Wednesday, March 14, 2012

ALFATIHAH NURUL NADIRAH








Susah betul Kjee nak tulis entry ini. Kat luar tengah hujan renyai2 tetapi Kjee rasa jap lagi dalam rumah pulak banjir. Kjee pasti korang dapat agak citer apa Kjee nak tulis. Tetapi sebelum itu, jom kita semua sedekahkah Al Fatihah buat Adik Nurul Nadirah. Amin.

Orang Melayu mudah lupa, kata2 keramat Tun Mahathir. Ini bukan kes pertama yang terjadi kepada anak2 dibawah umur. Ada yang kena rogol, liwat dan dibunuh dengan kejam. Kes Nurul Nadirah atau manja disapa Dirang adalah kes pertama yang membabitkan mayat mangsa dibakar.

Bagaimanapun, semalam, polis masih menunggu hasil ujian DNA keatas gigi mangsa terbakar itu. DNA lain sepadan dengan ibunya. Tetapi polis masih tidak puas hati dan berharap ujian keatas gigi mayat yang rentung itu akan mendapat jawapan yang lebih tepat.

Jom kita sama2 berdoa agar hasil ujian DNA keatas gigi mayat rentung itu, tidak menjurus kepada DNA Dirang. Mudah2an Dirang masih hidup dan disorokkan dimana2. Insya Allah.

Tadi, Kjee tengok MHI dengan tetamunya seorang pakar motivasi yang Kjee terlupa namanya. Kjee hanya pasang telinga sikit2 sahaja sebab Kjee tak sanggup nak dengar apa yang dikupas oleh pakar itu.

Menurutnya, siapalah sangka seorang anak yang sudah biasa dengan jalan dari rumah ke kedai yang hanya sepelaung dari rumahnya akan menemui ajal cara itu.

Kjee tahu ramai yang marah2 kepada ibu Dirang kerana membiarkan Dirang keluar ke kedai seorang diri. Sudah pasti yang marah2 itu ada anak2 sebesar Dirang. Kjee pernah ada anak sebesar Dirang. Dan Nadia juga dibenarkan ke kedai berdekatan untuk membeli cekelat ataupun ais krim.

Itulah budaya kita selama ini. Apabila anak2 sebesar Dirang merengek hendakkan sesuatu, secepat kilat kita hulurkan duit kecik untuk dia pergi beli. Ini adalah agar dia diam dan tak merengek menyusahkan kita sebab banyak lagi kerja rumah lain yang harus dibereskan.

Tetapi ajal maut tidak boleh kita hidu. Itu ketentuan Allah swt.

Seandainya benar (menurut polis) salah seorang saspek pembunuhan itu ialah ayah kandungnya sendiri, maka Kjee rasa Dirang telah diperdaya. Dia kenal orang itu sangat2 sebab itu agaknya dia ikut orang itu. Mungkin ibunya tidak pernah memberitahu supaya jauhkan diri dari orang itu walaupun ada kaitan darah dengannya.

Masa Nadia kecil dulu, Kjee tak marah kalau dia memekik atau sepak terajang orang lelaki yang mendekatinya. Kjee seringkali membawa dia ke lokasi penggambaran. Kekadang Kjee tengok dia buat 'flying kick' keatas budak2 crew yang ada berdekatan. Kjee tak pernah marah dia,. Tetapi apabaila Kjee tanya dengan lembut kenapa dia buat begitu, dia kata abang tu nak peluk dia.

Abang tu mungkin niat baik nak peluk Nadia sebab masa kecik dia keletah dan boleh dikategorikan comel. Dalam hati Kjee, kalau  Nadia memberontak seperti itu apabila disentuh, itu petanda baik. Seandainya cuba diapa2, pasti dia boleh jaga dirinya. Alhamdullilah dengan izinNya, Nadia selamat di zaman keciknya.

Berbalik kepada kisah anak2 kita baik yang perempuan atau lelaki. Satu ketika dulu, masa Kjee kecik2, bonda ajar kami suapaya jangan kurang ajar dengan orang yang lebih tua. Kalau kami lakukan sesuatu yang pada matanya, jelik, siap ko. Balasannya setimpal dengan apa yang kami lakukan.

Itu dulu. Dulu lain, sekarang lain. Seelok2nya, anak2 diusia sebesar 4 atau 5 tahun iaitu ketika di Tadika, diharuskan mengajar mereka silat, karate, tae kwon do atau apa sahaja seni mempertahankan diri. Ajar mereka teknik untuk menyelamatkan diri kalau terasa dirinya dalam kecemasan.

Itu lebih elok daripada mengajar mereka menyanyi London Bridge Is Falling Down atau Twinkle Twinkle Litte Star beratus kali sampai si ibu kat rumah pun sama2 menyanyi bersamanya!

Masa Nadia kecik, Kjee dedahkan dia kepada filem2 Kungfu di TV. Kekadang Kjee senyum dengar dia terpekik terlolong buat flying kick seorang diri dalam rumah. Dah ramai budak2 crew kena flying kick dia.

Jadi, kalau kita tidak boleh ramalkan ataupun merasa was2 kalau anak kecil kita bermain di taman atau pergi ke kedai berhampiran, eloklah kita bekalkan mereka dengan sedikit sebanyak ilmu mempertahankan diri. Didik mereka supaya jangan percaya walau sesiapa pun. Suruh mereka cepat lari balik ataupun kepada sesiapa yang mereka kenal dan rasa selamat.

Tetapi ramai jugak manusia yang gila di sekeliling kita. Yang ada kaitan darah pun sanggup buat kerja gila. Jadi, pepandailah kita jaga anak2 kita. Ajal dan maut di tanganNya. Tetapi kita juga disuruh berusaha
 kerana anak2 itu suatu amanah.

Tapak dimana Dirang dipercayai dibakar










7 comments:

Anonymous said...

zaman dulu lain, masayarakt ambil pusing siapa tinggal dalam sesuatu kawasan, penyangak nak masuk kampung pun tak berani.

zaman sekarang jiran sebelah penagih dadah pun kita tak tahu. kalau tahu dan adu pun pengurusan penduduk kata kita tak ada bukti walaupun kacau ganggu dah bermacam macam berlaku. sebab tu jenayah bebas dilakukan.

Ummi Anie said...

lepas kisah arwah adik Faris,kisah Dirang pula mengundang airmata....

Anonymous said...

xtahan tgk berita ni,since dia hilang sampai dia temui ajal...saya berdoa sgt spya dia ditemui,malangnya dia telah pergi mengadap Ilahi,menangis saya tiap kali membaca kisah beliau.terbayang2 wajah nya di ruang mata sayasetiap kali ingin tidur.
kerana anak saya pun lebih kurang aje sebaya je dgn Dirang.
Syurga la tempat mu,Dirang.
Al fatihah

Aina said...

saya memang menunggu kak jee menulis pasal ini... sy tak rasa ibunya patut disalahkan.bila kata malang x berbau, kekadang yg sekali kita terlupa itu jadi yg tidak diingini...kesian tengok mak dia menangis.hatta kita yg tidak bertalian pun sedih..

Insha Allah dia ditempatkan di syurga.

Bubub said...

Pastinya tempat Dirang di syurga, dan InsyaAllah akan dibawa ibunya bersama... Aunty, sy suka bila aunty cakap nadia bleh lawan2 dari kecik...sy pon bersyukur lasakdan kelasakan sy tu sy guna untuk mempertahankan diri dan sy dapat pegang suruhan ayah"kenal mana2 lelaki sekali pun jgn bagi dia sentuh walau sikit pon"..alhamdulillah. sy syukur. dan sy rasa xsalah anak2 perempuan dilatih menjadi pandai mempertahankn diri

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

I so hoped they'll find the little girl...Alive...not dead like this. When I read that they found charred remains of the poor girl, I shed tears. What a beast would the killer have been? I too hope they'll find the culprit soon and punished immediately.

RIP for the little soul. We are just so freaked out as we have kids too...

I still have not forgotton what happened to little Nurin Jazlin :(

babylove said...

sedih dgn apa yg terjadi...semoga dapat jadikan pengajaran buat kita.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...