Sunday, March 4, 2012

YAHOOO NADIA DAH START BUAT ROTI BALIK!!




Pagi semalam Nadia ikut Kjee pergi kedai bahan2 bakeri LMC kat Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh. Hehehe Kjee tahu perut dia kecut apabila Kjee bawak dia sebab dia bakal jadi mangsa Kjee! Siapa lagi nak kena buat roti dalam rumah ni kalau bukan dia kan?



Kjee bukan tak boleh buat tapi kalau kita ada anak dara yang pandai buat, kenapa nak penat2 badan kan?

Actually Kjee taklah minat sangat nak suruh dia buat roti. Kjee cuma teringin nak suruh dia buat cinnamon rolls dan tuna cheese rolls macam yang kami makan di Sedenak dulu. Kalau ke Sedenak makan Tuna Cheese Rolls, korang agak ler rumah sapa kan? Siapa lagi kalau bukan Chef In The House femes tu aka Che Mat Gebu.


So tadi Kjee hangkut ceddar cheese, tin tuna flakes in oil, high protein flour dan macam2lah lagi sebagai persediaan untuk buat (Nadia buat) dalam masa terdekat ni. 

Gebu kan! Sedap makan panas2. Ini yang Nadia buat dulu
Dan tadi, sebaik sahaja dia melangkah kaki ke dalam rumah setelah menjemput frens dia sleepover, Kjee sengih2 dan suruh dia buat roti paun atau benggali. Gambar yang Nadia amik tu masa roti tu baru keluar oven. Tapi Nadia tak bagi usik. Itu untuk bekfas, dia kata.

So bekfas kami pagi ini (eh masa tulis ni dah pukul 2.10 pagi), ialah egg on toast. Tunggu yer Kjee tayang gamabr nak bagi korang jeles.

Nadia dah lama tak buat roti paun ni sebab sebelum ni, dua kali dia buat tapi tak naik. Bantat. So dia kecewa ya amat2 dan tak nak buat lagi. Tak tau kenapa boleh naik cantik malam tadi. Mungkin rezeki dia nak tayang roti yang dia buat kat kawan2 dia.

Roti ini dibuat guna breadmaker Noxxa dari Amway. Masuk jer bahan2, tekan punat, dua jam kemudian roti siap.

Roti red bean paste antara yang pernah Nadia buat




6 comments:

ibh said...

Aslmkm kakjee
Wah Kak Jee untung la ada anak dara yg pandai meroti kan. Gebus ja hasilnya.:-)

Aina said...

bestnya.....rindu roti mak mertua saya pulak.dia pun handal buat roti ni:)

ejaescobart said...

Kak jee.. kat rumah saya ada oven Noxxa ni tapi manual dah x tau p mana.. tanya mak dia pun tak tau nak buat cemana.. boleh x kak jee kongsi cara2 nak buat roti ni guna oven Noxxa tu.. terima kasih.. :-)

Anonymous said...

Kak Jee, sedap buat roti sendiri, terjamin halalnya, tapi ya lah, ada kala menjadi, tak menjadi, selalu frust macam ni. Breadmaker dari Amway yang disebutkan, berapa harganya? Tak pernah tengok di kedai Amway dekat2 tempat kita pon? Baru lagi agaknya...

Maz

Kjee said...

dah berzaman kot BM Noxxa ni. Kjee baru beli dekat 2 tahun. kalau tak silap, harganya tak sampai RM800.
yg dah hilang manual tu, tak tahu nak tlg camner. gi cari pengedar amway mintak dia. nadia yg buat bukan kjee. kjee memang tak pernah pas bab guna gadget2 cam ni.

Mat Gebu said...

Kann, siapa eks kat sedenak tu...tak berapa nak kenal lah...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...