Thursday, October 11, 2012

JIMMY - SUHAILA BERPISAH TALAK KHULUK






Jimmy dan Suhaila - di saat bahagia


Alhamdullilah. Berakhir sudah kemelut rumahtangga Jimmy Shanley dan Nursuhaila Suhaimy. Setakat ini sahaja nampaknya jodoh mereka. Mudah2an anak yang dilzahirkan atas rasa cinta yang terjalin untuk jangka waktu yang singkat itu, tidak akan dijadikan mangsa.

Kjee copy paste berita dalam mStar Online.


bersama permata hatinya, Zahra - foto2 ehsan google 


PETALING JAYA: Setelah sekian lama mengharungi konflik dalam rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy Shanley Norjahan Salleh dan isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy bercerai talak satu secara khuluk atau tebus talak dengan bayaran RM1.

Lafaz cerai (khuluk) itu dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu selepas pasangan berkenaan bersetuju untuk menamatkan rumah tangga masing-masing.

Abd Halim yang mendengar lafaz itu kemudian membenarkan jatuh talak satu dan mengarahkan Nursuhaila bersuci tiga kali edah.

Tebus talak itu dibuat mengikut Seksyen 49 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 yang difailkan Nursuhaila.

Dalam prosiding itu, Nursuhaila, 26, yang merupakan plaintif bersetuju untuk menggugurkan tuntutan nafkah edah, mutaah serta hutang sementara Jimmy, 33, pula bersetuju untuk tidak membuat sebarang tuntutan berkaitan hutang di antara mereka.

Peguam Syarie Sa’adiah Din yang mewakili Nursuhaila memaklumkan pihak plaintif ada menerima permohonan Jimmy untuk bersetuju menebus talak dengan nilai RM1 pada Jumaat lalu.

Berikutan itu pihaknya membuat keputusan agar kes permohonan cerai secara baik yang difailkan di mahkamah syariah di sini ditarik balik termasuklah permohonan nusyuz (kembali taat) yang masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam dekat sini.

Sa’adiah berkata, permohonan Jimmy berhubung tuntutan hadanah iaitu hak jagaan anak Zahrah Shanley yang berusia setahun akan tetap diteruskan.

Jimmy diberi hak untuk melawat anaknya yang berada dalam jagaan ibu Nursuhaila iaitu pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim di Sungai Buloh dekat sini.

Pengacara Trek Selebriti terbitan Astro itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Noor Aizan Md Idrus.

Ketika di luar mahkamah Jimmy berkata dia telah mengkhianati janji terhadap ibu mertuanya untuk tidak menceraikan Nursuhaila.

“Saya telah mungkir janji kepada ibu mertua saya untuk tidak menceraikan Nursuhaila. Tapi apa nak buat minat, hobi pun tak sama,” katanya.

Nursuhaila bagaimanapun mengucapkan rasa syukur kerana kes berkenaan akhirnya dapat diselesaikan.

Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November 2011.

Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...