Wednesday, September 12, 2012

CARA UNCLEPALI JINAK KUCING

Handsome Cheetam sekarang



Kjee pasti ramai tahu Kjee sekeluarga adalah pencinta haiwan, especially kucing. Bab binatang ni, Kjee puji Unclepali. Kalaulah dia kerja kat Zoo Negara, pasti ramai binatang liar dapat dijinakkannya. Hehehe.







Dulu masa kami meniaga di Foodcourt Anjung Melawati, ada seekor kucing yang kami gelar Gabby. Gelaran ini diberi sebab Gabby ni gelabah tak tentu arah. Kucing betina ni liar. Bukan kucing kami tetapi selalu berkeliaran di foodcourt Anjung Melawati.

Kjee mahupun Nadia tak berani dekat dengan Gabby. Garangnya tak bertempat. Tetapi Unclepali sanggup. Dia tidak pernah putus asa nak jadikan Gabby kawan dia. Hari2, dia sediakan segenggam dua isi ayam mentah dan dijadikan umpan buat Gabby.

Diletakkannya isi ayam tu atas kertas sok khabar dan sorok berhampiran. Gabby pun makan. Kemudian Unclepali akan menyusup perlahan2 bagai Harimau menerjah mangsa. Dia tangkap Gabby, peluk dan cium. Gabby meronta2. Cakar habis Unclepali kat mana dia sempat cakar. Sampai luka2 Unclepali.

Tidur bersama Ginger atas katil Nadia


Tapi Unclepali tak pernah serik. Selepas sapu ubat kat luka2nya, esok dia ulang lagi. Dan akhirnya selepas kira2 enam bulan, Gabby pun mula jinak tetapi hanya untuk Unclepali. Kalau dia nampak Uncleali, dari jauh lagi dia dah berlari. Tetapi masih cakar Unclepali kalau angin dia tak baik.

Hari tu, ada fren FB tanya bagaimana Kjee jadikan Snowy dan Cheetam, geng?! Baca sini.  Memang lah masa Cheetam mula2 masuk rumah kami, Snowy memberontak. Dia enggan masuk rumah. Puas pujuk tapi apabila sudah tengah malam baru dia balik. Mujurlah Unclepali memang sediakan makanan kucing di luar untuk stray cats. Itu jadi makanan Snowy.

Jenuhlah Unclepali cuba pujuk Snowy. Dia tetapi enggan menerima Cheetam. Unclepali mula surf internet. Kemudian dia tertengok program kucing kat Astro. Program itu, kebetulan pulak mengajar bagaimana hendak buat kucing domestik terima kucing baru.

Kini kesayangan Snowy


Kjee perhatikan sahaja Unclepali tekun buat mainan untuk Cheetam dan Snowy. Seekor lagi kucing kami, si Ginger, tiada masalah dengan Cheetam. Unclepali bawak Cheetam bermain dulu dengan mainan yang Unclepali beli ataupun buat sendiri.

Esoknya, Unclepali kunci Snowy dalam rumah dan bermain dengan Snowy gunakan mainan yang telah dimain oleh Cheetam sebelum ini. Bau Cheetam sudah ada pada mainan itu. So apabila Snowy bermain dengan mainan itu, dia sudah dapat 'menangkap bau' Cheetam.

Selain itu, tiap kali memberi makan kepada kucing2 tu, Unclepali akan beri kepada Cheetam dulu. Bekas makan Cheetam diberi kepada Snowy tanpa Snowy sedari kot.

Akhirnya setelah kira2 dua bulan, Snowy sudah dapat terima Cheetam. Cubalah. Itu cara Unclepali lakukan dengan jaya.

Seperkara lagi yang Kjee nak shrare ialah bagaimana untuk toilet train kucing. Sebaik sahaja Kjee dapat kucing baru atau berpindah ke rumah baru, semua kucing2 Kjee akan Kjee kuncikan dalam toilet bersama bekas pasir mereka.

Cuba pujuk abang Ginger. Nak minum susu. Hehehe


Keluarkan mereka HANYA setelah mereka dah 'buat bisnes'. Selepas itu, tiap kali mereka hendak membuang, dia sudah tahu di mana hendak tuju.

Kjee pernah bela berbelas2 ekor kucing. Sekarang tinggal 3 jer. Ada yang mati ke langgar, mati sakit, dicuri orang dan ada jugak yang hilang entah kemana. Masa pindah ke Sg Plong, ada yang lari lintang pukang tak nak ikut.



7 comments:

Anonymous said...

kaq kjee,sya ade benda nak tanye...sy email kan

Anonymous said...

Kjee, update selalulah pasal kucing Kjee dalam blog ni. Bestlah baca pasal ni..Tq

nita said...

kebetulan, baru bercerita pasal kucing "membuang" ni, dengan Dr Ina. hari tu ikut petua Dr aida tapi cam tak jalan jer, esok try cara k.jee pulalah ^_^

thanks k.jee. (agak2 k.jee kenal tak saya)
kalau sudi, silalah singgah ke blog saya.

norinaomar said...

ooo..macam tu ke caranya..boleh dipraktikkan ni

Anonymous said...

kucing hilang ntah ke mana tu biasanya kucing tu tahu dia dah nak mati (mungkin kucing tu sakit)...dia pergi cari tempat sunyi nak mati, tempat yang tiada orang/binatang lain lalu lalang...

Nor Dila said...

assalam kak jee,,,suka plak baca cerita k,jee ni,, kami pun skeluarga sgt suka pd kucing,,dari hingga kini kemana saja kami pindah pasti ada kucing dlm rmh,,x kisahla yg d bela and yg dtg sdri,,huhu,,papun thanx share info nak try la cara jinakkan kucing liar ni,,hee

intandayani said...

sy pun de bela kcg...dlu de 11 ekor tp sume kami da hantar ke pusat kebajikan...sbb de complaint jiran kt kuarters tu...tp skrg ni kami da start bwk msk blik kcg...skrg da jd 9 ekor smula...hehehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...