Wednesday, December 19, 2012

AKU DAN RA

Ketika naik kerusi roda dulu




Apabila hujan mula melanda dengan banyaknya sejak sebulan yang lepas, Kjee punyalah happy. Maklumlah Kpg Sg Plong di Sungai Buloh, Selangor memang terkenal dengan kepanasannya. Dulu Kjee tak tahu pun. Kalau tahu, tak mungkin Kjee berpindah ke sini.

Maklumlah dah bertahun2 tinggal di kawasan Taman Melawati yang udaranya nyaman dan selesa sepanjang tahun. Kawasan Taman Melawati memang kerap hujan. Berdekatan pulak ada kawasan takungan air yang besar. Air dari dam atau takungan ini yang disalurkan kepada sebahagian penduduk Lembah Kelang.

Ewah macam pandai pulak bagi info. Entah betul entah tidak. Tetapi kalau ada dam, itulah kerjanya kan? Kat dam ni pun banyak ikan air tawar. Dulu masa Kjee duduk Kampung Kemensah, hari2 ada jer member2 sekampung yang pergi menjala ikan di situ walaupun kawasan larangan. Oppps..kantoi.  Dan of course Kjee, Nadia dan kucing2 Kjee selalu happy apabila tangkapan tempias ke kami!

Eh apa lah merapu ni. Jari jemari tak berapa selesa menaip sebab sendi2 semua bengkak dan 'ketat'. Penyakit yang Kjee dapat lebih 30 tahun lalu - Rheumatoid Arthritis (RA), menyerang kembali sejak musim sejuk nilah.

Masa Kjee mula2 kerja di NST pertengahan 70-an dulu, Kjee pernah ditahan di wad selama dua bulan kerana penyakit ini. RA juga hampir2 merosakkan voice box Kjee. So kena tahan di wad dalam bilik seorang diri dan no talking to anyone! Dalam bilik pun tiada aircon mahupun kipas. Terkena angin sedikitpun, Kjee boleh menggerang kesakitan.

Di zaman itu, penyakit RA agak asing di Malaysia. Doktor Pakar yang merawat Kjee, kata hanya mereka yang tinggal di negara sejuk sahaja yang mendapatnya. So, apa lagilah...Kjee jadi guinea pig. Kjee dirawat di General Hospital (sekarang HKL) tetapi jabatannya di bawah Universiti Kebangsaan Malaysia. Masa tu UKM tak ada Hospital lagi.

Tiap2 hari Kjee dilawati pelajar2 yang belajar Medicine dari UKM. Batch pertama kot. Mereka tanya soalan, buat pemeriksaan dan amik gambar tangan Kjee. Kalau diserang RA, jari jemari menjadi bengkuk sikit. Sedihnya, sebab jari jemari Kjee masa anak dara, punyalah cantik. Mujur RA tidak mencacatkan sangat jari jemari Kjee.

Pastu RA serang semua sendi2 di badan Kjee. Sakit tidak terperi. Ketika discharge, Kjee dibekalkan dengan berkilo2 ubat2an. Bukan setakat ambil di farmasi Hospital tapi kena ambil kat setor hospital!

Anyway, after a few years, penyakit itu hilang sikit demi sedikit. Tapi musim sejuk, siap kau!

RA adalah penyakit autoimmune yang menyerang sendi. Ia menyebabkan radang sendi dan amat sakit.





So apabila Kjee diperkenalkan kepada Transfer Factor Advance setahun lalu, RA jarang menyerang Kjee. TETAPI macam biasalah. Bila dah baik, kita mesti lupa nak makan ubat. Samalah dengan Kjee. Leka makan TF Advance sejak 2 bulan lalu walaupun suami yang prihatin, hari2 bising.

Dan mulai semalam Kjee dah tak nak take anymore chances. Kjee makan 6 biji TF Advance sehari. Kjee telan 6 biji sekali gus masa breakfast. Tak payah tunggu 3 kali sehari sebab nanti terlupa.

Dulu masa Kjee sakit sendi baca sini  dan naik kerusi roda selama 2 tahun, akhirnya Kjee boleh berjalan selepas makan supplimen TF Advance ni sebanyak 3 botol. Habis tu kalau dah baik kenapa berhenti makan? Sepatutnya kena kurangkan dosage nya selepas baik. Sedikit lebih kurang mengambilnya untuk maintenance.

Hehehe seperti setengah2 orang, Kjee pun sama jugak...bila dah baik, ingat dah okay 100%! Padanlah dengan muka kan?

Mujurlah cepat sedar dan start balik. Dan apabila start balik makan selepas dua bulan berhenti, maka kenalah harungi healing crisis baca sini  sekali lagi. Healing crisis ini berbeza dengan setiap individu. Kalau dulu Kjee asyik tidur jer akibat healing crisis mengambil TF Advance, healing crisis kali ini agak teruk. Sakit sendi punyalah dasyat. Itu bermakna, TF Advance sedang serang kawasan2 yang dilanda penyakit.

My husband tak heran apabila Kjee complain sakit. Dia pujuk dengan berkata, seminggu dua jer sakit. Itulah kalau selalu makan walaupun tak sakit, takkan kena lagi healing crisis. So I shut up!!


Ada seorang pelawak tanahair yang kena RA kronik cam ni. - ehsan google

6 comments:

Mat Gebu said...

Salam kak jee....hmmm moga akak cepat sembuh yea...saya doakan akak sekeluarga dipanjangkan usia, diberi kesihatan dan dijauhkan dari sebarang pekara yang tidak diingini....

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Kak Gee

Speedy recovery ya kak. saya sendiri mengalami OSTREARTHRITIS (PAINFUL JOINT –LEG, HIP)n hypertension disaat umur 39 ni.

Ubat kena makan ya kak. Saya doakan akak, uncle pali dan nadia sentiasa dipermudahkan segala urusan dan bahagia dunia akhirat ya. Amin. Nur 'Aliah Nadhirah Abdullah

Irfa said...

bahaya jugak ye..

suhaila said...

As salam kak jee..get well soon, jg kshtn ya, mkn ubat tau. luv u.

Anonymous said...

Salam Kak Jee,
Saya ni silent reader blog Kak Jee, hari ni rasa terpanggil pula nak letak komen kat sini.
RA ni boleh serang sapa saja. Dulu ada makcik saya yg kena RA ni. Dah arwah dah pun. Sangat serius sebab RA dia sangat kronik. Mula dia kena umur dia 28-29 kalau tak silap. Masa tu baru bersalin anak ke 2. Tiba2 collapsed. Arwah mak saya la yg dok ulang hospital PPUM tiap hari untuk jaga arwah makcik [pagi & tghari] sebab opis dia dekat la jugak dengan hosp. Akibat RA tu kronik, doktor bekalkan banyak pil untuk dia. Rupa2nya pil tu steroid untuk hilangkan sakit. Jari2 dia mcam yg dalam gambar tu la, bengkok2 & bengkak kat sendi. Kesian sangat tengok dia. kadang2 kena pakai wheelchair. Kalau berjalan pun pelan2 seret kaki. Akibat banyak sangat makan steroid, dua2 buah pinggang dia plak rosak, kena buat dialisis 3 kali seminggu. Tapi arwah ni kuat semangat, dia boleh drive pergi dialisis kat PJ dari opis kat Shah Alam pastu drive balik rumah kat Meru, Klang.
Dekat 20 tahun arwah suffer penyakit dia ni, satu hari bulan MAC 2008, dia balik dari dialisis, tengah tunggu solat maghrib, dia sembang2 dgn hubby dia, tiba2 sesak nafas terus meninggal. Macam senang sangat... Sebulan lepas tu APRIL 2008 pulak mak saya mengikut. Saya hilang 2 orang mak dalam masa 2 bulan tu.
Arwah makcik ni sangat kuat semangat. Walaupun sakit dia tetap buat kerja sampailah kalau dia dah tak boleh bangun langsung. Tak pernah tinggal solat dan Al-Quran.

Eh.. panjang pulak la entri saya ni.. dah jadi cerpen plak hehehhehe.. Sorry Kak Jee.

So Kak Jee, take care of yourself. Jangan lupa makan ubat ok...

Anonymous said...

kak..adakah dengan makan tf ni jari kita yang bengkok boleh di betulkan ?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...