Tuesday, November 6, 2012

CENDAWAN KUKUR LEMAK CILI API






















Seharian semalam Kjee tak berani mengadap komputer di rumah sebab kilat sabung menyabung. Fuse box kena sambar kilat. Dekat dua jam jugak UnclePali terkial2 nak repair. Mujur ada jiran yang McGyver. Hehehe.

So sementara cuaca nampak cantik panas tak tau sampai bila, Kjee nak beritahu hari ni masak lemak cili api Cendawan Kukur atau orang Utara panggil Kulat Sisir. Rumah Kjee kan dalam hutan so ada macam2 lah boleh dijadikan lauk. Cendawan Kukur ni jiran yang bagi. Dia ingat Kjee tak reti makan.

Actually lebih dari reti! Peniaga di pasar tani sudah ambil kesempatan daripada keenakan Cendawan Kukur ni. Satu tin susu atau dipanggil pot, dulu RM3 tetapi khabarnya sekarang dah RM5. Dah jadi makanan eksotik sebab susah sebenarnya nak jumpa orang jual. Agaknya dia orang buat makan sendiri.

Tadi dalam kekalutan nak masak, Kjee terlupa nak amik gambar cendawan yang masih dalam bentuk asal. So Kjee google jer dan jumpa.












Tadi Kjee campur pucuk ubi yang telah direbus bersama ikan kembung ke dalam Masak Lemak Cendawan Kukur. Nampaklah meriah sikit. Dapatlah jiran yang beri tu merasa sikit.

Cendawan Kukur ni haruslah direndam betul2. Pilih dan buang kulit2 kayu yang melekat dan dibilas berkali2.

Kjee masak lemak cili api biasa jer. Sayang cili api tak banyak so kurang pedas. Kjee campur cili api yang telah ditumbuk bersama kunyit hidup ke dalam santan pekat. Campakkan dua batang serai yang telah diketuk. Dah mendidih, masuk ikan kembung.

Apabila ikan kembung elok masak, Kjee masukkan cendawan yang telah ditoskan kering dan pucuk ubi yang Kjee rebut dan perahkan airnya.

Bubuh garam dan pak aji dan didihkan seketika. Apabila sudah mesra bahan2 semua, Kjee hiris halus2 daun kunyit dan kacau perlahan2. Didih sekali lagi, padam api.




 

8 comments:

Mat Gebu said...

Salam kak jee...hmm feberet saya ni kak, payah nak dapat kat sini, kalau dulu kala zaman byk pokok getah memang senang nak dapat, berbakul2..Sekarang ni bayang dia pun tak nampak. Paling saya suka kalau masak gulai pisang muda, kasi campur dengan cendawan terkukur ni, bau dia harum dan "sesuatu" sangat....

Kjee said...

Masak dengan pisang muda? Isyhhh Che Mat ni. Kjee pun nak trylah. Jiran kata ada lagi belum sempat kutip. Thnx for the idea.

Irfa said...

kg saya pun (klate) panggil kulat sisir jugak
saya x penah beli sbb ayah saya mmg buat utk anak menantu dia..kami adik beradik mmg suka makan tp buat sambal cilipadi..kalau balik kg mesti tapau sebalang yg dah siap dikeringkan tu..:)

KakYang said...

minggu lepas saya beli sepeket RM5.00. mahal2 pun beli juga sbb dah lama teringin nak makan. saya masak tempoyak pucuk paku sekali dengan cendawan kukur ni..

Anonymous said...

saya pun suka sangat kulat sisir ni...sedap betul, kecik2 dulu selalu jugak makan, ni sekarang tak merasa lagi nak jumpa sebab kebun ayah dah tanam kelapa sawit..teringat dulu ada cerita melayu tajuk "sup kulat telur rebus" (tak berapa ingat tajuk dia), kalau tak silap cerita pasal family tu gila makan lauk sup kulat dengan telur rebus..hehehe

Anonymous said...

saya suke sangat cendawan kukur ni..tapi boleh makan bile balik kg je lah..satu yg saya x suka bile bersihkan tu byk lah ulat2 yg kita jumpa..time tu mmg geli lah..

dayang Citra said...

kat sini masih banyak kak jee..ia kan boleh dijemur dan dikeringkan.Haritu musim panas hujan banyak yang jual. Ada anak murid bagi seplastik penuh.Sedap juga dimasak tumis kering.

syalinda johari said...

teringat makayah saya..aritu masa cousin saya mengidam kulat sisir ni, mak dengan ayah p cari dalam kebun getah...memang sedapp kulat ni.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...