Saturday, August 4, 2012

DOA RAKYAT MALAYSIA UNTUK CHONG WEI

ehsan google









Kjee pasti rakyat Malaysia mesti gementar dan mengadap TV esok apabila siaran langsung final Pertandingan Badminton antara dua jaguh dunia Dato Lee Chong Wei dan Lin Dan. 

Harap2 Chong Wei dapat bawak balik Malaysia's first gold medal! Go Chong Wei Go. 

Jom esok masak awal sikit untuk berbuka dan kita sorak depan TV!!!

Dibawah ini, kata2 perangsang dari Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak untuk Chong Wei.

PM Minta Chong Wei Cipta Sejarah Dengan Rangkul Emas Pertama Negara


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Datuk Lee Chong Wei melakarkan sejarah negara dengan merangkul pingat emas selepas melangkah ke final acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik 2012 London.

"Baru sahaja bercakap dengan Chong Wei, mengucap tahniah kepadanya atas kemenangan hebat! Beritahu beliau supaya mencipta sejarah bagi Malaysia dengan memenangi emas," kata Perdana Menteri dalam tweetnya, awal pagi Sabtu.

Chong Wei, pemain nombor dua dunia, mara ke final selepas menjinakkan pemain China, Chen Long, 21-13, 21-14 pada perlawanan separuh akhir malam Jumaat.

Chong Wei, selaku pilihan utama acara itu pada Sukan Olimpik kali ini, akan menentang juara bertahan Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Ahad ini.

Lin Dan, yang mengalahkan Chong Wei pada final edisi Sukan Olimpik lepas di Beijing pada 2008, turut mara ke perlawanan akhir dengan mengalahkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan, 21-12, 21-10, pada satu lagi perlawanan separuh akhir. - BERNAMA











0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...