Saturday, August 4, 2012

IKAN TALANG KERING LEMAK KUNING





Lauk ini sepatutnya masak semalam. Dah elok2 Kjee rendam dan tos dan Unclepali siap bantu tumbuk bawang dan cili api, tetiba dapat call. Undangan berbuka puasa dari seorang sahabat.




Kjee tengok muka Unclepali agak kecewa sebab dia dah paln dari pagi nak makan gulai lemak ikan talang kering, ikan pelaling goreng garing, sambal belacan dan kucai goreng telor.

Tetapi undangan dari sahabat ini memang sukar hendak ditolak sebab tidak mahu mengecilkan hatinya. Sahabat yang sudah banyak berbudi kepada kami sekeluarga.





Tadi dalam perjalanan balik dari pergi hantar barang di Bandar Menjalara, Kjee tanya Unclepali samada dia nak makan gulai lemak ikan kering tu dengan nenas. Dia kata okay. Kjee actually tak berapa gemar bubuh nenas sebab apabila gulai itu siap, mesti  'pecah santan' sedikit kerana 'acidity' nenas itu.

Tapi since Unclepali kata nak jugak, dia pun pergilah cari nenas. Kjee syorkan nenas yang dah siap dipotong. Pagi tadi kan Kjee pergi bengkel kat Bandar Baru Sg Buloh ambil kereta Nadia. Masa Kjee tunggu dalam kereta, nampak sebuah kedai jual buah2an yang sudah siap dipotong.

Bebel banyak, resipi tak jugak bagi kan? Nak resipi ker? Isyhhh bukannya menu eksotik. Tapi sajalah bubuh untuk mereka yang ingin mencuba.



GULAI LEMAK IKAN TALANG KERING DENGAN NENAS

Ikan talang kering (suka hati banyak mana)
2 biji bawang merah
cili api (ikut suka banyak mana)
RM3 santan pekat
sedikit serbuk kunyit
sehelai daun kunyit
sebatang serai
nenas

CARA:

Ikan kering dibersihkan dan dipotong ikut suka. Rendam kira-kira dua jam. Kemudian toskan. Hiris nenas.
Tumbuk bawang dan cili api sampai lumat. Tumis gunakan sedikit minyak bersama serai. Apabila sudah garing, masukkan nenas dan kacau sampai rata. Kemudian masukkan kira-kira ½ cawan air dan biarkan mendidih seketika. Mmasukkan santan pekat. Kacau hingga mendidih. Kemudian masukkan daun kunyit dan ikan kering. Perlahankan api dan biarkan mendidih. Bubuh sedikit serbuk perasa kalau guna.
Kjee tidak bubuh garam sebab ikan kering sudah masin. tetapi ketika menghidang, rasa dulu. Jika perlu garam, bubuhlah ketika itu.
Sekian terima kasih. Hehehe.




8 comments:

  1. Ikan talang kering masak lemak kuning cili api mmg sedap kak. Sue pun x berapa suka letak nenas jg kak. :)

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, teringat msakan mak.... Nk buat sdiri mls..

    ReplyDelete
  3. Hubby adda pun suka bila masak ikan talang kering ni mesti nk kena letak nenas gk....

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak jee, nak tanya sikit, zai seafood tu bulan puasa ni buka ke?

    ReplyDelete
  5. Zai seafood? Maaf kjee x lalu situ waktu petang. Siang mmg lah tutup kan?

    ReplyDelete
  6. lama dah tak makan ikan talang nie..sedapnya..

    ReplyDelete
  7. telan air liur kak tgk nenas.. tp apakan daya saya bru 3 bln mengandung.. emmmmm bahaya pulak nnt klu mkn nenas :(

    ReplyDelete
  8. farah nk msk lauk ni la today..ikan talang tatau ade ke tdak dlm peti..sume sini frozen kan..takpe..ikan masin lain pun okeh aje..kene mkn b4 bsalin ni..anytime je..sure sdp resepi k jee ni..

    ReplyDelete