Thursday, October 25, 2012

DOAKAN KAMI HINGGA KE SYURGA. AMEEN









Year in year out...dah 11 kali kami menyambutnya. Dua puluh lima haribulan Oktober tahun 2000. Dan buat kali ke-12 hari ini, Alhamdullilah syukur, kami masih bersama. Rasa macam baru jer tetapi sudah 12 tahun UnclePali dan Kjee melayari bahtera sebagai suami isteri. Pelayaran yang tidak sunyi dari dugaan dan ujian dari Yang Maha Esa.  

Alhamdullilah. Kami berdua memanjat kesyukuran, walaupun ujian ada kalanya turun menimpa2, namun semua itu berjaya kami atasi. Hanya Allah swt sahaja yang tahu, disebalik senyuman, disebalik gurauan terselit juga banyak tangisan. Lautan mana yang tidak bergelora...

Isyhh rasa kelakar pulak nak tulis mcam ini. Kjee memang tak reti bahasa yang puitis dan berbunga2.

Hanya Kjee ingin catatkan di sini, moga rumahtaangga kami berdua akan berakhir ke hujung nyawa. Ketika membuat keputusan untuk menjadi isterinya, 12 tahun lalu, Kjee sebenarnya pasrah dengan apa yang sudah tertulis. Kjee redha dengan apa yang bakal Kjee lalui.



Dua perkahwinan yang lalu, sebenarnya, membuat Kjee serik untuk menjalaninya lagi buat kali ketiga. But Allah knows better. DIA tidak mahu Kjee terus menjalani  sisa2 hidup ini berdua sahaja dengan Nadia.  

Justru Kjee panjatkan doa ke hadrat Illahi agar kami terus bahagia dan kekal hingga nafas akhir.

Terima kasih Abang kerana menerima saya seadanya. Saya jugak begitu. Akhirnya, Abang berjaya bawa saya ke alam rumahtangga buat tahun ke-12.

Dua yang sebelum ini hanya bertahan setakat 8 tahun sahaja. Jadi, apabila berjaya melepasi tahun ke-8, empat tahun lalu, saya cukup bersyukur. Saya  telah berjaya 'meloloskan diri dari sumpahan tahun ke-8'.

Terima kasih Allah.




22 comments:

Cik Nor said...

selamat ulang tahun utk kjee berdua. semoga kekal berbahagia hingga ke akhir hayat

Kjee said...

Ameen. Terima kasih Cik Nor.

Scarlett O'Hara said...

Doa yang terbaik buat kak Jee.

Anonymous said...

selamat ulangtahun perkahwinan yg ke 12..moga berbahgia hingga ke hujung nyawa...

Mat Gebu said...

Selamat ulang tahun perkahwinan utk kak jee dan uncle pali. Moga ikatan kasih cinta kak jee berdua makin rapat, makin kukuh dan menjadi simbol kebanggaan....terima kasih juga menjadi sorang blogger, merendah diri, menegur dan beramah mesra dengan kami. Moga Allah swt memberkati Kak Jee sekeluarga..

TANAM TEBU DI TANAH RATA,
TANAM SEBARIS BERSELANG TIGA,
IKATAN KASIH BERSULAM CINTA,
KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Selamat ulangtahun perkahwinan kak jee.Muga kekal selamanya dan bahagia selalu.

Siti Nadira said...

Semoga K jee n uncle pali bahagia hingga ke syurga.Seronok tgk pic k jee berdua...nmpk romantik sgt

ashiekien said...

tahniah kak jee...semoga bahagia dunia dan akhirat

susumanis said...

mabruk k jee n ucle pali, barakallah till jannatulfirdaus..aamiin ya Rabb :)

Embun Melati said...

tahniah kak jee..semoga Allah sentiasa memberkati rumahtangga kak jee hingga akhir hayat...bahagia selalu..:)

Ratu Hatiku said...

Happy anniversary..Semoga hubungan akk kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin...

rosy_rosyrose said...

Assalam kak Jee, saya doakan kak jee and uncle pali kekal hingga ke syurga. Amin.

Muhamad anuar Marsib said...

Tahniah Kak Jee.. Selamat menyambut hari Ulang tahun perkahwinan yang ke 12 tahun..

Dan Selamat menyambut Hari raya Aidil Adha..

Selamat Hari Raya Aidil Adha Boni..
Kutitipkan koleksi ucapan SMS hari raya AidilAdha dari jauh sebagai tanda ingatan...

Koleksi SMS Ucapan Raya AidilAdha pilihan Anuar

Anonymous said...

as salam k. Jee & uncle Pali, alhamdullilah! happy 12th anniversary, may your marriage be under Allah's blessing always.Insya Allah, aaminn.

ikhlas dari kami,
Zaph, suami and geng kucing

AZLITA AZIZ said...

Assalamualaikum kak Jee

Selamat menyambut ulang tahun perkhawinan yg ke 12
semoga bahtera yg di bina akan sentiasa kekal bahagia selamanya..

semoga kak Jee sentiasa di berikan kesihatan yg baik dan doa kak Jee di makbulkan oleh Nya..
Amin

Hasnah Rahimah Rahim said...

Happy 12th Wedding Anniversary Sis and your beloved better half, Unclepali. May your love bloom eternally.....InsyaAllah.....Ameen.....

Kesuma Angsana said...

doakan kjee kekal bahagia hingga ke syurga berdua ye

Anonymous said...

Selamat menyambut ulangtahun ke 12. Saya doakan kak jee dan keluarga sent berada di bawah rahmat Allah sentiasa dan muga muga kasih sayang ini terus bertaut hingga ke jannah. Ameen.

MAK TEH said...

salam eid ul adha k.jee n uncle pali n nadia.sel.ulangtahun perkahwinan buat k.jee n u.pali,semuga yg terbaik milik k.jee selamalamanya..ameen ameen ameen.

Anonymous said...

Tahniah Kak Jee... Semoga Allah rumah tangga yang dibina kekal sehingga akhir hayat. Juga semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat Kak Jee sekeluarga......

siti azizah Sang Pencinta said...

tahniah puan.. semoga Allah SWT terus memberi kebahagiaan kpd Puan, suami dan anak..

Irfa said...

eh kebetulan la kita kak jee..saya pun tahun ke12 jugak tahun ni..cuma beza tarikh je.saya 18 nov 2000.hehe

moga bahagia hingga hujung nyawa ye

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...