Monday, March 19, 2012

TERUNG BAKAR GORENG BERLADA UDANG KERING





Kjee buat lauk ni semalam. Selalu Kjee goreng jer tapi kali ni Kjee grill atas grill pan atau kuali sampai ala lembut. Kemudian Kjee tumis tiga jenis cili - merah, hijau dan cili padi (untuk lagi ummppphh) bersama bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk kasar2.

Masak sampai garing. Bubuhlah garam, perasa kalau nak ataupun sedikit gula. 

Susun terung yang telah dibakar dalam pinggan dan curahkan tumisan lada tadi.

Sebelum tumis tu, Kjee dah goreng garing2 udang kering kecik2. Kalau udang kering korang jenis besar2, tukbuklah manja2 gitu baru digoreng dalam minyak yang boleh tahan sikit. Asingkan. Masa nak hidang baru tabur atas lauk.

Ini pembuka selera Kjee. Terung banyak khasiat dan vitamin. Kalau tidak takkan semua bangsa seluruh dunia suka makan terung. Kat negara barat di panggil Egg Plant. 

Kalau nak resipi, boleh tengok sini 



8 comments:

Anonymous said...

ini antara menu favourite saya. Sama ada terungnya di goreng dan di simbah berlada atau dibakar, saya memang 'berhantu' menengoknya. Terkini saya try terung bakar berlado di Restoran Ayam Penyet di Sg Buloh ( sederet Sendayu Tinggi ) .. memang enak.

wani said...

gulppp,hmm terus timbul nafsu makantghari ..sedap tu kakkk jee

ieda79 said...

terima kasih kjee kongsi resepi..dah try..sedapp

nanie said...

sedap nyer kak jee. nampak gambar je...terus jd lapar..:)

Anonymous said...

salam,

nengok resepi k'Jee terbayang recipe italy..

'eggplant parmigiana' it is a lightly breaded eggplant, fried and topped with marinara sauce, mozzarella and parmesan cheese. kemudian dibakar layer by layer ala2 lasagna.. or sometimes is served with spaghetti... hmm.. those yg pernah rasa terung yg dimasak pasti boleh menggambarkan d softness n sweetness flavor of d cooked eggplant. :)

ryaha,
FoCo, Colorado

Najiah said...

aunty...weekend hr tu sy pon wat trung bakar. sameeeela ngan kiteeeee =D ...tp tumisan atas tu curah air asam jawa+bwang n belacan..masam2 manis, tmbah grm gula n perasa... resipi org bujang...trong mmg sodap..nt nk try mcm aunty plak =)

MamaFaMi said...

Mak oi, mengancam betul la gambar masakan Kjee ni... bergetar jiwa dan raga... tak leh renung lama-lama... bahaya!

Ana said...

Kjee..thanx for recipe... bab terung2 ni, sy mmg suke... jenuh memikir nak msk pe untk sahur or buke... resepi ni mmg nampak sedap. Nak try!!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...