Friday, November 9, 2012

HEBAT SANGAT KE ADAM DAN HAWA?

Nadiya Nisa bersama suami dan anaknya






Walaupun drama Adam dan Hawa pada pandangan Kjee dan mungkin ramai penonton, tidak begitu sempurna pembikinannya, namun ia antara drama bersiri paling hot sekarang.

Ramai yang buat keputusan tidak mahu menontonnya lagi kerana drama itu terlalu lembab dan dragging. Maklumlah inti (content) tak banyak tapi nak di'tarik' jadi 80 episod!! Banyak scene diulang ulang serta dialog yang sama diucap berulangkali!!

Drama ini pada pandangan Kjee hanya layak untuk ditayangkan sebanyak 26 episod selama setengah jam sahaja. Itu akan menjadikan Adam dan Hawa lebih mantap dan berkesan. Kekadang tu, satu hingga dua episod kalau ditiadakan langsung pun, bagus jugak, sebab tak ada substance.

Kjee mohon maaf kepada peminat tegar drama ini seandainya teguran Kjee ini terlalu kasar. Tetapi jika diberi Kjee peluang untuk menulis apa yang terbuku di hati apabila menonton drama ini, Kjee rasa ada yang baling bom kat rumah Kjee.

Jalan ceritanya satu hal. Mungkin pembikin drama ini boleh kata, mereka terikat dengan cerita dalam novel. Well, Kjee tak baca pun lagi novel ini. Mungkin tak akan baca langsung. Tetapi The Making Of This drama, memang boleh dipertikaikan sangat2.

Bagaimanapun, Kjee yang sudah terbabit dalam pembikinan berpuluh drama, serta pembikin drama lain mungkin perasan. Kalau penonton biasa mungkin menganggapnya perkara biasa.

Tidak diketahui kenapa crew di sebalik pembikinan drama ini, tidak peka dengan props yang digunakan. Cerita dalam drama ini berjalan lebih 8 tahun! Jadi, props atau peralatan yang digunakan harus berubah!

Misalnya, penggunaan langsir, cadar dan juga alas kusyen dalam rumah ibu Ain di kampung. Selama 8 tahun tidak bertukar dan masih kelihatan cantik dan berseri2 serta nampak baru sehari dua dipasang! Nampak sangat, tiada pre pro serta homework dilakukan oleh seluruh tenaga di sebalik drama ini.

Itu baru satu contoh. Kalau disenaraikan, banyak lagi yang boleh dipertikaikan. But who cares when the people behind this drama, doesn't!

Tadi Kjee terintai page Adam dan Hawa. Geli hati Kjee baca satu komen. Katanya, hendak menunggu tiga hari lagi untuk mengetahui kisah selanjutnya, boleh jadi dia tak nyenyak tidur. Sikit lebih kurang macam itulah. Begitu dasyat ke penangan Adam dan Hawa?


41 comments:

Mimie said...

Salam kak Jee,

Tak matilah kalau x tgk pun. Ada x menambah,xde x mengurang pun. MMg betul pun drama Melayu mcm tu. Ada yg dah berpuluh2 tahun berpisah tp muka maintain jew. Mekap tetap tebal hokay. Kalau watak2 kampung plak, yg paling ketara tang kening tu. Baik saya tgk drama2 lama cm siri Opah yg ada siar kat rtm mlm2 skang.

p/s kalau rtm nak siar balik citer Santan Berlada kak Jee pun ok gak kan....:)

hazanis said...

saya peminat adam & hawa. :)

Anonymous said...

assalam. Saya setuju pendapat kak jee. Mulanya saya ingat saya seorang je dah mula rasa jemu dengan cara penyampaian cerita ini yang berulang-ulang sampai berminggu minggu. Pasti cerita ini lebih menarik kalau terus ditumpu fokus kan jalan cerita itu kepada teraju utama hero dan heroin. Sekarang perhatian saya dah berubah ke siri Julia. Mula siri ini lebih lewat dari Adam dan Hawa. Sekarang sudah hampir berakhir. Berbeza sungguh corak penyampaian. Terima kasih kak Jee kerana menyampaikan rasa kami silent watcher cerita-cerita melayu ini. Semoga mereka memperbaiki lagi kualiti di masa depan. Anak Kelana.

Embun Melati said...

Saya tak pernah sekalipun lagi tengok sebarang episod Adam dan Hawa..

Novelnya saya pernah baca..Tak dinafikan memang best!

Bila ulang tayang dalam bentuk drama,selalunya mengecewakan..tak menusuk dalam hati...eheehhe

pinky said...

betul tu....banyak episode yg spttnya xditayang... kadang2 buang ms jer tgk... sy tgk awal2...skrg dh mls nk tgk...benda sama... nk tggu ending pulak...tp novel tu sy baca.... sbb sy suka tyle aisya sofea menulis.... tp tu lah... bila didramakan rasa merepeknya!!!!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

8 tahun dulu dah ada iphone juga.. urmmm..

tapi saya suka juga cete ni..

Miss Layaleya said...

Salam sis,

Saya mmg x tgk langsung walaupun saya peminat tegar aaron aziz.. :)

Lynn said...

As salam...

Hehehe..lawak pulak sebab lynn pon perasan pasal langsir pelbagai tu..Tapi nak kata follow dan terlampau taksub dengan cerita tu tak..cuma sekadar mengisi keboringan sambil ion baju ade la...tu lah..kenapalah agaknya nak buat lama2 camtu..kan ke buang masa,kos dan tenaga.....

Anonymous said...

ada satu episod dimana ketika ain menjawab pnggln utk menyatakan kereta dia rosak, kelihatan ada ketikanya telefon bimbitnya dimasukan ke dlm "tudung" ada ketikanya di luar "tudung".
kesalahan yg xsepatutnya...

:|: TinTa Kibod :|: said...

kalau nak mengadap setengah jam tiap2 hari memang taklah!saya tengok juga tapi sekali sminggu, source online kan banyak, marathon je lah :p

rasanya yang sanggup tunggu tiap² hari adalah peminat tegar AA je :)
dan kepada isteri/ibu, jgn terlalu taksub sampai ada terbayang² dan mula compare dgn suami sendiri sampaikan nadiya pun dibenci kerana tak cantik, tak sesuai dgn AA yg pd dorang hensem gila...haiyohhhhh yang korang tu sepadan sangat ker dengan pasangan *_*
Tolonglah jadi penonton yang bijak menilai jalan cerita bukan hanya pelakon....

memang gelihati bila baca mak2 org komen...
hakikat tu dan jgn ada yang marah :)

Anonymous said...

Salam,...

sy setuju gan Embun Melati.... bc novelnye lg best dr tgk drama...

x semua citer dlm novel boleh di adaptasikan ke drama kalau x beul2 cara nye mcm yg kak jee ckpkan...
mmg diorg kena buat homework yg teliti baru bes... sama mcm ombak rindu ...sy pun x berapa berminat tgk filemnye... lg best baca novel je sj..

Anonymous said...

Saya mula ikuti adam & hawa sehingga episod 7... lepas tu dah mula bosan sebab lembabs.. banyak sangat sehingga 80 episod nak tahu jalan ceritanya.. Jika novel 'ombak rindu' difilemkan jadi tak cukup pula dan org berkata-kata supaya dijadikan 26 episode.. Contoh terbaik jalan cerita novel 'nora elena' yg ditayangkan sebanyak 26 episod di TV3.. just nice! Sekadar pendapat, sikit sangat macam tak cukup.. banyak sangat akan merasa jelek.. yang sedang-sedang saja adalah memadai dan meniggalkan kesan dihati penonton... apapun saya bersetuju dengan pendapat kak jee yang lebih berpengalaman.. :)

AYU @ EDAYU said...

hehe....pun tak tau apa yang diorg havoc kan sangat...biasa aje ceritanya. pernah la tengok...aaron aziz...saya tak minat lakunan dia, too smart all the time..saya lebih suka rosyam nor yang boleh pelbagaikan watak..tak la bwk imej smart dalam watak budak kg yg ke kebun

Cool Lean said...

Saya setuju dgn K Jee ttg props, ttg wajah pelakon yg x berubah...
Saya x pernah baca novelnya. Dramanya saya tonton selepas download. Saya tonton sekali 4 episod sbb xnak terasa sangat 'kedraggakannya' itu. selama 1minit 45 saat permulaan cerita, saya blh tinggalkan dulu sbb masa tu pembuka & ulang tayang episod sebelumnya... Lepas dah habis episod 80, br saya akan baca novelnya, insyaALLAH..

FARAH deeb said...

Seb baik saya tak ikut walaupun kawan2 siap berusaha bermatian nak dowload link hari2 hohoo.. BTW, Nadia tu 2 pupu saya, sekian.
My latest Entry :)
Baiti Jannati: Sebelum & Selepas

Anonymous said...

Saya tak pnh tgk pun... Hero n heroin tk menarik .. so minat nk tgk tu tk pnh ada...

Anonymous said...

Salam Kak Jee..

Saya setuju dengan pendapat Kak Jee walaupun saya tak menonton Adam & Hawa...bila dapat tahu drama tu sampai 80 episod, saya dah boleh agak...mesti jalan cerita merapu-meraban, meleret-leret dan tiada substance...semata-mata dan panjangkan siri drama tu jadi 80 episod!!

Anonymous said...

Salam...

Saya ader nak komen pasal novel Melayu yang diadaptasi ke drama tv atau filem...kenapa sekarang macam trend...hero dan heroin kawin sebab terpaksa...Nora Elena, Gemersik Kalbu, Ombak Rindu, Bicara Hati, Adam dan Hawa...Saya rasa tengok drama Santan Berlada lakonan Kak Jee lagi bagus!!!

Anonymous said...

rasa nak hantuk dinding bila tengok citer melayu ....

Anonymous said...

lebih baik tgk citer melayu dr citer INDON yg lg NTAHAPEHAPENTAH..

Anonymous said...

episode mula rasa ok lah, lama2 tak tunggu lagi, bosan. paling tak boleh terima bila isteri asyik ulang2 cakap benci dan tak boleh maafkan suami tu sampai mati tapi masih boleh bertemu muka. macam jenayah teruk sangat dah berlaku antara mereka. novel pun sama juga, banyak yg longgar. lain kali sebelum nak didramakan cantas lah apa yg patut.
novel kat malaysia ni banyak sangat ilusi lah.

Anonymous said...

Astro yang nak drag 80 episod...nak bagi untung orang langgan mustika...saya tengok online jer...novel lagi best?..tapi nadiya nessa lakonannya mantap.

Lizan said...

Memang banyak boleh dipertikaikan tentang logik cerita ni, tapi layan jugaklah sebab nak tahu kesudahannya.

puteri rimba said...

rasa macam lagi best baca novel,penghayatan lagi umphhh...jalan cite dalam novel dah best,saya memang tak tgk kat tv,kalau rajin search online kalau tak,tak de la...sebab dah tau kesudahannya...

Anonymous said...

dah naik muak sampai tak boleh tengok lagi dah! lantaklah apa ending cite ni pun! ada ke org dah 8 taun kena sisih ngan isteri boleh sabar cam wali? hehhh! 8 tahun bukan masa yg pendek hokayyy!! dan si Ain tu kalau dah tak suka and benci sangat kat Am tu, pegi je mahkamah mintak fasakh! realistik la sket!

Anonymous said...

saya x panah ikut pun citer ni, tp penahla ter tonton, tak best manapun dan tersangatlah boring.ingatkan saya sorang jer tak suka.

Anonymous said...

The sorry state of malay drama & film. Pitiful! Selagi orang-orang dalam bidang ni cuma mengejar rating, popularity dan glamour semata-mata, selagi itulah mutu drama & filem melayu "dok takat tu jelah...". Balik-balik cerita cinta yg lalai lagi melalaikan. Saya sendiri sejak masuk tahun millenium dah tak lalu tengok cerita melayu. Memualkan! Langsung tak membantu minda, rohani apatah lagi... Kak Jee bila tulis skrip nanti tolong ya, jangan tulis skrip yang tak masuk akal. Jangan jadi salah seorang daripada mereka yang menjadi penyebab masyarakat melayu semakin lembik,lembap,dan leweh. Boleh je berdrama cintan-cintun,tapi tak perlu sampai ke tahap OVER macam yang ada sekarang. Gelilah!

Anonymous said...

novel adam&hawa adalah antara ranking koleksi teratas novel2 sya.dlm novel cetak adam mukriz galespie adalah mix melayu-matsaleh, tapi ble aaron aziz yg rupa 100% melayu membwa watak tu macam nmpk xreal langsung.watak yg nampknye hidup yg sya tengok satu je maknye si ain tu...yg lain xde feel mcm dlm bca dlm novel sebenar.

Anonymous said...

setuju sgt pandangan kjee...tak rugi pun kalo tak tengok...kalo tgk sakit hati buat apa....banyak lagi benda lain nak fikir....drama hampeh !!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum kjee...tolong hantar artikel kjee tulis ni kat Murai, Mstar, Utusan, Berita Harian, Kosmo dan Mymetro...Ini artikel yg bagus agar drma yg serupa hampeh ni tak di terbitkan oleh org lain...Juga akan dapat membuka mata kepada pengiat seni...jgn buat drama fikir nak untung saja tp takde kualiti macam longkong...plez kjee....terima ksih...

Anonymous said...

Maaf ye...lakonan aaron aziz dlm drama adam dan hawa tidak menyerlah...kita sebagai penonton dapat rasa aaron seperti membaca skrip dan tidak menghayati watak sebenar....lakonan aaron dalam drama arahan rosham noor Rahsia Hati jauh lebih baik...penceritaan drama Rahsia Hati sampai terasa di hati penonton..sejujurnya drama adam dan hawa memang tiada kualiti....harap lagu je gempak tp jalan cerita memang amat amat mendukacitakan....

Anonymous said...

Ehemmm...mmg btl apa k jee ckp tu...cumanya saya ttp follow dr awal smpai le ni atas dasar mnghiburkan...ok la lakonan hero n heroin and just ignore the weaknesses of the props n so on..coz crita melayu ni mcm sambal belacan gak la...kdg2 kurang mnyengat, krg asam, krg garam tp klu x de lnsng x sdap mkn nasik...ada jgk penonton AH yg tgk crita ni sbb suka elemen romantis nyer jerr dn penghayatan pelakonnya x mnghampakan..tahniah lah aaron n nadiya...tingkatkan lg d masa2 dpn....

Anonymous said...

beto sgt2 drama adam dan hawa tak sehebat mana pun dah ler heroin tak lawa dan tak cantik menyampah tgk muka heroinnya........

Anonymous said...

tak pernah tgk pun drama adam dan hawa sebab tak minat heroinnya..........

Anonymous said...

Salam Kak Jee. Eeeee saya sangat setuju dengan pendapat Kak Jee dan komen2 di atas! Naik angin pulak bila tengok production tak pay attention to details! They FAIL big time in that department! Macam tak percaya pun ada jugak, sebab production bukan calang2 company..dah ada pengalaman buat banyak drama bersiri dan juga telemovie!

Sememangnya Nora Elena fits just nicely in 24 episodes. Jalan cerita kemas and the sweetness between the hero and heroine can be felt just as nice! Dalam A&H, sangat jelas yang hero dan heroin begitu 'conscious' sesama sendiri. Macam tak selesa in view of their personal status. Hmm..then kena lah decide whether acting is something you'd like to do for a living...and what kind of role...kalau tau tak sanggup atau segan nak deliver the role well, jangan terima tawaran tu...apatah lagi ini adaptasi dari novel...pembaca ada expectation masing2!

I baca novel tu. Walaupun banyak parts yg tak logik & left unanswered, ceritanya masih manis...Ain digambarkan seorang yg lembut tapi tegas. Adam pula berkarisma. Tapi malangnya dalam drama, Ain diterjemahkan sebagai seorang yang keras hati dan tingkah laku; while Adam...kacak tu bolehlah..tapi sorry, tak ada karisma seperti watak asal bayangan penulis novel tu.

Hmmm..kalau nak mengomel pasal A&H ni, memang tak habis2!!! Thanks Kak Jee for sharing your thoughts & thanks for the space to share ours too!

Salam,
TY

Anonymous said...

Saya tgk cite ni sbb heroin dia, the best actress skang ni kot. Sincerely, saya tak penah layan cite melayu, last skali tgk cite geng surau 1. Pada mulanya semasa promo, mmg saya kutuk cite ni sbb heroin mcm x cun sgt. Saya start terjebak masa tgh2 episod dah, seriusly saya terpikat AH ni disebabkan lakonan heroin dia yg mantap. Dan saya juga tak kisah nak drag panjang sampai beratus2 episod pun, asalkan saya boleh tgk nadiya nissa setiap hari. Dahla cantik, pandai pulak membawa watak.

btw,nak cari film or drama yg hebat kt Msia ni susah, film Bunohan pun byk yg x logik dr segi props, e.g. baju faizal hussein tu tak bertukar dr mula sampai habis. mana ada org pakai satu baju jer hari2, duit kan ada hasil bunoh org.


Salfarina Sukor said...

Mula2 mmg excited nak tgk, tapi hmmm naik menyampah pulak. lagi2 lakonan Aaron Aziz yg ntah pape. nak cakap je mata cam terpejam, kuyu. Ingat manja sangat la tu buat camtu. Tp Nadiya Nissa mmg pelakon hebat. Nak drag 80 episode smp citer ntah jadi pape. content 50% je, yg lain flash back dan adegan yg merepek je.

Anonymous said...

layan citer nie sbb nadiya... dah bosan tgk heroin2 yg monopoli citer melayu..sesekali tgk muka baru...

Anonymous said...

Couldn't say more I agree will all the comments..so frustrated with the drama..Nadiya is ok but she is a bot skinny..the dressing in particular was suit's her well..when she wore the baju she looks melayang2 bagai di tiup angin..and some more look at the handbags..only 3 handbags in 80 episodes? and the handbag so kempis..lakonan yg mantap are all the mothers (aznah, lydiawati, faridah) the rest extremely boring..Aaaron too was not well dressed..sometimes he looks like mcm bukan pilot, this skinny jeans ..addooiiii sangat mengecewakan..

Anonymous said...

i really hope sehangat asmara not like adam dan hawa..tolonglah..

Sebuah Perjalanan said...

same goes to me...pada mulanya saya trpggil tuk tgok cte ni,tp honestly, lepas episod 50, sya dh mula bosan, & x tgok dh pn...juz last tgok ending je,tu je la,tp ending pn tetp boring...hrp jgn bt trlalu pjg cm cte filipina @ indon sbb dh meleret, kualiti dh kurg...pe2 pun thniah..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...