Wednesday, July 25, 2012

NOOR KUMALASARI YANG PERNAH KUKENALI

Noor Kumalasari - foto ehsan google



Ketika dia bergelar Top Model, Pelakon dan juga Penyanyi, Kjee antara insan yang cukup rapat dengannya. Malah tidak keterlaluan jika Kjee kata yang kami dewasa bersama2. Itulah Noor Kumalasari yang namanya sudah lama tidak menjadi sebutan.


Namun sejak beberapa minggu ini, ada yang mula menyebut2 namanya setelah timbul kekecuhan mengenai artis2 yang sekarang sudah mengenakan fesyen Muslimah.

Noor antara artis awal yang menukar ke fesyen Muslimah. Kjee tak ingat bila tetapi Kjee rasa sudah lebih 10 tahun. Perubahannya yang mendadaknya itu mengejutkan semua.

Siapa sangka seorang artis yang dulunya cukup vogue dan seringkali mengenakan pakaian2 yang boleh diibaratkan sebagai hanya menutup 'sebahagian kecil' tubuhnya yang langsing itu, boleh berubah secara drastik!

Setelah lama tidak bertemu dengan Noor, Kjee terkejut apabila satu pagi (3 atau 4 tahun lalu), dia muncul bersama suami dan tiga orang anak2nya yang masih kecil di foodcourt Anjung Melawati, tempat Kjee meniaga. Penampilannya berjubah serta bertudung serba hitam tidak mengejutkan Kjee kerana sudah lama mengetahuinya. Tetapi Kjee cukup terkejut melihat dirinya tanpa secebis mekap di mukanya yang ayu itu.

Noor berubah 360 darjah dari Noor yang Kjee kenal di zaman kegemilangannya. Tutur katanya cukup tersusun. Tiada tawa hilai apabila kami bersua. Hanya bersalaman dan berpelukan.

Setelah menjamu selera (dia amat suka roti jala dan kuah kari yang Kjee buat), Noor dan suaminya yang setiap kali duduk di meja batu depan gerai Kjee, akan berbual. Sambil berbual mereka memasang ayat2 suci AlQuran dari gadget (mungkin tape recorder atau handfon, Kjee dah lupa) diatas meja.

Dari jauh Kjee memerhatikan sahaja tingkah laku suami isteri itu yang begitu beradap dan nampak tenang sangat. Sekali kelihatan mereka tersenyum sambil berbual. Mata Noor juga tidak henti2 memerhatikan tiga puteranya (semuanya dibotakkan kepala dan memakai jubah putih seperti suaminya) yang bermain2 berhampiran.

Kalau Noor tidak datang bersarapan dengan suaminya, dia akan datang bersama anak2nya untuk makan atau memesan roti jala untuk dibawa pulang. Kekadang dia menelefon Kjee untuk memesan roti jala untuk Kjee hantar ke apartmentnya di Ampang.

Ketika kesempatan berbual dengan Noor dulu, pernah Kjee tanya samada dia sudah memadamkan langsung ingatannya kepada dunia seni. Dengan senyum manis, Noor berkata, biarlah semua itu menjadi memori indah buatnya.

Bagaimanapun, Noor berkata dia ingin sekiranya diberi peluang menghoskan rancangan bual bicara yang berkisar mengenai keluarga terutama sekali anak2 gadis remaja. Dia ingin sekali berkongsi pengalaman hidupnya.

Dan Kjee pernah menyuarakan hasrat Noor itu kepada seorang sahabat pengarah. Apabila pengarah itu bersetuju dengan cadangan itu, Kjee telah hubungi Noor  tetapi dia meminta tempoh untuk bertanyakan suaminya. Hingga kini Kjee tidak mendapat jawapannya kerana sudah terputus hubungan.

Noor Kumalasari harus dijadikan contoh oleh mereka yang sudah bersedia untuk mengubah corak hidup mencari jalan Allah. Mudah2an usaha Noor untuk mencari Nur untuk diri dan keluarganya, diberkati Allah swt. Insya Allah.

8 comments:

paridah said...

ALLAH memberikan ilham n hidayah kpd hamba2-nya yg disayangi sebagai petunjuk kpd yang lain...pada kak Noorkumalasari artis top sebaris sudirman era 80-an...

lady scooter said...

saya pun kagum dgan perubahan artis ini. lebih kagum lagi apabila perubahan beliau itu nampak sgat ikhlas dgan sikap merendah dirinya. begitu la yg sepatutnya dan yg sebenar2nya...

http://skuterlady.blogspot.com/

susumanis said...

Alhamdulillah..NUR Allah swt utk dia ..PRICELESS :)

Saleha said...

sebabtulah kita tak boleh judge orang, baik sekarang tak bererti baik penghujungnya.. begitulah sebaliknya. tapi kita diingatkan supaya selalu menjadi baik dan bertaubat sebelum datang seru sebab kita taktau mati bila..(ingtan untuk diri sendiri jugak)

Ummi Anie said...

ya kak gee.saya memang respect dgn noor kumalasari ni.saya membesar dgn lakonannya.saya juga ingat bila dia berkahwin dan terus berubah.tapi sepanjang ingatan saya dia tak pernah memalukan @ memperlekeh orang yang masih belum berubah.jika tidak masakan kakaknya sendiri pun dia masih boleh bergaul mesra....tahniah noor....

BUBUB said...

Aunty, sy ingat dulu dalam satu rancangan bual bicara mendengar inspirasi norkumalasari dalam berhijrah...paling menarik macam mane dia kekalkan kelansingan tubuh badan dan jawapan dia dia bangun mop lantai tiap2 malam...=)Sy pon kagum dia tetap istiqamah dalam penghijrahan... pada sy hidayah itu milik Allah. jangan terlalu kita ceritakan sangat hingga org taksub pada penghijrahan kita hingga terlupa kekuasaan Allah

NenetPenne (NP) said...

ni baru betul kalau nak berubah..tinggal terus dunia hiburan ...artis sekarang yang pakai tudung tu, mmm sila contohi noor kumalasari yer...

i'm proud of her...

kakbesah said...

akak sgt respek kpd suami Noor Kumalasari yg bijak mendidik isteri & ank2.. apapun kita semua hendaklah sentiasa berdoa utk diri kita & org lain jg agar mndapat hdayah Allah SNW.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...