Sunday, August 5, 2012

BREAD N BUTTER PUDDING WITH FRUIT COCKTAIL














Dah banyak hari dah Kjee teringin nak buat Bread And Butter Pudding macam yang dalam Food Network Asia. Teruja Kjee tengok dia orang bubuh fruit cocktail dalam pudding roti. Belum pernah tahu selama ini.

Jadi apabila tiga hari lepas Nadia buat white bread, Kjee pun dah simpan angan2 nak buat resipi yang macam Kjee tengok kat TV tu lah. Dia orang tak bagi resipi. Hanya tunjuk pengacara Sunny Anderson pergi makan kat sebuah restoran. Tujuk kat dapur restoran itu sikit lebih kurang jer.

So Kjee pun buatlah ala2 sikit lebih kurang jer. Tak ada resipi spesifik. Main campak2 jer. Roti dicarik2, rendam dalam fresh milk hingga kembang. Bubuh dua biji telor yang telah dipukul dan esen vanila. Pastu masukkan satu tin fruit cocktail. Kjee guna fruit cocktail tempatan. Tadi tak dapat cari yang imported. Brand tempatan, ada buah betik, nata de coco dan sebagainya yang Kjee kureng sikit.





Lepas masukkan fruit cocktail bersama sirapnya, Kjee masukkan ½ tin evaporated milk dan jugak ½ tin susu manis. Opppss manis sangat ker? Sebab itulah sos kastadnya Kjee bubuh gula sikit jer.

Kjee bubuh dalam ramekins saiz 4 inci dan 4 bekas alluminium, bakar dalam oven suhu 200 selama 50 minit atau sampai masak.

Sos kastad versi Kjee mudah jer. Telor, fresh milk, 1 sudu kecik tepung kastad dan gula perang. Kjee whisk pastu Kjee jerang atas api perlahan hingga pekat. Kalau pekat sangat, tambah lagi fresh milk.

Tak tau jadi ke tidak. Tadi rasa2nya macam jadi ker. Nampak pun cam sedap. Hari ini buat empat bekas alluminum bagi dua jiran sebelah rasa. Untuk kami Kjee buat 5 bekas ramekins 4 inci. Senang nak makan. Tak payah potong atau kaup2 lagi.


Ini untuk jiran2



9 comments:

deena said...

Terlioqnya tgk yg bekas utk jiran tu... Hehe

nanieybarnieylurviey said...

nmpk sedap.. nk try la nnti..

ibh_sue said...

Asslmkum kJee.
Nampak sedap. Lama x buat bread puding jg.

buatbest said...

wahhh..berselera saya tgk puding tu kak..semoga murah rezeki dlm bulan yg mulia nie ye..

Angah said...

waoo bestnya jadi jiran kak gee ni hihi

Norasikin said...

Bulan puasa, buka ngan pudding yg manis. mmg terbaik

FARAH deeb said...

Jadik tak jadik tapi nampak sodap! Theee... (malangnya tak jadik jiran akak hahaha) JJCM: Day 16 Ramadhan 1433

♥MAMASYAZA♥ said...

saya pun suka buat camni kak, sedapppp sgttt

Anonymous said...

Salam...menarik n tertarik...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...