Friday, August 3, 2012

NOODLE SOUP DI TAIWAN NOODLE HOUSE, AMPANG POINT



Beef Ball Noodle Soup


Semalam Kjee ke Ampang Point selepas jemput Nadia balik dari kuliah. Teringin nak makan kat Taiwan Noodle House di tingkat 1. Dah terlanjur ke sana, Kjee planlah nak cari hadiah Hari Raya untuk Bonda mertua.

Mujurlah sampai sahaja, terus kami buat reservations. Setelah itu kami ronda2 dari satu kedai ke kedai yang lain. 20 minit sebelum berbuka, kami kembali ke restoran itu dan tengok semua meja telah ditempah untuk berbuka puasa. Nasib baik.

Seperti biasa kalau ke Taiwan Noodle House, Unclepali akan order Beefball Glass Noodles. Ia sup bebola daging menggunakan sohuun. Kjee pulak order Beef Ball Noodles iaitu mi kuning yang leper. Nadia pulak order Dry Beef Noodle bersama dumplings. 

Dry Beef Noodles


Selain itu, Honey Chicken Wings mereka juga cukup sedap. Semalam Kjee jugak order side dish fish balls. Sayangnya, tak sempat nak amik gambar semua sebab dah azan.

Satu lagi kemestian kami order kalau makan di situ ialah Pearl Milk Tea. Semalam kami mintak dua perisa iaitu Yam dan Honey Dew.


Pearl Milk Tea


9 comments:

Chekgu Azrine said...

sedapnya kak gee!!

ashamami said...

Tengok pun dah tau sedap...belum rasa lagi tu...

deena said...

Terliurnye tgk air tu k jee.., hehe

Anonymous said...

kak jee!! ini keadai favourite saya...sekurang2nye sebulan sekali mesti pegi. saya rasa sup dia so healthy.....saya cuma order either ball glass noodle soup or dumpling noodle soup. tokey tu pun dah kenal saya, pickle mesti lebih....hahaha!! tak pernah pulak saya nampak kak jee kat sana....tapi selalu nampak celebrity and artists makan kat situ.

azian said...

Kjee, selalu lalu kat situ tgk ramai ajer orang makan...teragak juga nak try bila tgk ramai muslim makan kat situ....

Cik RoSs said...

So yummy!!!

Terliur tengok ni.huhuhuu

atievan said...

alahaiii..kak jee wat saya trliur dah...setiap masa keje lu sini ler tmpat saya lunch....menu utama chicken dry noodle.....mmg sedap kak jee...kenkdg slalu gak lunch kat sebelah taiwan house tu...korea restoran tu...situ bimbim bap dia sedap...kak jee kena try tu kat situ skali...situ halal kak jee dia xder pork....menu dorg byk guna kimchi..pedas giler

Anonymous said...

kak jee..beef glass noodle memamg kegemaran saya..since puasa rasenya 3 kali dah berbuka kat sana..today pun memang plan nak g sana lagi n try dry beef noodles sebab nampak cam sedap jer...honey chicken wings tu memang sedap sampai kuahnya ke kuah saya abiskan..

Bob and Julie =) said...

we're a huge fan of taiwan house too! we should probably give the beef balls version of their noodles a try!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...