Monday, April 30, 2012

30 TAHUN SENGSARA PENYAKIT TELINGA!


Sehari sampai 20 kali buat macam ini!! - foto ehsan google 



Kjee nak kongsi kisah ini dengan korang semua. Maaflah story ini  agak peribadi dan mungkin ada yang tidak suka membacanya. Tetapi Kjee rasa Kjee bukan keseorangan mengalami masalah ini.




Sejak hampir 30 tahun lalu, Kjee telah mengalami masalah di telinga. Kalau tidak silap Kjee, ia bermula dengan telinga sebelah kanan. Ia berlaku ketika Kjee berlakon dalam satu drama (dah lupa judul). Hanya Kjee ingat ia antara drama swasta pertama RTM. Pengarahnya Aziz satar.

Dalam drama itu, Kjee (berlakon sebagai orang terencat akal) kononnya jatuh dari atas bukit. Kemudian kononnya kepala terhentak batu lalu mati. Mekap artis drama itu bubuhlah darah pelsu kat kepala Kjee. Darah itu dibuat dengan campuran kopi pekat, pewarna dan madu.

Memang cantik kaler darah itu. Macam real. Tetapi malangnya, Kjee tak perasan masa shooting, ada darah pelsu itu mengalir masuk ke dalam telinga Kjee. Lepas scene tu habis Kjee ke sungai berhampiran dan cuci saki baki darah pelsu tanpa perasan ada dah masuk dalam telinga.

Tak lama selepas itu, telinga Kjee mula gatal. Apa lagi, Kjee pun gunalah cotton buds untuk bersihkan telinga (ala2 menggaru jugaklah). Kjee rasa setakat 30 tahun ni Kjee dah guna satu kontena cotton buds! Serius!!

Dah guna 1 kontena selama ini agaknya. Hehehe
Gatalnya tak boleh nak cakap. Bila gatal jer, Kjee guna cotton buds. Kalau ke klinik, doktor marah guna cotton buds. Dia kata telinga Kjee terlalu 'bersih' sebab itu mudah kena infection! Pulak. Bukan kotor ke infection senang merebak?!!!

Kjee juga cuba ubat secara tradisional. Malah, Kjee pergi sampai ke kaki Gunung Ledang di Johor. Ada orang beritahu, ada satu perempuan tua tinggal dekat satu rumah buruk di sebuah kampung di kawasan itu. Dia boleh ubatkan. Dan dia ni kononnya dayang Puteri Gunung Ledang!

Hmmm hampeh. Makcik tu tak mengaku dia dayang Puteri Gunung Ledang pun! Dia suruh Kjee cari orkid liar yang tumbuh melata, ambil 'biji' kat orkid itu, bakar dan titiskan airnya ke dalam telinga. Kononnya, madu yang digunakan untuk buat darah pelsu tu panas.

Okaylah. Kjee dah ikhtiar macam2 selama 30 tahun. Deritanya hanya Allah yang tahu.

Tetapi yang paling teruk sejak dua tahun lepas. Dua2 telinga sudah berjangkit. Gatalnya tidak terhingga. Kemudian mula keluarkan cecair dan menanah! Kjee redho. Bagaimanapun, sejak 6 bulan lalu, Kjee dah kena sumbat tisu atau kapas atau cotton wool untuk elak 'cecair' mengalir keluar dari telinga.

Sampai satu ketika, Kjee punyalah kecewa. Terfikir dalam hati. Belum mati lagi telinga dah kena sumbat kapas!!

Kalau telinga gatal, Kjee sampai menggigil untuk menahan kegatalannya!!

Kemudian Kjee nekad. Dua bulan lalu Kjee sms Dr Tamilselvan, pakar kesihatan 4Life, grup Champions. Kjee dah tak malu lagi. Lantaklah Dr Tamil nak kata apa pasal penyakit Kjee ini. Malunya tak sehingga sebab mana ada orang ada nanah dan telinga boleh berair!! Beliau balas sms Kjee dan suruh makan 2 biji 3 kali sehari Transfer Factor Plus selama 3 minggu!

Kjee tak buang masa. Maklumlah. Kita kena ikhtiar. Dan ini ikhtiar terakhir Kjee. Kalau tak baik, maknanya tak ada jalan lain lagi dah.

Semasa 3 minggu Kjee makan TF Plus, Kjee perasan bulu kening Kjee mula gugur. Tinggal separuh jer! Alamak. Kawan2 di 4Life kata TF Plus memang panas. Kena minum banyak air. Nasib baik boleh sorok 'kecatatan' kening itu dengan mekap!

Tapi dalam masa 3 minggu, kegatalan di telinga tak hilang. Malah semakin teruk. Kjee korek guna cotton buds sampai berdarah! Lepas 3 minggu Kjee stop makan TF Plus sebab Dr Tamil kata 3 minggu jer. Memang tak ada harapan dah.

Kjee ada appointment dengan Pakar ENT Hospital Ampang. Tiap kali jawapan yang mereka beri jawapan sama. Telinga Kjee okay. Cuma bersih sangat! Maunya tak bersih kalau satu hari dikorek (dibersihkan) sampai 20 kali!!

Dua bulan sudah berlalu. A miracle suddenly happened! 

Sejak Isnin lepas (hari Kjee dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh kerana mild stroke), hingga ke hari ini Kjee baru guna 2 cotton buds! Telinga Kjee dah tak gatal DAN yang paling menakjubkan ialah telinga Kjee dah tak ada keluarkan air dan nanah!!!

Unclepali terkejut sebab Kjee dah tak sibuk mintak dia ambilkan cotton buds yang Kjee campak merata2 dalam rumah!

Ini adalah kisah benar. A true story!

Kjee ingatkan Kjee akan mati bersama2 penyakit di telinga ini. Tetapi dengan izinNya, kini hidup Kjee tenang tanpa masalah kegatalan dalam telinga. Penyakit yang doktor, pengamal perubatan tradisional dan jugak dayang Puteri Gunung Ledang pun tak boleh tolong!

Syukur alhamdullilah. Satu masalah besar dalam kesihatan Kjee telah berjaya Kjee atasi. Kalau korang ada masalah yang sama, korang tahu lah kan apa nak buat.  TF Plus berharga RM232 dan mengandungi 90 kapsul setiap botol. Nak beli, call Kjee 0126780501.



Transfer Factor Plus

NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. PAZELI BIN ISHAK (7325368)  

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)

22 comments:

norinaomar said...

ngilu baca ni jadinya..Alhamdulillah dah ok.

Anonymous said...

telinga gatal tu .. adalah salah satu simptom resdung yg kronik la kak jee ..

Anonymous said...

As salam... sma masalah dgn sya telinga gatl tp msh lum kuar nanah atau cecair ajer. cuma kekadang cecair akan kuar bla sya terlalu korek. sya berminat dgn TFP tersebut. cuma sya menghdapi masalah kesihatan dimana sya tkut utk mengambil ubat2an tanpa pengawasan dr. utk makluman kje sya menghidapi Hep B carier. 3 adik beradik termasuk sya jga arwah bonda. mlh lbh teruk arwah bonda emninggal dsbabkan hati tidak berfungsi. Semasa hayat dia shat dan jarang sakit teruk. cuma setahun sblm bonda meninggal baru penyakit nyer dpt dikesan tiu pun ditahap yg teruk. kami ada mengambil suppliment lain iaitu al jabbar. sya nak bertanya pada kjee tak produk yg 4life yang sesuai utk hep B.

Kjee said...

Kjee pun heran jugak kenapa doktor pakar kat Hospital ampang tak kata ia berkaitan resdung. Malah dia kata Kjee tak ada masalah apa2?! Cuma telinga Kjee terlalu bersih so berhentilah guna cotton buds. Tapi kalau tak guna cotton buds, bertakung nanah dan cecair. Hmm tak fahamlah.

Kjee said...

Salam. Selalunya Dr Tamilselvan syorkan pesakit makan TF Advance untuk Hepatitis. Nantilah bila beliau balik dari america nanti, Kjee tanya dia apa yang elok. Kalau awak boleh call Kjee, mungkin kita boleh bercerita lagi. 0126780501.

Anonymous said...

sekadar berkongsi, dulu waktu saya di sekolah cikgu saya dia sakit telinga so di pg jumpa doktor, doktor kata, nak cuci telinga seelok2nya 2 TAHUN SKALI MEANS SKALI 6 BULAN, sbb taik telinga tu pon ada fungsinya, untuk memerangkap bendasing....

ummiaisyah said...

salam kak Jee...sy tumpg gmbira bila k jee dh sembuh dr penyakit telinga tu...smg k jee sihat selalu yea..

Anonymous said...

Menarik la citer k.jee ni... minat jgk dng transfer factor ni... tapi sayang duit.. hehe...

yana said...

salam kak. saya mengalami sakit yg hampir sama. telinga saya keluarkan cecair setiap masa. sakit tu tak la tapi kurang dengar sikit sebab cecair mcm dah bertakung di telinga. saya tak berani nak korek nanti takut jadi apa2. mcm mana ya ubat ni boleh bantu hilangkan cecair ni?

Anonymous said...

ubat ni memang bagus..anak sedara saya pun ada penyakit telinga n try ubt ni..alhamdulillah sembuh...anak saya semasa usianya 11 bulan terkena penyakit kulit n kudis buta, dh byk kali ulang alik hospital tapi x sembuh... lepas mkn TF trus sembuh penyakit kulit... bg saya sendiri, alergik mkn seafood, msti naik gatal2 kt tangan...lepas try ubt ni, alhamdulillah semua jenis seafood saya dh boleh mkn... :)

Anonymous said...

Ye ke? Mcm kaki sy mmg gatal2.. Sy ada pergi Dr KO Specialist, Dr Ko kt sy alergic pd sabun2 chemical. Dr Ko bg ubt pil n cream. Tp bl stop je, dtg blk. Smpi kaki sy kering n ada tumbuh biji2 berair. Tumit kaki jd kering n mengelupas. Mmg terukla.. Sy pn xtau alternatif lain selain mkn ubt Dr Ko. Sila tlg sy jika TF ni blh membantu mslh kulit sy. Tq

Kjee said...

Kalau gatal2 mkn tf advance dan jus rio vida. Sms atau kol kjee 0126780501.

Anonymous said...

asalamualaikum..kak jee, klau mkn ubat nie apa kesan sampingan dya?sbb adik sy pun ada msalah yg sma jgk mcm k. jee...ksian pulak asyik tgok dya dok mengorek tlinga sbb xnk bg nanah 2 keluar...

mama_aqil said...

slmt berkenalan kak gee..jom datg blog saya
http://dayangfadilah.blogspot.com/

Anonymous said...

slm.msalah sy sama mcm kjee tapi cuma belah kiri je + bunyi brdesing.ubat tu blh rawat telimga brdesing skali?
-aku derita

Kjee said...

Salam. Sejak makaan TF Plus, telinga Kjee dah tak berdesing lagi. Dulu bunyinya cam duduk dalam gua. Apa2 sms Kjee 0126780501.

Anonymous said...

alhamdulillah.syukur dh sembuh..sy yg baca ni pn trasa2 mcm sakit telinga.tp skrg mmg tgh sakit sbb td berhadapan ng habuk..bersin2 telinga n tekak pn sakit

Anonymous said...

Berapa harganya kjee

Anonymous said...

salam.cmne nak atasi gatal-gatal kat cuping telinga..kadang-kadang bernanah jgk mmbuatkan tidak selesa . apabila kat blakang cuping kering kulit boleh di cabut.pas 2 gatal blik.

Anonymous said...

Anak sy mgalami gatal dlm telinga,umur 3thn...dah pi klinik 2x hasil xmjadi..pd awalnya kata tahi telinga,second doc kata tlalu bersih plak..tp masih gatal...nak masuk wktu mlm jer...tpaksa la sy mgorek2 dgn cutton bud nk bg dio selesa sikit..kadang2 ksian tgk..apa TF plus blh mbantu?

Kjee said...

Salam Puan. Sila sms saya di 0126780501. tq.

Razil said...

Jika telinga berdesing ubat nie ada kemujaraban ke untuk merawatnya. Telinga saya dulu terdedah dengan bunyi bising melampau di tempat buat LI. Sekarang dah 12 tahun berlalu , bunyi desingan seperti innnngggg .... (seperti dengar bunyi serangga di dalam hutan) agak menggangu saya tapi kerana dah biasa ia dah macam jadi sahabat saya tapi ia masih menyebabkan kurang utk mendengar percakapan seseorang atau percakapan sesiapa sahaja dan ini menyebabkan saya kurang nak bersosial bukan sebab saya tak suka bersosial tapi jika bergaul dan bercakap dengan mereka saya terpaksa bertanya semula soalan2 jika mereka menyoal saya. Saya nak beli alat bantu dengar tapi jika boleh saya nak buat rawatan yg menggunakan pil vitamin kerana nak jadi normal semula jika boleh , insya'Allah. Adakah ubat ini boleh membantu saya kak Kjee , sekian wassalam

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...