Friday, April 6, 2012

MENGAPA PESAKIT KANSER CEPAT HILANG BERAT BADAN?



Dato Hafifi Hafidz


Semalam Kjee dapat call dari seorang sahabat mengenai saudaranya yang mengidap kanser. Katanya, sejak makan Combo Rio Vida Plus selama 8 minggu berturut2, memang ada perubahan pada penyakitnya. Tetapi yang paling merisaukan ialah penurunan mendadak berat badan pesakit tersebut.




Dia meminta pandangan Kjee apa yang harus dilakukan. Selain itu, badan pesakit juga amat lemah sehingga menyukarkan dia bangun pagi.

Kjee menghubungi Dato Hafifi Hafidz, bekas pesakit kanser yang kini sudah pulih dari penyakit kanser hidung, dengan izinNya. Bagi Kjee, mungkin beliau boleh beri penerangan yang tepat memandangkan beliau telah melalui  jalan yang sama 7 tahun lalu.

Menurut Dato Hafifi, berat badan seorang pesakit kanser itu memang akan turun secara mendadak. Malah, berat badan beliau jugak turun hingga menjadi 40kilogram ketika itu. Selera makan jugak amat berkurangan.


Bubur nasi - ehsan google

"Tetapi janganlah dilayan rasa tidak selera makan itu. Kena pujuk diri supaya makan. Biarlah dalam portion yang kecil tetapi kena kerap makan. Kalau sudah tidak berdaya untuk menelan, mungkin boleh diberikan makan bubur nasi," jelas beliau.

(Kjee suruh sahabat Kjee itu menyuruh saudaranya menghubungi sendiri Dato Hafifi untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.)

Pemakanan amat penting bagi pesakit kanser kerana dia perlukan tenaga yang banyak. Sel2 kanser melemahkan tubuh jadi seseorang perlu makan untuk menambahkan tenaga dalam badan.

Itu mungkin dapat menyelesaikan masalah sahabat Kjee  mengapa saudarannya amat lemah dan mengalami pengurangan berat badan dalam masa yang pantas.

Seorang lagi sahabat Kjee, jugak pesakit kanser mempunyai cerita lain. Doktor hairan mengapa berat badannya tidak susut walaupun dia mengidap kanser. Ini jarang2 berlaku.

"Senang jer Kjee. Saya bedal jer sepanjang masa. Saya tak layan perasaan. Kalau kita dibuai emosi dan asyik memikirkan akan mati disebabkan kena kanser, maka kita akan jadi lemah bukan sahaja dari segi mental tetapi fisikal," katanya sambil ketawa.

Sikapnya itu adalah suatu petanda baik untuk pesakit kanser. Seseorang pesakit kanser tidak boleh kemurungan. Dia harus positif menjalani hidup. Memang berat mata memandang.

Jadi Kjee ingin sarankan ini kepada mereka yang kena kanser. Elakkan dari kemurungan. Amalkan pengambilan pemakanan yang sihat yang boleh beri banyak tenaga, makan ubat2an yang dibekalkan doktor atau mengambil supplimen. 



Keluarga atau mereka yang menjaga pesakit kanser, harus peka dalam penyediaan makanan untuk pesakit kanser. Minta bantuan dari doktor, pakar pemakanan ataupun layari internet untuk mengetahui makanan apa yang elok diambil oleh pesakit kanser.

Dan akhir sekali, berdoalah. Allah swt Maha Mendengar.

NOTIS:

KALAU NAK BELI .. SENANG JA..

KALAU NAK MENIAGA.. ELOK REGISTER SEBAGAI AHLI
KALAU NAK PAKAI SENDIRI.. NAK JADI AHLI BOLEH..TAKNAK PUN BOLEH..

BOLEH BELI ATAU REGISTER SEBAGAI DOWNLINE KAK JEE PAKAI ID. NI

  1. FAUZIAH ABD SAMAD (7351099)
  2. FARAH NADIA BT MOHD NOH (7351002)
  3. HISHAMMUDIN B. MOHAMED ZANYUIN (7405511)
  4. FARIDAH ABD SAMAD (7480143)
  5. PAZELI BIN ISHAK (7325368) 

ALAMAT 4LIFE KLIK SINI

PERLU DIINGATKAN, PRODUK 4LIFE IALAH PRODUK MULTILEVEL MARKETING (MLM). TETAPI TIADA PAKSAAN UNTUK JADI AHLI, TERPULANG KEPADA ANDA!

NAK TAU LEBIH LANJUT .. SMS KE NO HP NI 012-6780501/012-3816091 (SMS SAHAJA)

1 comments:

Anonymous said...

Salam kjee.
memang betul apa yg kwn kjee ckp tu. bedal n pulun aje. saya sumbat aje nasi tu walaupun takde selera. takut nnti bdn lembik apatah lagi kalu semasa proses kimo. kalu boleh nak baring aje n posa coz takde selera n loya aje mulut.

Berat badan akan turun juga tapi taklah mendadak coz byk yg kena pantang makan expecially seafood yg sedap2 tu huhuhu..........

ok. thanks info.

Zaiton - puchong

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...