Friday, March 16, 2012

RENDANG AYAM KELANTAN PEDAS






Ini lauk favorite arwah Bonda. Kalau fav beliau, pasti jugak fav anak2 dan cucu2 dia. Habis tu kalau seminggu, pasti sekali dia masak lauk ni, takkan ke tak jadi lauk fav kami semua kan?



Kjee dah plan nak masak rendang Kelantan ni sejak minggu lepas. Kelmarin gi Hero beli ayam. Pastu semalam masa bertemu dengan seorang fren, dia tanya bila nak masak Rendang Kelantan? Hehehe eloklah tu. Macam dia boleh baca apa yang Kjee fikirkan. So kejap lagi nak gi antar sepiring kepadanya.

Rendang ni pelik sikit sebab tak guna lengkuas dan jugak kerisik. Kjee rasa tukang masaknya orang Kelantan yang ada waris di Thailand. Sebabnya? Rendang ni ala2 Thai Red Curry yang kering.

Kjee suka masak rendang ini ala2 lembap. Tidak terlalu kering. At least boleh cicah dengan roti atau pun roti jala kalau tak makan dengan nasi atau pulut.

Rendang ni cukup rasa pedas, masin dan manis. Ala2 tiga rasa gitu.

Selamat mencuba. Resipi di sini.  


6 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

lepas Kak Jee war2kan di fb nak masak rendang Kelantan ni, kita sabar menanti entry Kak Jee ni, nak request ngan encik suami, kalu lulus dapatlah saya merasa Rendang Kelantan resepi Kak Jee ni.. tq, Kak Jee

makcikkantin said...

mmg lah makcik tak dapat nak rasakan...but it looks very nice in the gambar...

Anonymous said...

sungguh menyelerakan..nyumm2....

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum Kak Je wah dah siap ye...mmg menyelerakan betul kata akk tu ada mmg 3 rasa..lain yg lain sbb x letak lengkuas dan kerisik..buat basah leh mkn sama roti

Terima kasih byk kak jee sbb bagi ider utk saya masak lauk tghari ni....

Qasey Honey said...

sedap la Kak Jee tgk rendang kelantan tu...xpenah lg rasa ni...teruja pula utk mcuba...

The Slave Of Allah said...

Kjee masak ayam jenis apa ni kjee?? sbb dulu kjee cerita x nak makan ayam dah.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...