Tuesday, November 20, 2012

UPDATE GAZA 3 - 20/11/2012





Enam Terbunuh Serangan Baru Israel Di Gaza, Jumlah Korban Meningkat 116


GAZA: Enam warga Palestin menjadi korban terbaru serangan ganas Israel di bumi Gaza pada Selasa sekaligus menjadikan korban keseluruhannya meningkat kepada 116 orang sejak enam hari lalu.

Situasi pada Selasa agak berbeza dengan malam Isnin yang kelihatan reda sejak Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza pada 14 November lalu.

Jumlah yang disahkan tercedera dan mendapat rawatan hospital kini mencecah 920 orang sejak kempen serangan ini bermula.

Israel pada Selasa telah kembali melancarkan serangan yang agresif di utara bandar Gaza, tengah bandar Gaza dan juga di selatan bandar ini.

Dalam pada itu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tentera Israel menyatakan mereka telah melancarkan 100 lagi serangan dengan kombinasi pesawat pejuang, tembakan dari kapal perang dan juga meriam.

Sasaran mereka ialah melumpuhkan institusi kewangan yang digunakan oleh Kerajaan Hamas yang mentadbir Gaza.

Dan perkara ini disahkan oleh pihak berkuasa Palestin apabila Bank Islam Nasional yang terletak di tengah-tengah bandar ini musnah terkena roket yang dilancarkan oleh Israel.

Turut menjadi sasaran ialah kediaman Komander Hamas, Raed Aatar di selatan bandar Rafah dan juga seorang lagi pegawai tinggi Hamas, Abu Anza, di bandar Khan Yunis.

Pada Isnin serangan bertubi-tubi Israel telah mengorbankan 33 orang awam Palestin termasuk kanak-kanak. - mStar Online

3 comments:

Dr M i M said...

Salam Kak Jee,

Tolong link blog saya : http://novandri.blogspot.com

Blog Kak Jee sudah saya linkkan di blog saya. Tqvm.S

Dr M i M said...

Tq Kak Jee..

Kjee said...

Sama2 Dr M i M.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...