Wednesday, August 29, 2012

APA ADA PADA NAMA? MACAM2 ADA!


Ini anak sulong Que yang namanya juga berpangkalkan Ratu - google


Pernahkah korang terbayang dapat nama2 pelik seperti Tumpang, Kutip, Pungut dan sebagainya. Kalau nama2 itu untuk puak ethnik di Sabah dan Sarawak ataupun Sabah, kira boleh diterima jugaklah kan? Begitu jugak dengan nama yang boleh mendatangkan aib seperti Rozina yang bererti Penzina Wanita.



Maaflah. Kjee sebenarnya kurang arif mengenai nama2 seperti itu. Tetapi masa Kjee muda2 dulu, arwah bapak yang bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara pernah bercerita kononnya, ada peruntukan dibawah undang2 bagi mereka yang hendak menukar nama atas sebab2 tertentu.

Masa itu Kjee taklah banyak menyoal arwah bapak. Tetapi jika tidak silap, beliau pernah menyebut mengenai nama2 seperti Rozina dan sebagainya.

Kisah nama ini menjadi hangat beberapa hari lalu, apabila pelakon Que Haidar dan isteri separuh omputihnya Linda Jasmine, dikatakan tidak sensitif dengan pemilihan nama anak. Anak terbaru mereka diberi nama Ratu Cleopatra yang dikatakan quote and unquote "menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII".




Que menafikan sambil berkata pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.

Dalam pada itu, Que memberitahu apa yang lebih penting anak yang dilahirkan itu adalah seorang Islam dan tumpuannya kini adalah untuk membesarkannya dengan didikan agama yang kuat supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.

Que berkata, dia tidak terlalu memberikan perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh masyarakat terhadap perkara itu sebaliknya ingin terus berusaha untuk membesarkan anak-anak.
"Saya sendiri yang iqamatkan anak-anak saya dan mereka adalah seorang Islam. Apa yang lebih penting bagaimana anak-anak saya dibesarkan dan bukannya pada nama," katanya. - Mstar

Apapun, Kjee rasa  seharusnya adakan garis panduan yang khusus untuk nama2 yang menjadi pilihan ibu bapa untuk anak2 mereka yang hendak didaftarkan.

Anak saudara Kjee yang sulung dilahirkan dari ibunya yang berdarah Raja (dan menggunakan pangkal Raja) dengan abang Kjee, (orang kebanyakan). Justru namanya didaftarkan sebagai Putri iaitu lumrah bagi anak2 yang  dilahirkan daripada ibu bapa yang sedemikian. Kalau lelaki, dibubuhnya Megat dan sebagainya mengikut Negeri.

Tetapi kalau anak kita diberi nama Ratu di pangkal namanya, rasa2nya ia kurang sesuai. Ratu bererti Raja Wanita. Kalau begitu, Kjee rasa satu hari nanti, ada yang berani bubuh gelaran Datuk, Tan Sri mahupun Tun kepada nama anak2 mereka sewenang2nya, sebab tiada undang2 yang boleh menyekatnya!

Kjee faham perasaan Que dan Linda. Mereka mungkin merasakan anak perempuan mereka itu terlalu istimewa di mata dan kehidupan mereka. Dan cara mereka mempamerkan rasa kasih dan sayang kepada anak itu, nama tersebut dipilih. 

Mungkin selepas ini kalau anak lelaki pula dilahirkan, Kjee tidak akan merasa hairan kalau ada yang membubuh nama King Alexander The Great atau King Solomon (Sulaiman). Oppps.

9 comments:

Anonymous said...

Err.. Rasanya nama anak Q tu Tengku Ratu Haidar & Tengku Cleopatra Haidar binti Tengku Iskhan macam tu. Ratu tu nama kedua anaknya, bukan pangkal..

akmall said...

Perenggan last tu Kak Jee memang best la..hahahah

Ibu Khalish n Ilhan said...

Teringat zaman sekolah dulu ada kenalan namanya Mohd Khinzir. Malunya bkn kepalang smpkn mahu berenti sekolah gara-gara bapanya nak sangat nama berbunyi "arab" la sgt.

Apapun, saya sekadar berkongsi satu hadis sabda Rasulullah saw: "Di antara tanggungjawab ibubapa terhadap anaknya adalah tiga iaitu: pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".

Masa memberikan nama anak-anak hampir 10 buah buku nama Islam saya belek, pilih kemudian dptkan kepastian dgn ustaz maksud sebenarnya. Bukan senang nak pilih nama anak kerana ia ibarat kita beri jiwa pada anak dengan maksud nama tersebut.

Irfa said...

sy kdg2 kesian tgk Que.tak tau kenapa
maaf komen tak sesuai

Lynn said...

hehe..tersenyum saya dengan bebelan kjee..ye lah kjee..nama anak tu ialah doa dari ibu bapanya..

ReM said...

Nama anak2 penting sangat-sangat tak mahu la nanti bila dah besar dia khilaf dan terpinggir dek namanya. Penah ada kawan nama Hang Tuah hampir setiap hari kena gelak kat kawan lain.

dayang Citra said...

Sebut pasal nama,saya kadang-kadang kasihan pada budak-budak yang baru sekolah sebab dahlah nama susah sebut,susah nak eja dan panjang-panjang pula...cikgu pun susah nak sebut nama murid yang canggih2 tu..Kadang2 pelik juga dengan ibu bapa,pilih nama bukan main susah,makna pun bagus tapi last2 panggil singkatan sahaja..jadi apa guna nama yang canggih,cantik dan panjang itu?

AYU @edayu said...

setuju dengan dayang...nama berjela2...tak cukup ruang nak tulis, belum lagi masuk nama bapak tu..panggilnya pendek..3 huruf je..bila kita tegur, jwbnya..`suka hati aku laa...' ermm...gasak la labuuuuu

Cool Lean said...

Saya setuju dgn kata2 Ibu Khalish n Ilhan ... Sbb bukan beliau yg berkata begitu tapi beliau menyampaikan apa yg ALLAH 'kata' dalam Al_Quran... Biar membawa maksud yg elok.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...