Friday, August 10, 2012

OTAK MASAK LOMAK NOGORI












Menu Kjee hari ni, kalau silap2 haribulan boleh naikkan tahap kolestrol dalam badan. Tapi Unclepali kata bukannya selalu makan. Kalau rasa lain macam, telan jer TF Plus dan TF Cardio. Eloklah nanti. Hehehe.

Memang betul. Ini kali pertama dalam sejarah perkongsian hidup Kjee dengan Unclepali, Kjee masak lauk ni. Selalunya kami makan kat Restoran Minang Upik kata Jalan Raja Alang. Sedap sangat tapi mahal lah pulok. Kalau tak silap Kjee, sepotong kecik RM5!

Pagi tadi, setelah seminggu Kjee pesan kat Budak Mie yang jugal daging segar kat Kuang, maka dapatlah Kjee masak lauk otak lembu ni. Kjee tak pasti berapa ringgit sebab tadi Kjee jugak beli ekor lembu. Harga kedua2nya RM33.40.


Anyway, nak masa lauk ni tak susah. Ada yang tanya Kjee macam mana Kjee hilangkan bau otak ni. Hah? Ada bau ker? Tak perasanlah pulak ada bau. Kjee cuci cam biasa jer. Lalu bawah air sampai bersih dan tos.

Masaknya cam biasa. Tumbuk cili padi dan sedikit kunyit sampai lumat. Hari ni Kjee guna serbuk kunyit jer.Campur ke dalam santan pekat dan jerang. Bila dah mendidih, masukkan otak dan biar ia masak lagi. Pastu bubuhlah asam keping satu dan garam. Itu jer.

Tetapi santannya mesti betul2 pekat. Kjee beli santan pekat RM2 tadi. Itu jer tak campur air pun. Tapi pepeham jer lah orang jual santan sekarang. Dia orang dah siap2 campur air. Tak macam budak Man yang Kjee langgan santan selama 5 tahun kat Hulu Kelang dulu. Santan dia memang kow pekat.

Lepas otak tu dah cukup masak cukup rasa, sebelum padam api, taburkan daun kunyit yang telah dihiris macam bunga rampai. Kacau rata.

So sesiapa yang nak makan tapi ada masalah kolestrol, fikirlah dua tiga puluh kali. Atau jadi cam Kjee. Sediakan TF Plus dan TF Cardio. Insya Allah selamat. 



10 comments:

norinaomar said...

Rasa macamana otak lembu ye kakjee..tak pernah makan pulak

teringin pulak nak makan nasi padang..rindu

Kjee said...

rasa macam mana? isyhh tak retilah nak citer. kena makan sendiri lah Ina. sedap sangat2.

KL BOYZ Channel said...

Terus terasa lapar la kak jee, tengok je dah tahu sedap nya...

ishy77 said...

Fiuuuu...otak..berlemak..erk..mesti kena btl2 pedas kan. Kalau tak nnt muak? Ehemmmm...rare la kjee.. Mesti sedap. Meleleh air liuq.

deena said...

Boleh mkn ye otak lembu ni, ingtkn xleh.. Hehe.

aeinio said...

x pernah makan jugak... huhu lemak dgn lembik2 ke kak gee?

Syaz said...

ni fave famili sy..mak sy selalunya akn buang urat2 di otak tu dulu..mmg keje2 leceh ni serah kt mak je..hihi..sedapppp sgt otak ni..tringin plk..lama x mkn..

Sehari Bersama Nadia said...

Haritu beli utk mak..sebiji otak 10 hengget.uat masak tempoyak sedap sgt...masa kekecik mkn.dh beso x sampai ati lak nk mkn.ehehe

et said...

kak jee...sedapnyer otak lembu masak lomak...lama dahtak makan ni.

ashikin said...

Wah...lama btul x mkn otak lembu selalunya bapa n mak sedara yg masak masa hari raya haji....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...