Wednesday, June 6, 2012

PATY - WORKING MUM YANG RAJIN KE DAPUR

SIRI JEJAK BLOGGER MASAKAN #8






Dah lama Kjee tak jejak blogger2 masakan yang semakin lama semakin ramai jumlahnya. Actually Kjee terlupa Kjee ada entry khas untuk mereka ini. Maklumlah sejak dua menjak ni, asyik sibuk  atau menyibuk ataupun kurang bermaya tak sihatlah tu.

Sebenarnya Kjee da shortlist beberapa blog masakan yang Kjee nak ulas. Tapi untuk entri ini, Kjee nak citer pasal seorang working mum yang cukup2 rajin ke dapur. Tak sangka rupa2nya ramai working mums, especially yang ada blog masakan, tidak menganggap memasak itu suatu bebanan. Serius. Ada wanita yang bekerja dakwa memasak itu hanya kerja  mereka yang tidak bekerja!





Anyway, blog yang Kjee terjah pagi ini adalah milik Puan Fatimah Jasmin atau blognya Paty's Kitchen. Beliau 'beroperasi' dari Georgetown, Penang. Tapi Kjee tak pasti samada beliau berasal dari pulau mutiara.  Seorang "HR Practitioner by profession, a mother of four lovely daughter and a son, a sister of 5 siblings,and an ordinary person with strong passion in cooking.I welcome all of you to my kitchen and share the cooking experience together. My hope is to inspire working mum and teens to get in the kitchen. It is a good therapy for bonding good relationship between moms and daugther. HAPPY COOKING and enjoy the JOY and PLEASURE of being your home CHEF.

Tu dia. Kjee copy paste jer citer pasal diri tuan tanah Paty's Kitchen ini dari blog beliau. Seorang profesyenal tetapi setiap hari tetap update sesuatu dalam blog beliau. In other words, pendekkan citer, beliau seorang working mum yang sangatlah rajin! Hari2 dia memasak!

Setiap hari blog Paty, akan Kjee redah antara blog masakan lain yang Kjee minati. Kjee gemar cara santai dia berbicara menceritakan hasil kerjanya. Kjee dah shortlist banyak resipi beliau yang Kjee teringin sangat nak buat. Tetapi apa kan daya, Kjee hanya melaksanakannya dalam impian.



Tiap kali beliau post recipe baru, Kjee akan register dalam otak...This I Must Try.. tapi akhirnya, ado? Hehehe.

Kjee yakin blog Paty ini bukan sahaja diikuti oleh rakyat Malaysia tetapi peminat masakan di seluruh dunia kerana ianya dwi bahasa. Kjee pun belum berani lagi nak buat blog dwi bahasa sebab penguasaan Bahasa Inggeris Kjee dah kurang mantap. Sejak berhenti menulis in English setelah berhenti menjadi wartawan The New Straits Times dulu, penguasaan bahasa Inggeris Kjee dah berkarat. Hehehe.

Well back to Paty's blog. Kjee perhatikan, Paty rajin membeli buku2 masakan antarabangsa termasuk suka surf the net untuk resipi2 baru. Taklah macam Kjee yang main taram berulang kali resipi yang Kjee tahu saja.

Dan jari jemari beliau cukup kreatif ketika mendeko kek lagi satu bab yang Kjee gagal.

Keep going super mum! I will definitely support you all the way. Kalau korang nak lawat blog Paty's Kitchen, klik sini.


6 comments:

Ummi said...

Ni pun mmg antara blog masakan yg sering Ummi lawat...teruja jugak tgk kerajinan kak Paty dlm menggayakan aneka resepi di dapurnya... ^__^. Mmg betul la kak Jee, apa pun wanita itu..kalau dia ingin memasak, dia akan cari masa dan curi masa....Biarpun hidangan yg sempoi2 aje...Kalau dah xda masa nak masak, ertinya masa xkan hadir bila2...itu pendapat seposen Ummi je laaa... ^__^

Kjee said...

Ummi jugak antara blogger mums yg rajin sangat. Kjee tabek springgggg!!

Mat Gebu said...

Segan ai nak komen....balik Johor dulu lah...xceli kan kak jee...saya takut "rebit" atas tu...sebab dia bawak "rimau" sebagai pendamping, kang tak pasal2 daging ai kurang 4-5 kg, kena baham....hahha, sori kak ummi...apa2 pun salute pada blogger mums yang bekerja tapi masih dapat "meracunkan" keluarga mereka dengan air tangan sendiri....

Kesuma Angsana said...

wah.. kjee nnti nak p terjah blog ni jugak.. tq

Nina Mirza said...

As'salam Kak Jee ....

Memang best-best kat blog Paty nie.
SUKA SUKAAA ...!!
Thanks kak Jee ;)

zuwaidah said...

thanks kak jee.....semangat nih

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...