
Best regards.
Lee.

Nazura Naa said...

bapa saudara sy pon amik tempahan jahit semula sofa2 or kerusi pengantin yg dah koyak mcmtu...

mal dbi said...

auntie jee, nie sofa mama sy pnya..sblm nie bwt ngn org melayu kt seremban,tp mcm nie la jd dia......xbaek btul bgsa sndiri tipu sesama bangsa,ingt nk tolong dia

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...