Tuesday, October 23, 2012

LASAGNE DAGING SUP TOMATO
































Dah dekat seminggu Kjee teringin nak makan lasagne. Tapi nak yang buat sendiri. Hari makan kat satu kedai, hmmm kureng. UnclePali kata kalau dah boleh buat sendiri, tak payah makan kat restoran. Asyik komplen jer. Hehehe.

Yalah. Macam mana tak komplen kalau harganya mahal tapi rasanya tak berbaloi dengan harga. Tapi ada dua tempat yang Kjee suka sangat. Satu, di Kelab Darul Ehsan dan satu lagi di Alexis, kat Great Eastern Mall.  Kalau tempat lain, hmmm baik Kjee buat sendiri.


sebelum masuk oven
Thai Chilli Flakes

Actually tak lah payah sangat nak buat Lasagne. Dulu Kjee takut gak nak buat. Maklumlah apabila tengok banyak sangat bahan2 yang kita tak kenali terutama sekali keju yang bunyi pelik2. Hehehe.

Anyway, lepas tiga kali buat, hari ni Kjee dah lawan toke. Dah buat ikut cara sendiri. Kjee guna sup tomato Kimball dalam tin sahaja. Dan dua tiga hari Kjee fikir nak buat cara itu. Dan akhirnya, hari ini Kjee beranikan diri. Alhamdullilah senang bah itu! Sama jer rasanya. Tak lari pun rasanya kemana2.

Dan Kjee juga bubuh Thai Chilli Flakes supaya rasanya lebih pedas. Maklumlah tekak Melayu. Kalau rasa masam jer, boleh cepat muak. Tetapi Kjee terlebih bubuh. So agak pedaslah. Lain kali Kjee nak kurangkan.

Tiada resipi tepat untuk lasagne Kjee kali ini. Jom kita intai bahan2nya dan cara membuatnya.





LASAGNE
sumber: pandai2 sendiri

400 gms daging kisar Ramly
1 tin sup tomato Kimball
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang carrot
1 kuib daging
Thai Chilli Flakes (optional)
2 helai bay leaf kering
Instant Lasagne sheet San Remo
Cheddar Cheese - diparut
Parmesan Cheese - diparut
Mozarilla Cheese - diparut

Bahan white sauce
2 cawan fresh milk
4 keping ceddar cheese
1 sudu besar 


CARA:

Dadu bawang besar dan carrot. Bubuh kira-kira 2 sudu besar minyak Zaiton (minyak apa2 pun boleh termasuk minyak joyah dan jenab) ke dalam periuk. Apabila sudah panas, masukkan bawang dan goreng seketika hingga layu (bukan brown). Kemudian masukkan carrot dadu dan goreng seketika. Masukkan daging dan campurkan bersama bahan2 tadi.
Apabila daging sudah nampak kecut, masukkan satu tin sup tomatoKimball dan tambah jugak 1 tin air biasa guna tin Kimball itu. Kacau hingga rata.
Masukkan 1 kuib daging dan 2 helai daun bayleaf kering. Kalau tak ada pun tak kesah kot.
Rendidih guna api perlahan kira-kira sejam. Kalau air kurang, tambah lagi satu tin yang sama. Masak lagi hingga pekat. Sejukkan seketika. Kjee tak bubuh garam sebab sudah cukup rasanya. Kalau korang rasa tak cukup, boleh tambah sedikit garam.
Oh ya Kjee bubuh jugak Thai Chilli Flakes. Saja nak rasa apedas. kalau korang tak suka, tak payah bubuh.

Untuk white sauce, Kjee panaskan 2 cawan susu segar low fat. Kjee masukkan 1 sudu besar tepung gandum dan whisk pantas. Kemudian masukkan 4 keping cheese dan terus whisk sampai semuanya larut. Tepikan.

Sediakan baking dish. Kjee guna pyrex yang bujur. Lupa lak nak tengok saiznya tadi. Ambil dua senduk nasi sos daging tomato tadi dan letak di bahagian bawah baking dish. Disusuli pulak dengan satu senduk white sos. Kemudian disusun kepingan lasagne sheets diatas white sos. Ulang hingga 4 lapis. Bahagian atas sekali sos daging. 
Kemudian taburkan keju pilihan. Kjee bubuh tiga jenis keju iaitu parutan cheddar, parmesan dan mozzarella.

Bakar dalam oven suhu 180 selama 45 minit. Kjee guna api bawah sahaja. Nampak agak rentung sebab Kjee tersilap suruh Unclepali bubuh suhu 200 darjah. Tapi rasa okay.

Masa nak hidang, taburkan sedikit parmesan cheese kalau suka.

NOTA: SOS DAGING BERTOMATO INI BOLEH JUGAK DIGUNAKAN UNTUK SPAGHETTI BOLOGNAISE. SEDAP DITAMBAH BEEF BALLS. 








0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...