Thursday, March 1, 2012

TERUNG BERLADO UDANG KERING





Dah nak dekat Maghrib tadi baru sampai rumah. Tadi Unclepali teringin nak makan JCo donuts. So kami pergilah ke Giant, Kota Damansara. Dalam kereta dah ngappp tiga biji. Bukan Kjee tapi Unclepali. Lepas itu, kami ke Kpg Melayu Sungai Buloh. Dah dekat pukul 6.30 ptg. Beli jerlah apa yang ada.




Unclepali pilih 5 ekor ikan selar kuning yang besar2. Dari jauh (biasalah Kjee duduk dalam kereta), Kjee ingatkan ikan Mabung. Balik rumah terus siang dan goreng garing.

Kjee ni cerewet kalau makan tak ada sayur. Nasib baik dalam fridge ada terung pendek yang beli kat Hero, minggu lepas. Masih elok. So Kjee buatlah Terung Goreng Berlado stail Kjee yang udang keringnya digoreng garing2. Hari ni Kjee guna cili api yang hijau jer sebab tu kalernya tak lawa.

Tengah masak, dengar azan bergema dari mesjid di jalan besar. Apa lagi lintang pukanglah masak. Nyamuk pun kenyang jugak lah kenduri darah Jawa dan Melayu tadi.

Menu ini pembuka selera. Belum makan lagi. Nak tunggu Nadia balik makan sama2.

Nak resipi sila klik sini. Udang keringnya mesti digoreng garing diasingkan. Pastu lepas tumis lada dan bawang, masukkan terung goreng. Bila nak hidang baru tabur udang kering garing. Sodap sangat! Kena pulak dengan ikan sepat pekasam, ikan goreng selar kuning dan budu. Adoiii...mak mertua tolong jangan lalu. Hehehe




9 comments:

Anonymous said...

Sedapnya terung goreng berlado ... Masakan minang ni .. =)

-che nad

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

kak Jee, salam malam.Mesti sedap ni.

eliyaezlinalias said...

Trung kalo goreng mmg besh lmbut silky jek isi nyer

rahel said...

waduh..enaknya terong balado itew..

che dai said...

halahhh, tiba-tiba lapar pulak. Nak try ah...

Mat Gebu said...

Esok saya buat!!....tengok lahh nanti... ^__*

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
sedaaapnya tgk terung tu akak... terliur diana tgk.. mmg fav kalau terung nie

~azillakhalison~ said...

menariknye terung nihh..hehe mesti cube ni :)

nadyrah khairy said...

sedappppnye terung goreng cenggini......tengok je pon blh buat rs lapo.......=D

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...