Thursday, August 23, 2012

SALAM LEBARAN DARI KJEE, UNCLEPALI DAN NADIA











Dan lima hari kita masuk ke bulan Syawal. Hari ini baru ada mood nak menulis. Hari2 lain melayan kemalasan.

Tahun ini Hari Raya paling sibuk dalam hidup kami tiga beranak. Petang Raya (Sabtu) pulang ke Kampung Ulu Jempul di Pahang. Esok petang kembali ke KL. Tak sampai 24 jam di kampung. Alhamdullilah perjalanan pergi dan balik lancar walaupun kami dah bersiap sedia untuk sangkut dalam kesesakan lalulintas dan berbuka puasa di dalam kereta.


Kak Paridah, kakak sulong Unclepali

Kak Fatimah @Saadiah bersama anak2 beliau. Seorang lagi pergi jalan2.

Raya kedua, kami ziarah bonda di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang. Hujan renyai2 ketika itu. Kemudian kami terus ke Jeram, Selangor untuk ziarahi abang angkat Kjee, pengarah dan penyanyi Hj Zainal Othman dan keluarga beliau. Kami dijamu dengan Laksa Johor yang sedap sangat, sate dan lauk pauk Hari Raya yang lain.


Haji Zainal Othman dan Hajah Rahmah




Dari Jeram, kami 'menghantar nyawa' join orang lain meredah kesesakan lalu lintas untuk menziarahi Mak Der (ibu tiri) Unclepali di Sungai Besar, Selangor. Tak tahulah samada dalam jajahan Kuala Selangor ataupun Tanjung Karang.


Fauzi, Unclepali dan Shahdi

Unclepali bersama dua adik dan adik iparnya (kiri)
Kami bersama keluarga Mak Der

Unclepali bersama adik perempuan bongsunya Nor Azelin

Kjee tak ingat bila kali terakhir kami ke sana. Tetapi ada sekali tu kami pergi, balik kehampaan sebab Unclepali dah terlupa mana rumahnya. Dulu sebelah rumah ada surau. Disitu ayah Unclepali menghembuskan nafas akhir di surau itu ketika menunggu azan subuh.. Kerana tak jumpa surau, maka kita pun tak taulah camner nak cari rumah Mak Der.

Tetiba masa kami pergi, surau dah tak ada. Khabarnya tuan tanah robohkan. Alahai...surau pun sanggup dirobohkan.

Anyway, dapatlah Unclepali bertemu adik2nya Shahdi, Fauzi dan Nor Azelin (sorang lagi Andi tak balik kampung) serta ibu tirinya. Dalam perjalanan balik KL, kami sangkut dalm jem yang amat teruk. Macam serik nak ke sana musim Raya lagi!

Esoknya, kami ke Melaka pulak, ziarah adik Kjee, Faridah. Heran yer, dua kakak Unclepali punya nama sama seperti adik beradik Kjee iaiatu Pazilah dan Paridah (ejaan jer lain. Adik2 Kjee hurufnya F). Yang lelaki bongsu bernama Fauzi. Hmmm Fauziah jer tak ada. Tak per. nama kita eksklusif. Hehehe.


Bersama Faridah dan suaminya Yusof

Ibu saudara kesayangan Nadia
Kami smapai di Melaka jam 12 tengah hari dan dijamu adik makan mi kari. Sedap sangat. Adik Kjee ni memang pandai masak sebab dia tinggal bersama Bonda hingga ke akhir hayat Bonda.

Lepas zohor kami bergeraka kembali ke KL. Sebelum tu, ronda satu round bandar Melaka (suatu kemestian apabila ke Melaka) dan sampai di Air Keroh, jalan tersangatlah sesak sampai Seremban. Lepas tu, line clear. Unclepali pecut sampai Sg Buloh pukul 9 malam.

Itu jer. Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir Batin. Kjee puasa penuh so Kjee sambut sebulan Raya tau!!



Hobi Nadia...amik foto dia sendiri


8 comments:

NaOMi said...

Assalam..Akhirnya dapat gak baca n3 terbaru KJee..Jgn le serik g Sg Besar..Jln tu mmg cmtu kalau musim perayaan..Selamat Hari Raya AidilFitri utk KJee sekeluarga..

paridah said...

HARI RAYA HARI KUNJUNG MENGUNJUNG MEMPERERAT SILATURAHIM N MERASAI NIKMATNYA BERKASIH SAYANG SESAMA KITA...SELAGI TERDAYA LAKUKANLAH...GANJARAN PAHALANYA BESAR AMAT...

ashamami said...

Selamat Hari Raya Kjee...maaf zahir batin...wah seronok la Kjee round2 rumah sedara mara...

fzzh said...

Slamat Hari Raya Kak Jee. Semoga Raya tahun ini memberi kegembiraan pada Kak Jee dan keluarga.

Anonymous said...

selamat ai raya kak jee..kak jee adik kak jee tu pelakon kn ahmad fauzi hehe sy ingt2 lpe je ni.ayah kak jee msh ade lg ke?

Kjee said...


Ahmad fauzee abang Kjee, bukan adik.

Anonymous said...

hahaha silap la plk..hehe ayah k.jee msh ade lg ke?

cikdee said...

assalam.. selamat hari raya kak jee.. nama adek-badek kak jee sama la ngan saya... faridah, fazilah n fauziah... hehehheh

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...