Thursday, December 6, 2012

BILA LAST BUAT PAP SMEAR DAN MAMMOGRAM?

ehsan google


Entri ni untuk kaum wanita jer tau. Yang lelaki pergilah main jauh2. Next entri Kjee buat untuk korang dan kaum wanita boleh pergi main jauh2 pulak. Isyhhh Kjee banyak tau rahsia yang boleh dikongsi dengan you guys! Hehehe.

Kjee nak tahu bila last korang buat pap smear atau mammogram? Ejaan betul ke. Ah janji bunyi sama. Hehehe. Oklah tak payah tanya korang lah. Tanya diri Kjee sendiri dulu ye. Bila last Kjee buat pap smear? Kali terakhir Kjee buat pap smear dekat 11 tahun lalu ketika Kjee menjalani pembedahan di rahim.

Mammogram? Hmmm tak pernah buat sebab my aunty kata dia buat dah. Sakit sangat2 sebab mesin yang digunakan tu 'kepit buah dada' dengan ketat sekali! Tujuannya hendak mengesan samada ada terdapat sel2 kanser yang mungkin tersorok. Apabila dengar sakit sangat2 tu yang buat Kjee takut.

Masa arwah bonda meninggal dunia kerana kencing manis hampir 15 tahun lalu, Kjee terus buat 100% checkup. Alhamdullilah Kjee selamat dari gejala diabetes. Tapi selepas itu buat jugaklah routine tests di farmasi.

Tetapi apabila adik bongsu Kjee meninggal kerana kanser payu dara, tak pulak Kjee buat checkup. Kenapa? Entahlah. Mungkin Kjee masih belum sedar betapa seriusnya penyakit itu.

Hari2 kita didedahkan dengan berita bahayanya kanser di kalangan wanita. Ia pembunuh nombor satu bukan sahaja di Malaysia tapi Kjee rasa seluruh dunia.

Semua kaum wanita takut apabila berbicara mengenai kanser baik payuara, rahim, liver ataupun hidung. Malah ada yang macam Kjee. Apabila orang mula bercerita, kita tukar topik lain.

Kjee sebenarnya dah pasrah. Umur pun dah banyak. Kjee dah pesan kat suami dan anak...kalaulah ditakdirkan kena apa2 penyakit berbahaya, usahlah bersusah payah nak buang duit belikan ubat. Pasrah jer lah kerana itu mungkin sudah bahagian Kjee dari Allah swt. Hidup pun dah lama sangat!

Tetapi korang yang masih muda, please cegah sebelum terlambat. Cegah camner? Pergilah buat pap smear atau memogram atau apa jua tests yang sepatutnya. Janganlah lalai.

Mereka yang berisiko tinggi mendapat kanser ialah yang tergolong dalam keluarga yang pernah kena kanser. Walaupun tidak mustahil kita akan selamat kalau ada dalam famili kita yang pernah mengidap kanser, tetapi usah buang masa dan jalani pemeriksaan.

Dulu cerita2 yang kita dengar ialah, seseorang boleh kena kanser kalau ada keturunannya yang kena tapi sekarang ni, senarionya berbeza. Tiada seorang pun dalam keluarga Kjee kena kanser tapi adik Kjee tiba2 terkena kanser payudara dan meninggal. Jadi cerita2 yang kita hanya perlu jaga2 kalau ada ketururnan yang pernah kena kanser mungkin cuma mitos sahaja.

Ada jugak kata orang yang berkulit cerah mudah kena kanser. Hmmm arwah adik Kjee tak pun cerah tapi...

Ingatlah. Lebih murah mengubat penyakit sebelum ia menyerang kita. Lihat sini dan jugak di sini.

Kjee tak pandailah nak cerita panjang lebar apa itu kanser payudara. Tapi Kjee dah tolong googlekan kat sini. Banyak lagi web site lain yang bagi info. Rajin2 lah google. Malah google apa saja yang korang nak tahu pasal penyakit kat internet. Kemudian apabila dah lengkap serba sedikit ilmu, pergilah jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan jadi macam Kjee yang asyik pasrah jer. Hehehe.

Kalau nak cari info atau testimoni untuk kanser dan penyakit2 lain, boleh baca link di sini.

Oh ya semalam Kjee baca kat mStar Online, Dato Siti Nurhaliza pun takut sangat dengan gejala kanser. Justru beliau tidak membuang masa untuk menjalani pemeriksaan. Korang bila lagi?


Product 4Life




8 comments:

y@N@^y@Ni said...

saya takut nak buat..dah ada niat...tapi banyak kali cancel..takut sakit (^_^)

mamaijat said...

13 dis mamaijat buat mammogram lg.routine tahunan bg kami penghidap kanser payudara.mamaijat dah jalani operasi sejak 2008.Alhamdulillah,jgn takut,peralatan sekarang dah canggih. . .X sakit mcm dolu2.go adik2 dptkan rawatan .mencegah lebih baik dari mengubati.
Satu lg,mamaijat juga pengamal keluaran 4life. . . .
Dengan izin Allah,semua okay,insyaallah.

Ezza Muffinbiru said...

Kjee
Adik saya baru saja menjalani pembedahan membuang payudara nya...sebab ada sel kanser di situ..sebelum ini maktiri saya pun telah di kesan ada kanser di payud ar nya dan dan di buang...Masa adik saya di sah kan oleh doktor ada sel kanser di payu dara nya, saya terperanjat betul..sebab kami tak ada sejarah macam ni...Mak tiri kami tiada talian darah langsung dengan kami dan kami yakin dia kena sebab lambat kawin dan tidak pernah beranak dan menyusu kan...tapi bila adik saya sendiri yang kena..kami rasa ada sesuatu yang tak kena..may be air yang di minum nya atau pun makanan yang dia makan hari hari..(Adik saya tinggal bersama makcik dan abah)..
Dan saya rasa saya dah tau penyebab nya...tempat tinggal rumah abah saya di kelilingi oleh pencawang elektrik yang besar dan tinggi tinggi..
Dan rasa nya pencawang tersebut mengeluar kan radio aktif yang boleh menyebab kan kanser. TNB kata kadar peratusnya terlalu sedikit tapi bila kami check..ada ramai penghuni di kampung tersebut yang terkena kanser...dan ada yang dah meninggal.
Semasa bos bos adek saya melawat dia,mereka pun terkejut bila melihat keadaan keliling....
Saya dah cakap ngan abah saya supaya jual saja rumah dan tanah tu..pindah ke tempat lain ..tapi masing masing tak tau kat mana nak pindah..

Gelombang Rakyat said...

Salam Kak Jee,

Saya memang minat gile kak jee dlm bidang kerjaya dunia lakonan.

N lebih mengagumi saya apbila ada rakan2 blogger menceritakan semangat Kak Jee dalam mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri kita DS Najib.

Salute Kak Jee.

Saya ada link blog kak jee dalam blog saya.

Senang2 jenguk2 la blog saya k.. TQ


GELOMBANG RAKYAT

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Kjee said...

Salam admin Gelombang Rakyat. Terima kasih atas perhatian. Kjee berani jamin, keturunan Kjee akan mendukung perjuangan UMNO hingga ke titisan darah terakhir!! Ameen. Terima kasih jugak sebab link. Kjee pun akan buat yang sama.

ieda said...

dua2 saya tak pernah buat...hahaha...nama ja dr...suruh org buat tapi diri sendiri tak pun..bukan apa kak jee..mammogram tu tak tergerak hati lg nak buat...yang pap smear tu masalah sikit.segan jugak sebenarnya...malas nak cari klinik satu hal...nak pi kat member?jangan harapla kan...lagi malu.
tapi insyaAllah will do it soon.

are_lin@yu said...

tq k.jee share..ayu br nk g wat pep smear sok.sbb rsa skt n bnjolan tu trasa kt breast.even mda lg br 23 n xkwin lg tkt jgk kanser xmngra usia..doakan ayu baik saja ya k.jee..

Anonymous said...

saya dah buat ujian mammogram....hehehhehe...x sakit pun...jgn takut...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...