Monday, July 23, 2012

BUKA PUASA DI RESTORAN 'WARUNG KAYU MANIS'

Namanya warung tetapi Warung Kayu Manis ni sebenarnya sebuah restoran di Taman Melawati. Kjee tak pernah makan di restoran ni, tetapi Molly, tauke MJ Burger (yang berkongsi sebelah malam dengan restoran ini), beritahu Kjee, makanannya sedap sangat.




Setia kali Kjee makan western air tangan suami Molly di restoran itu, teringin Kjee nak cuba makanannya di siang hari. Tetapi seringkali tak kesampaian kerana Kjee dah pindah jauh di Sungai Buloh.




Anyway, siang tadi teringin lak nak makan gulai tempoyak yang menurut Molly, speciality restoran ini. So petang tadi, Kjee pun singgah kat restoran Warung Kayu Manis untuk order makanan sebelum beredar ke UniRazak jemput Nadia dan dua orang kawannya.

Tadi Kjee order kepala ikan merah masak asam pedas, ikan patin tempoyak, sambal udang petai, ayam kampung goreng berempah, telor dadar, kangkung goreng belacan dan juga kailan ikan masin. Amboi banyak kan? Tapi yang nak makan 5 orang dan 3 daripadanya, lelaki!

Setelah jemput Nadia bersama Sham dan Saiful, kami singgah sekejap di pasar juadah Taman Melawati sebab teringin pulak nak makan ayam percik. Beli dua potong ayam percik. Sham hanya suka makan ayam. Kjee bimbang ayam kampung goreng rempah tidak mencukupi.



Hari ini jugak adalah hari jadi Sham. Kjee dan Unclepali terlebih dulu telah singgah di Sungai Buloh beli cake Spiderman yang sangat disukai Nadia. Konon nak surprise. Rupa2nya Nadia dan Saiful jugak beli carrot cake di Secret Recipe berhampiran UniRazak. Bertuah Sham dapat dua kek!










Seperti dijangka, makanan tak dapat dihabiskan. Kjee suruh pelayan bungkus ayam percik, sambal udang dan telor dadar bersama nasi putih untuk Saiful bawak balik ke asrama untuk sahur.

Kjee paling suka Ikan Patin masak lemak tempoyak. Begitu jugak dengan sambal petai. Asam pedasnya juga sedap tetapi Kjee rasa ikannya agak kurang fresh. Apapun, ini bukan kali pertama dan terakhir Kjee ke Warung Kayu Manis. Nadia pun kata, next time teringin nak makan masakan Melayu, bolehlah pergi sana.

8 comments:

  1. Hi KakJee,
    Selamat berpuasa buat akak sekeluarga ya. Dishes di atas, phew...sedapnya!

    ReplyDelete
  2. k jee..bole share dak recipe laksa johor akak dok buat niaga dulu..tx -airina-

    ReplyDelete
  3. Google jer laksa johor kjee, airina

    ReplyDelete
  4. Semua menu di atas memikat.. Kalau Nur tentu tak tahu nak makan yg mana satu..

    ReplyDelete
  5. asalam kjee warung kayu manis ni kt sebelah mane yek? sy tinggal kt ukay perdana aje.

    ReplyDelete
  6. Salam, saya macam kenal je lelaki yang bergambar sebelah kak jee tu. Saiful ke? Huhu kalau silap sila abaikan je. hihi

    ReplyDelete
  7. ya Saiful anak angkat Kjee. Teman sekuliah nadia.

    ReplyDelete
  8. kjee..nanti boleh la try cendol ngan karipap gergasi kat pekan assam jawa k.selangor lak..gerai cendol tu siap ade drive thru lg tu..dah mcm kfc n mc d lak..customer pon ramai..bersusun-susun..puncanya..sedap dan ikhlas dlm berniaga..alhamdulillah...

    ReplyDelete