Thursday, April 26, 2012

KENAPA LAMA KJEE TAK UPDATE BLOG?


Kjee makan quaker oats, buah2an dan supplimen sekarang


Dah jadi kebiasaan bagi kita kalau orang tanya kita sakit apa, terus kita jawab kita okay. Kemudian orang tu pandang kita atas bawah. Kalau kita ni species debab atau yang sewaktu dengannya, dahi orang itu berkerut. Eh betul ker? Tak ada kencing manis? Tak ada darah tinggi?





Kenapa selalu ada segelintir manusia (termasuk doktor) yang pandang serong melihat manusia species macam ini? Apakah semua orang oversize itu tidak sihat? Apakah semua orang kurus keding itu sihat?

Well, Kjee sebenarnya masih ketar2 lagi nak menaip. Tetapi biasalah kan...kalau tak ketuk keyboard komputer sehari, rasa macam tak lengkap hidup. Maklumlah dah berpuluh tahun hidup 'mengetuk'.

Pasti korang yang bukan fren Facebook Kjee kehairanan tengok Kjee tak update blog ini sejak Isnin lepas. Ada yang fikir Kjee pergi vacation. Bestnya kalau dapat gi bercuti kan?

Sebenarnya, pada jam 3.45 pagi Isnin lalu, Kjee bangun nak ke tandas. Kemudian rasa dada Kjee berat sangat. Kjee kejutkan Unclepali. Dia terus ke dapur amikkan satu mug air. Kemudian dia cuba urut belakang Kjee.

Kjee rasa tak sedap. Tak pernah kena macam itu so Kjee ajak dia ke Hospital. Terus Unclepali kejutkan Nadia dan kami bergegas ke sana. Sampai hospital, Kjee terus di sorong ke bilik kuning iaitu unit separa kritikal Hospital Sungai Buloh.

Setelah tiga kali buat ECG dan jugak X-Ray, akhirnya doktor membuat keputusan menahan Kjee kerana ECG ketiga menunjukkan sesuatu yang agak mencurigakan. Ketika itu Kjee telah diberi suntikan dan  pelbagai ubat termasuk Morphin.

Kjee terdengar dalam sayup2 Nadia bertanya doktor. Confirm ke Mama kena stroke? Ya kata doktor. Minor stroke. Kena admit tetapi wad penuh so Kjee kena hantar ke wad observation. Wad itu pun penuh. Nasib baik ada ruang untuk Kjee. 

Maka Kjee berbaring atas katil yang cukup keras (sambil sakit pinggang dan punggung) dari jam 7 pagi (kalau tak silap sampai lebih kurang jam 4.30 petang.) Masih tiada katil di wad. Kjee tengok semakin ramai pesakit disorong ke wad pemerhatian. Ruang semakin sempit.

(Masa itu, Unclepali dah kembali setelah bekejar ke opis 4Life beli supplimen Cardio kira-kira pukul 1 tengah hari. Kjee telan supplimen.)

Pukul 4.30 petang Kjee mula rimas. Kjee mintak doktor keizinan untuk pulang. Doktor geleng2 kepala. Dia kata Kjee perlu disuntik ubat di perut untuk cairkan darah. Nadia panik. Kemudian Kjee pujuk doktor Kjee sudah sihat dan akan kembali seandainya ada kecemasan. Lagipun, doktor disitu tak menang tangan dan wad penuh.

Kjee diberi surat untuk sign keluar atas risiko sendiri.

Well, that was on Monday. Kjee pulang ke rumah. Dada sudah 'tidak berat lagi'. Unclepali terus email Dr Tamilselvan yang ketika itu berada di America. Dr Tamil suruh Unclepali beri Kjee 2 biji CV (cardio), 2 biji MV (Minerals & Vitamins), 2 biji TF Advance dan 30ml Rio Vida, tiga kali sehari. Dan harus banyak doa!

Alhamdullilah dengan izinNya, dada Kjee sudah berasa lebih selesa, walaupun badan agak lemah.

Berbalik kepada story permulaan tadi. Kjee rasa Kjee memang ada masalah jantung sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak serius. Tiap kali sakit dada (mencucuk2), Kjee pass it off sebagai angin. Unclepali sapu minyak angin. Heran pulak lepas itu hilang pulak denyut2 tu.

Kemudian apabila Kjee jadi ahli 4Life, Kjee pun ambillah set Cardio (untuk jantung) sebiji dua kali sehari sebagai preventive measures kononnya lah. Dan faham2 sajalah, supplimen 4Life bukannya murah. So ada kala Kjee tak makan sebab merasakan ada barang lebih penting yang perlu dibeli.

Cardio set, Rio Vida dan TF Advance saranan Dr Tamilselvan


Kjee stop makan Cardio kira2 sebulan yang lalu. Dan nasib Kjee tak baik, serangan itu terjadi.

So the moral of my entry adalah...JANGAN sesekali buat andaian sendiri yang kita sihat sebelum kita mendapat kepastian pakar. Terutama sekali sekiranya kita berada dalam grup yang berisiko tinggi. Contohnya, faktor usia, saiz badan dan jangan sesekali lupa family history kita. Kalau keluarga kita mempunyai sejarah penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, kanser dan sebagainya, itu adalah amaran awal.

JANGAN jadi seperti Kjee. Walaupun Kjee jauhi segala makanan yang manis2 ataupun kurang makan nasi, tetapi Kjee tidak catu makanan seperti daging merah (daging kambing dan daging lembu). Ini adalah kerana Kjee mempunyai tekanan darah rendah. Kjee fikirkan mereka yang mempunyai tekanan darah rendah boleh makan daging merah.

Selain itu, elakkan STRESS. Kjee tidak nafikan sejak dua minggu kebelakangan ini, Kjee cukup STRESS. Sebenarnya, STRESS adalah punca UTAMA serangan jantung atau stroke. Sayangi jantung anda. Berhati2lah. Kalau sayang jantung anda, sila baca sini.

TERIMA KASIH ATAS DOA YANG DIPANJATKAN SEMUA.

Pemakanan Oats elok untuk hindarkan kolestrol




NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. PAZELI BIN ISHAK (7325368)  

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)

25 comments:

AIN NAZRI said...

semoga kak jee cepat sembuh.. InsyaAllah.. rehat banyak2 kak jee.. jgn renyah2 sangat

Masya said...

semoga kak jee cepat sembuh macam biasa... baru hari ni sempat singgah sini.. dah beberapa hari tak bukka blog pun.. ade kerja luar.. terima kasih juga pesanan terakhir tu... klu blh mmg nak elak stres tp.. biaserlah kerja mesti stress cuma kene kawal jer...

POSH76 said...

mmg kena jaga makan....

AbbotCottage said...

Get well soon ya Kak Jee...Insya'allah.

Anonymous said...

get well soon aunty..

Fyza said...

Assalam kak jee.cpt2 beransur sembuh ye..

CLEO said...

Assalamualaikum..

didoakan agar kak jee cepat sembuh. bnyakkan berehat yerr. jgn stress sangat kak jee. takut nanti penyakit jd semakin trok plak :)

ZalinZalina said...

Saya memang tiap2 hari makan oats...mudah2an Kak Jee cepat sembuh dan sihat selalu hendaknya...

lizabassam said...

hilang rindu bila dapat baca hasil tulisan kjee.saya sekeluarga doakan kjee kembali sihat spt sediakala.

Siti_btp said...

Memang betul stress punca segala penyakit..

Waktu di sahkan kanser berat badan 52 kg,menyusukan anak,tiada sejarah kanser umur 35 thn..Pemakanan ulam2an dan jarang ambil daging, raya dgn raya korban je..Suka makan ikan..

Bila pergi buat perubatan tradisional scan mata.Mata mentafsirkan saya mengalami stress yg kronik..

Jarang berkongsi masalah,org lain tengok mcm tiada masalah happy je! spt tangisan dlm senyuman..Itu yg bahaya !!

Jadi hari ini kalau stress dengar penawar hati -Hijjaz,ikut zikir2nya, berwhuduk,dan berkongsi masalah dgn suami..

Aina said...

Thanx for sharing kak jee.akan jdkan kisah dan nasihat akak sebagai panduan.

Doakan akak cepat sehat. Tak best kalau x dpt baca post kak jee.harap kak jee akan dapat terus menulis setiap hari :)

Yatie said...

Syukur alhamdulillah, Yatie doakan moga KJee sihat seperti sediakala..btw jaga diri dan kesihatan ya kak..takmo stress...be cool je..

Inilah Aku said...

yer inilah yang saya hidapi setahun yang lalu.. selepas medapata rawatan di IJN alhamdulilah semuanyer dah beransur sihat.. malah sekarang saya dah join gym untuk kesihatan

smell delicious! a.k.a inachomel said...

Salam Kak Jee,

Banyakkan rehat. Saya doakan semoga cepat sembuh dan kemabli menulis untuk tatapan semua. Jangan lupa makan ubat & supplement ye ....

norinaomar said...

doktor detect stroke ke kak jee?
Kat Kampung saya ada tempat berubat ni ..memang ramai yang berubat sini termasuk abah saya..ada mat saleh dari KL pun datang sini.

cubalah kakjee kalau ada kesempatan..kita ikhtiar kan?

http://noipunyablog.blogspot.com/2012/03/ismail-accutherapy-centreabahku.html

Gayah said...

Saya doakan semoga kak gee cepat sembuh dan kemabli menulis sperti biasa untuk tatapan peminat kak gee semua. Jangan lupa makan ubat & supplement ye, gud lucx...

secangkir madu merah said...

Saya doakan agar kak Jee segera sembuh dan jaga diri ya kak..

AbbotCottage said...

Bagaimana Kak Jee hari ni? Rasa ok sikit ke? Kak Jee berehat ya, jgn susah2 hati...muahssss.

Kjee said...

Terima kasih Abbot dan semua yang mendoakan. Makin hari semakin kuat.

Irfa said...

moga kak jee cepat sihat yer

Fyza said...

Assalam,kak jee,Doc Tamilselvan tu bukan ke yg selalu kuar chanel zee 108 kat cite kesihatan ape ntah nama dia.selalu lps cite yoga for you pg2 dlm kul9 pg.btl x?doc tu selalu bg resepi n tips untuk ubat mcm2 penyakit spt kanser la..sy slalu tgk.suka tgk dia bg cara2 nk buat ubat guna bhn2 semulajadi.if xsilap le..

Kjee said...

Hah Fyza? Dr Tamil tak kata pun dia ada program tv. bukan kot. hehehe

suhana azlin said...

subhanallah, syukur la kjee dah sihat...x tau rasanya kalau benda ni terjadi pd saya, it could happen to anyone kan? x kira umur tua ke muda..

peringatan utk saya yg hampir nak masuk 3 series ni, jaga makannn!! (tepuk kepala sendiri)

roserose said...

Assalam Kak Jee..semoga Kak Jee sihat..

Untuk pengetahuan Kak Jee..suami sy pun kena masuk wad pd 10-12 April sbb darah tinggi dia naik sampai 189/135 ,dlm istilah kesihatan dah kira hypertension stage 2. And lepas buat CT Scan,seblah kanan cerebral(otak ke,sy pun tak tau) ada infaction..Nurse kata sikit aja..kira mcm stroke juga tu..
Doktor cuma bagi ubat cairkan darah dan pil darah tinggi..
Tp sampai sekarang bila check blood pressure kat rumah,masih lagi 166/125 something..
Bab makan dia tak mau makan oat walau pun sesudu sy masukkan dalam susu Omega dia..Sabar ajalah saya kalau tengok dia makan nasi sebukit dlm pinggan dia..Cuma roti canai,nasi lemak dan kuah2 lemak tu memang sy larang langsung utk dia..
So Kak Jee ada suggestion ke utk product Transfer Factor ni..sbb suami ni bila sy beli buah delima ,dia kata tu sesuai utk sy yg sibuk nak kuruskan badan..bukan tuk dia.
Tapi bila kawan dia suh dia beli satu produk Vida Beauty..boleh pulak dia beli dan minum ikut jadual..Kena sabar dgn keadaan dia yg dah jadi pemarah..
nnti boleh direct email sy di rosluvky@gmail.com
Terima kasih ya Kak Jee..kerana sudi baca komen saya..Take care ya Kak Jee.

Ayu Rashid said...

saya tak pernah cuba Transfer Factor.

TAPI, saya yakin dengan produk ni sebab Dr. Siti Maryam iaitu pakar O&G kat SALAM pun suggest produk ni.

so, kalau dah doktor pakar dari private hosp. yg tersohor pun kata bagus, insyaallah kita boleh yakin ngan transfer factor!

get well soon kak jie.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...