Tuesday, January 31, 2012

APAKAH KITA AKAN MENJADI INSAN TERPILIH ALLAH SWT?

m


31 Januari 2012. Hari ini dah 31 hari kita berada dalam tahun 2012. Esok masuk bulan Februari. Pantasnya masa berlalu. 10 hari lagi my princess dah 24 tahun. Maknanya? Well, maksudnya,  mamanya sudah semakin tua. Dah semakin senja.






Semakin tua, kita seharusnya semakin insaf dan peka. Sejak Kjee terbabit dengan insan2 yang sakit hampir 4 bulan lalu, hari2 Kjee semakin dekat dengan Allah swt. Dia beri kita pelbagai signal atau isyarat yang kita sudah hampir kembali kepadaNya. Kita hanya dipinjamkan untuk menikmati segala keindahan di dunia ini,  seketika sahaja.

Tadi, Kjee tulis di FB mengenai betapa hancurnya hati Kjee 4 tahun lalu apabila adik bongsu Kjee (Arwah Fazilah) call dari Universiti Hospital dengan berita dia disahkan mengidap kanser payudara. Dunia Kjee gelap. Selama ini, Kjee berharap seandainya Kjee sudah tiada di dunia ini, Nadia hendak Kjee amanahkan kepadanya.

Tidak mahu membuat Ila (panggilan mesra kami kepadanya), terus murung dengan penemuan itu, Kjee kuatkan semangat. Kjee beritahu dia betapa bertuahnya dia sebab dia antara insan terpilih untuk mengetahui masanya untuk kembali di sisi Allah swt sudah hampir.

Memang sukar bagi seorang insan yang sedang bertarung maut untuk menerima kata2 Kjee itu. It's easier said than done. Tetapi, sebagai seorang insan yang sudah melalui terlalu banyak ranjau dalam kehidupan, Kjee pasrah seandainya sudah ditentu nasib Kjee seperti arwah adik Kjee.

Kita menjadi lalai apabila kita tidak dapat isyarat dari Allah swt. Isyarat mendapat sakit yang belum tentu lagi  tempoh hidup, akan membuat kita redho dan pergiatkan ibadat dan amal jariah. Masa itulah kita rasa masa 24 jam yang Allah swt sudah tetapkan untk kita dalam sehari tidak mencukupi.

Teringat lagi kata2 arwah Ila bahawa dia mahu berbuat baik, memaafkan lebih banyak insan yang telah melukainya, menyakitkan hatinya atau melakukan apa sahaja yang tidak dapat diterimanya selama hidupnya. Malah, Ila yang selama ini tidak pernah lalai melakukan segala tuntutan wajib sebagai seorang insan Muslim, mempergiatkan lagi amal ibadat dan amal jariah.

Tetapi Allah swt lebih menyayanginya. Kini sudah 7 bulan kami ditinggalkannya. Al Fatihah.

Arwah (kanan) bersama anak2 ketika melakukan Umrah terakhirnya


Kerana Kjee tidak dapat bersama2nya selama empat tahun dia bertarung dengan kematian, Kjee kini begitu peka dengan insan2 sekeliling Kjee yang mengidap  penyakit yang sama. 

Tidak pernah Kjee sangka, setiap hari, Kjee akan ditemukan dengan seorang insan yang mengidap kanser. Tiap kali Kjee mendapat panggilan dari mereka atau keluarga mereka, hati Kjee hancur. Dalam pada itu, Kjee juga menarik nafas lega betapa beruntungnya insan2 ini kerana telah mendapat isyarat dari Allah swt.

Bukan senang untuk menerima isyarat itu. Hanya mereka yang terpilih sahaja yang mendapat hidayah sperti itu. 

Bagaimanapun, bukan semua yang telah menerima isyarat ini dapat terus kembali di sisiNya. Ada yang (tak tahulah Kjee nak kata bertuah atau tidak), tiba2 diberi satu kejutan apabila menerima isyarat itu. Allah swt belum mahu membawanya kembali ke sisiNya. Lantas dihantarnya penawar untuk mematikan swis isyarat itu.

Ramai yang bertuah mendapat swis itu. Walaupun sudah diambang maut, namun tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Allah swt. Misalnya, doktor yang merawat arwah adik Kjee beri tempoh 6 bulan dari tarikh dia dikesan kena kanser untuk hidup. Tetapi dia berjaya hidup selama 4 tahun!

Sahabat Kjee, Dato Hafifi Hafidz yang mengidap kanser hidung tahap 4, sudah direject doktor dan disuruh pulang sediakan wasiat, tujuh tahun lalu. Dan kalau mahu contoh yang lebih dekat, Kjee juga sudah diberitahu oleh doktor perubatan moden yang sukar bagi Kjee berjalan semula kalau tidak dibedah kepala lutut dan diganti dengan besi.

Jadi, setiap kali Kjee jumpa insan2 yang sudah give up apabila mengetahui mereka mengidap penyakit kronik, Kjee selalu beritahu mereka bahawa mereka patut bersyukur kerana menjadi insan terpilih. Ada yang terima kata2 Kjee dengan penuh kesyukuran. Dan Kjee tahu ada yang kecewa tetapi tidak ditunjukkan.

Kalau kita sentiasa menunggu masa untuk menjadi insan terpilih, kita akan dapat menerima apa sahaja dugaan yang mendatang. Bagaimanapun, setiap penyakit ada penawar, kecuali sudah sampai ajal kita. Kalau kita pasarah dan redho, tidak mustahil keyakinan tinggi dalam diri kita mampu melawan segala jenis penyakit, Wallahualam.






Monday, January 30, 2012

HARAP MAAF

Lama dah tak update sebab tak selesa nk menulis guna tablet.  Sehari dua lagi masuk kot streamyz. Sabar  yer. Banyak nak story nanti. Alhamudulilah dah selamat berhijrah ke Kpg Sungai Pelong. Rumah kami sepelaung jer dari banglo besar baru M Nasir.

Thursday, January 26, 2012

DUNIA DARI DAPUR KJEE IS ONE!


cilok dari album cik google














                   
                 

 LIMA TAHUN YANG LALU.

                  Unclepali:  (EXCITED)
                  Jee, saya nak buat website untuk awak
                  Dah register ...fauziahsamad.com

                  Kjee: (SELAMBA+ MENYAMPAH+BORING)
                  Hah? Website? Abang ni suka sangat buang duit tau.
                  Nak buat apa website tu?
                  Malas lah. Saya tak tahu nak tulis apa!

                  Unclepali: (BENGANG)
                  Tak tahu nak tulis apa?
                  Awak kan bekas wartawan...tulis jer lah apa2!

Kjee terus pergi tinggalkan dia berangan seorang diri. Dalam hati, bukan main menyampah lagi. Kalau dia suka sangat benda2 cam tu, buatlah website sendiri. Bukannya dia tak tahu menulis. Dia pun dulu wartawan!

Selepas setahun website yang sentiasa UNDER CONSTRUCTION, akhirnya tamatlah tempohnya dan kontrak itu pun expire lah. Unclepali kecewa sangat2. Kjee masih tak peduli pujuk rayu dia supaya mengisi bahan untuk website tu.

TIGA TAHUN KEMUDIAN.

Unclepali ni memang jenis manusia yang tidak kenal erti putus asa. Dia pujuk Kjee bukak akaun Facebook pulak. My blood pressure mula naik. Masa tu Kjee sibuk buat skrip. Tapi Nadia kesian tengok kesungguhan papa dia. Dia pujuk. Dia kata cubalah. "Mama asyik stress jer buat skrip. Cubalah alihkan sikit tumpuan tu. Layanlah Facebook kejap!"

Unclepali punyalah suka Nadia sokong dia agar Kjee bukak akaun FB. Dengan adanya akaun FB, bukannya Kjee hilang stress tetapi bertambah stress. Hari2 mengamuk sebab macam2 perangai orang yang Kjee temui di alam maya. Paling menyampah kalau ada tanya...eh akak ni pelakon ker?

Sorang demi sorang Kjee block. Tak sampai setahun agaknya dah dekat 2,000 orang! Kejam kan? Tapi Kjee memang sensitif kalau ada insan yang perangai tak sealiran.

And then apabila Kjee tak nampak cabaran lagi  nak layan Facebook, Kjee pun mulalah intai2 blog orang lain. Unclepali suruh Kjee intai2 blog politik. Blog pertama Kjee intai ialah Ruang Bicara Faizal (RBF) atas saranan seorang teman. Kemudian ke blog Papagomo.

Selepas itu, Kjee tak tau macam mana Kjee sampai ke blog Dunia Tanpa Sempadan. Kjee dah semakin seronok. Kjee dah mula malas nak layan FB lagi. Hari2 dah intai pelbagai jenis blog.

Hah masa tulah Unclepali masuk jarum. Tanya Kjee tak minat ker nak bukak blog pulak? Hah kata Kjee? Nak tulis apa? Tak tahulah macam mana nak start.

Unclepali bukan main pandai pujuk. Dia suruh buat blog masakan macam Dapur Tanpa Sempadan yang Kjee minat sangat2. Dia kata, masa Kjee buat page resipi kat FB, sambutannya cukup hangat, so why not?

Maleh nak bertekak, Kjee pun setuju. Unclepali cepat2 register nama Dapur Kjee sebab nama itu cukup bermakna. Itulah nama gerai Kjee sewaktu meniaga di Anjung Melawati dulu. Kemudian Kjee rasakan nama tu tak sesuwai. Kjee baru sedar tidak mudah nak buat blog masakan sebab terlalu ramai dah buat dan banyak yang femes pulak tu. 

Okay. Atas saranan Rose Baha, seorang teman bekas wartawan Berita Harian dulu, Kjee tambah perkataan Dunia Dari Dapur Kjee. Kononnya, Kjee lihat dunia dari dapur Kjee. Unclepali setuju dan kata Kjee boleh tulis apa sahaja yang Kjee suka nanti dalam blog tu.

Begitulah bermulanya Kjee dengan blog ini. Dari ayat "Tak tau nak tulis apa?" yang sering Kjee lemparkan setiap kali Unclepali suruh buat blog, Kjee dah tak boleh stop menulis.

Dan hari ini 26 Januari 2012, genap setahun usia Dunia Dari Dapur Kjee. Mana nak sangka boleh bertahan setahun! Kjee ni jenis manusia hangat2 tahi ayam. Cepat boring!

Tetapi apabila page views meningkat dengan cepatnya, Kjee mulalah excited. Mula lupa dunia luar. Dunia Kjee hanya tertumpu kepada Dunia Dari dapur Kjee.

Tak tahulah nak sedih ke nak happy apabila Dunia Dari dapur Kjee dah berusia setahun. Walaupun sekarang dah berjaya dapat lebih 2 juta page views dalam masa setahun, Kjee masih tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. 

Kjee telah menulis sebanyak 1217 entries (termasuk entry ini) dalam masa setahun! Hebat ker? Unclepali kata, dasyat. Habis tu siapa nak puji kalau bukan suami sendiri kan? 

Blog ini juga telah berjaya menjana income yang cukup bagus. Mula2 dulu Kjee ingat, kalau ada pun income biarlah cukup untuk bayar bil api dan streamyx. Tetapi setelah 6 bulan, dah boleh bayar ansuran kereta dan jugak sewa rumah. Unclepali yang tukang congak berapa yang masuk setiap hari. Kerja Kjee hanya siapkan content!

Terima kasih semua kerana menyokong, mengutuk, menghentam dan memuji. Kjee tak kisah semuanya. Korang puji aku senyum. Korang bantai aku menyumpah. Siapa suruh korang bantai kan?

Anyway, Kjee harap selepas melalui proses kematangan selama setahun ini, Kjee akan terus dapat memuaskan hati semua pembaca. Kjee hanya tulis apa yang terlintas di fikiran. Tulisan Kjee tidak akan terpengaruh atau dipengaruhi sesiapa. Insya Allah.

Terima kasih juga kepada semua yang klik iklan2 di blog Kjee tiap kali masuk. Melihat banyak duit yang masuk tiap bulan, Kjee lebih bersemangat untuk menulis. Harap2 korang semua terus sokong usaha Kjee ini.

Kjee ingin panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana memudahkan Kjee menulis. Di usia seperti ini masih boleh membuat orang ketawa dan menangis. Alhamdullilah.

Oppsss lupa lak. TERIMA KASIH ABANG (UNCLEPALI). TANPA AWAK, TAK WUJUDLAH BLOG INI. LOVE YOU SO MUCH!!


Wednesday, January 25, 2012

WORDLESS WEDNESDAY - BIG BOYS TOYS

KEGILAAN TERBARU UNCLEPALI



Tuesday, January 24, 2012

SUNGAI BULOH...HERE WE COME!

ehsan Google



Kalau dalam masa seminggu ni, Kjee tak update blog ni, koranglah janganlah kecewa. Kjee akan berrpindah ke rumah baru kami di Sungai Buloh, Khamis ini. Hari ini dan esok hari2 terakhir kami di Taman Melawati. 

Akhirnya, setelah lebih 30 tahun tinggal di kawasan Keramat, Kampung Kemensah,Taman Melawati serta kawasan2 yang sewaktu dengannya, Allah swt telah menetapkan yang Kjee akan di pindahkan ke lokasi baru di Sungai Buloh. Tidak pernah terlintas di benak fikiran Kjee bahawa satu hari nanti kami sekeluarga akan tinggal di sana.

Kita hanya mampu merancang sebenarnya. Apabila adik ipar Kjee, Haji Amir (suami arwah adik Kjee Prof Dr Fazilah) tanya samada Kjee mahu di relocate ke Sungai Buloh kira-kira empat bulan lalu, Kjee terpinga2. Sungai Buloh? Selepas itu kami ke sana untuk bertemu Amir, anak2nya Aimran, Aizran dan Aifran. Amirah, anak perempuan tunggal Haji Amir belajar di London.

Kjee, Unclepali dan Nadia terus jatuh cinta dengan rumah ala2 cottage ini. Ketika kami ke situ, rumah ini baru 90% siap. Pernah diduduki oleh satu famili kecil pekerja Haji Amir selama beberapa bulan. Justru, Kjee membuat sedikit penambahan seperti pasang grill, mengecat keseluruhan rumah, pasang kabinet dapur dan sebagainya.

Sebab itulah apabila ada yang tanya macam2 soalan seperti berapa harga Kjee beli rumah itu, beli dari  tangan orang ke dan sebagainya, Kjee tak tahu nak jawab. Kjee hanya kata rumah itu adalah anugerah dari Allah swt!

Tanah lot (tak tahu berapa ekar) ini pernah keluar Majalah Tiga. Di situ jugalah dulu Haji Amir membuat ladang itik nya. Tetapi kini sudah tiada lagi. Haji Amir juga khabarnya ada rancangan nak buat kediaman ala2 resort hujung minggu di tanah miliknya yang luas itu. 

So, kalau Kjee tak update blog, pepeham jer lah yer. Sungai Buloh...here we come!!!




Monday, January 23, 2012

DULU DAN KINI...


Bahagian luar sebelum bubuh gate. Cat luar akan dibuat Raya depan, kata my princess


Orang tua2 kata kalau kita pindah randah lebih 7 kali, kita akan jadi papa kedana. Masa mula2 dengar arwah bonda kata begitu masa kami kecik2 dulu, hati ini punyalah kecut! Arwah bapak pulak memang kaki pindah randah. Dua tiga tahun sekali, kami sekeluarga pindah ikut beliau yang kerja pejabat tanah.




Arwah bapak memang resah duduk satu tempat lama2 masa kami kecik dulu. Kerana itu, kami pernah tinggal di Kuala Pilah, Seremban, Teluk Intan dan Taiping. Asyik tukar sekolah sebab itulah Kjee susah nak cerdik. Hehehe. Mujur Abang Fauzee masuk Maktab Melayu di Kuala Kangsar dari Tingkatan 1. Lima tahun dia tengok jer dari jauh kami pindah randah. 

Anyway, Kjee rasa perangai arwah bapak suka pindah randah, menjangkit kepada Kjee. Sejak anak dara hingga kini, Kjee dah lost count berapa kali Kjee pindah. Tetapi tidak kurang dari 20 kali!! Serius ni..tak tipu.

Mungkin sebab itulah Kjee ala2 papa kedana. Kjee faham maksud orang tua2 tu. Bukanlah maknanya kalau kita suka pindah randah, kita jatuh miskin. Zaman sekarang ni ada orang pindah randa untuk mendapat suasana kehidupan yang lebih baik.

Well, korang tahu bagaimana kalau asyik pindah randah boleh papa kedana. Oklah kita usahlah guna perkataan papa kedana tu,. Berat sangat bunyinya. Hmmm mungkin kita boleh kata, akan menyusahkan sikit kita disegi wang ringgit.

Bukan murah untuk pindah. Bab pertama kena cari kotak2 untuk pack barang. Dulu boleh dapat kotak free. Kemudian Kjee beli 50 sen satu. Hari tu Nadia ngan CH (centa hati) dia pergi cari, dapatlah sikit tapi dia orang kata dah kena beli RM1 satu!

Itu baru bab kotak. Pastu bab maskin tape untuk lekatkan dan seal kotak, surat khabar lama dan lain-lain. Laa ni semua barang tak ada free kecuali air hujan.

Lepas pack, kena sewa lori. Lori sekarang pun dah naik harga. Dulu2 kalau 1 trip lori 1 tan, kira-kira RM80 hingga RM90 satu jalan, ikut jarak tempat pindah. Kelmarin Unclepali call satu abang ni, dia caj RM300 untuk lori dua tan ke Sungai Buluh dari Taman Melawati. Sebab itu Kjee kena pindahkan sikit2 barang guna  kereta. Barang besar kena cukupkan 1 lori jer, kalau tidak rabak kocek.

Pastu bab rumah. Kalau kita sewa rumah, kena bayar deposit 3+1 plus RM200 deposit api dan air. Bab ini selalu buat kita semua pening. Kali ni Kjee tak peninglah pasal 3+1 plus RM200 tu. Tetapi banyak jugak kopak buat kitchen cabinet (RM6xxx), Cat (RM2,000), Grill (RM3000), buat wet kitchen belakang rumah (RM1000), buat kunci, tambah swis dll (RM500).

Pastu, rumah yang Kjee duduk sekarang kecik so perabot tak banyak. Rumah baru dua kali ganda besar. Kalau masuk perabot lama nampak ciput sangat. So semua kena beli walaupun tidaklah sekali gus.

So korang fahamlah kenapa orang tua2 kata kalau pindah randah, pasti papa kedana atau pokai. Orang tua2 cakap memang ada kebenarannya. Jangan pandang remeh. Omputih kata read between the lines atau kupas betul2. 

Korang sekarang tahulah sikit lebih kurang. So amacam? Ada beran nak pindah randah?





Oppsss ini bukan ruang tamu...ini master bedroom
Duduk rumah ni dapat anak ni free?  Eh tidaklah ini anak jiran. Hehehe










Sunday, January 22, 2012

KJEE DAPAT DULU GAMBAR FARAH ASHIKIN TAPI SORRY TAK MINAT NAK SEBARKAN

Farah Ashikin - ehsan google



Ketika Kjee dapat emel berserta gambar bekas isteri Hattan, Farah Ashikin dalam keadaan yang cukup intim dengan  seorang lelaki yang tidak dikenali, Kjee langsung tidak teruja untuk mengeluarkannya. Satu, sebagai wartawan terlatih, Kjee tahu penyebaran gambar itu bakal mengundang padah.






Internet memang medium tanpa sempadan. Apapun boleh disebarkan. TETAPI setiap kita harus bertanggungjawab keatas apa yang kita sebarkan. Bagi Kjee gambar itu adalah gambar peribadi. Walau ada insan nakal yang menyebarkannya dengan tujuan yang kita tidak ketahui, tetapi individu yang terbabit boleh mengambil tindakan.

Gambar itu, pada Kjee, tidak serupa dengan gambar Leina Hangat yang panas, baru2 ini. Kalau gambar Farah Ashikin yang didakwanya sebagai simpanan peribadi, iaitu hanya untuk tontonan dia dan pasangannya tetapi senario Leina  Hangat berlainan. Ia diambil dalam satu majlis terbuka yang dihadiri lebih 1,000 orang.

Ini bermakna, setiap tetamu yang hadir, kemungkinan ada gambar tersebut. Dan Leina pasti sedar implikasi perbuatannya. Memang pernah berlaku di banyak majlis lain yang membabitkan artis, dimana gambar2 seperti itu tersebar.

Berbalik kepada gambar Farah Ashikin, Kjee membuat keputusan sendiri tidak mahu menyiarkannya tanpa memikir panjang. Dan memang Kjee rasa nasib Kjee baik apabila hari ini, dalam Panca Indera, akhbar sisipan Mingguan Malaysia, Farah terang2 mengakui gambar itu gambar peribadinya. Dan beliau akan meminta peguammnya untuk mengkaji samada tindakan boleh diambil ketas blog2 hiburan yang menyiarkannya.

Hattan dan Farah di saat bahagia - ehsan google
Tadi Kjee intai satu blog hiburan yang pertama menyiarkan gambar tersebut. Gambar dan cerita mengenai gambar itu masih ada. Mungkin pemilik blog itu tidak perasan akan tindakan yang akan diambil oleh Farah Ashikin.

Apapun, perlu Kjee ingatkan bahawa walaupun ramai blogger hiburan beranggapan bahawa blog mereka hak mereka tetapi sebenar2nya, kita kena juga tapis apa yang kita lakukan supaya tidak mendatangkan keburukkan seperti disaman dan sebagainya.

Sepanjang lebih 30 tahun Kjee membabitkan diri dalam bidang kewartawan (hiburan), hanya sekali Kjee kena saman. Tak tahulah samada korang perasan kisah seorang artis veteran saman Kjee kerana merasakan apa yang Kjee tulis mengenai seorang artis yang aktif sebagai 'ibu ayam' atau mummy, adalah dirinya.

Dia menyaman Kjee sebanyak RM30,000 kira-kira 24 tahun lalu iaitu ketika Kjee sarat mengandungkan Nadia. Beberapa bulan selepas itu, dia menarik balik samannya dan berdamai dengan Kjee. Malah hingga kini artis itu cukup baik dengan Kjee.

So Kjee boleh anggaplah bab2 sensitif seperti gambar Farah Ashikin akan Kjee elakkan ketika Kjee menulis. Kalau korang baca story Hattan yang Kjee tulis (lihat sini) lebih bersifat kekecewaan Kjee terhadap musibah yang melanda Hattan. Begitu jugak di sini dan sini. 

Kjee tidak langsung menganggap gambar itu sebagai sesuatu yang eksklusif. Kjee sebenarnya boleh siarkan gambar itu sebaik sahaja Kjee terima sebab Kjee hanya memerlukan masa sebanyak 5 hingga 10 minit sahaja untuk menyiapkan satu entry.

So kalau selama ini ada insan2 yang memang sentiasa menunggu untuk godam Kjee tiap kali Kjee tulis pasal artis, ingatlah bahawa Kjee bertanggungjawab diatas segala apa yang Kjee tulis. Kjee tidak akan padam sebarang emel atau mesj yang Kjee terima. Ini akan menjadi bukti dari mana sumber Kjee.

(Tetapi perlu jugak diingat, ketika Kjee menjalani kursus kewartawanan dulu, Kjee belajar bahawa seorang wartawan berhak TIDAK MENDEDAHKAN sumber (orang) yang memberinya berita itu walau dalam apa keadaan sekali pun. Kalau berita itu sensitif, wartawan itu hanya boleh berkongsi maklumat dari mana dia memperolehi berita itu dengan pengarangnya (editor). Dan seandainya pengarangnya berani mengeluarkan cerita itu, maka wartawan berkenaan sudah dianggap terlepas dari sebarang implikasi yang membabitkan undang2.)





Saturday, January 21, 2012

ADEGAN DRAMA YANG TIDAK DISUKAI SEMUA.

















SCENE               : 1
WATAK             :  UNCLEPALI, KJEE, POLIS DAN EXTRAS (POLIS)
LOKASI             :  LDP HIGHWAY MENUJU SUNGAI BULOH
PROPS               :  KERETA, BUKU SAMAN POLIS
WAKTU             :  SIANG

Kelihatan sebuah kereta sedang meluncur di jalan susur dari LDP ke Sungai Buloh. Unclepali dan Kjee ternampak satu grup polis sedang buat road block. Unclepali selamba drive. Tiba-tiba, dua anggota polis melambai2 suruh Unclepali drive ke tepi.

                               KJEE:
                               (TERUS PANIK)
                               Eh abang!!! Polis tahan!! Kenapa??

Unclepali terus perlahankan kereta dan berhenti di tepi jalan. Banyak lagi kereta pun berhenti. Seorang anggota polis datang kepada kereta. Unclepali turunkan cermin kereta.

                               POLIS:
                               Lesen

                               UNCLEPALI:
                               Salah apa bang?

                               POLIS:
                               Dua2 tak pakai tali pinggang keledar!

UNCLEPALI DAN KJEE GUGUP. TERUS TARIK TALI PINGGANG. UNCLEPALI KELUARKAN LESEN DAN SENGIH2 MACAM KERANG BUSUK.

                               UNCLEPALI:
                               Maaf bang...terlupa.

                               POLIS:
                               Ini Ops Sikap Tahun Baru Cina.
                               Saman RM300 seorang tak pakai tali pinggang keledar.

KJEE DAN UNCLEPALI PANIK. DUA2 SERENTAK MINTAK AMPUN.

                               UNCLEPALI/KJEE:
                                Sorry bang.

POLIS TERUS CATIT SESUATU DI BUKUNYA. KJEE CUBA MERAYU NAK JUMPA PEGAWAI YANG ADA TIDAK JAUH DARI SITU.

                                KJEE:
                                Boleh saya merayu kepada Tuan awak sana?

                                POLIS:
                                Tak boleh. Dia garang. Nanti kena marah!
                                (MASIH MENULIS DI BUKUNYA)

UNCLEPALI PANDANG KJEE DAN KATA PERLAHAN.

                               UNCLEPALI:
                               Sudahlah. Salah kita. Bayar jer lah saman nanti.

                                POLIS:
                                Kerja apa?

                                UNCLEPALI:
                                Tak ada kerja.
                                Jual ubat.

                                POLIS:
                                Ubat? Ubat apa?

                                KJEE:
                                (SUARA CUKUP LEMBUT SEAKAN MERAYU)
                                Ubat kanser. Ni  kami nak pergi hantar ubat kanser kat Damansara Damai.
                                Orang sumbang duit untuk dia.

                                POLIS:
                                Kanser ada ubat ker?

                                UNCLEPALI:
                                Ada bang!

POLIS TERUS KEMBALIKAN IC DAN SURUH JALAN. KJEE TERPINGA2. UNCLEPALI TERUS TEKAN MINYAK DAN BEREDAR.

                                UNCLEPALI:
                                 Syukur Alhamdulillah.

Itulah adegan kami satu petang ketika kami dalam perjalanan ke rumah Farah untuk hantar supplimen Transfer Factor. 

Hehehe dah gian. Lama tak tulis skrip. Macam inilah contoh skrip. Ini kisah benar bukan rekaan. Berhati2 di jalan raya ketika pulang ke kampung sempena cuti Chinese New year.

Friday, January 20, 2012

RITA RUDAINI CONFIRM ITU BUKAN SURAT CERAI


Gambar Bernama menunjukkan Rita bersam peguamnya di luar mahkamah syariah Shah Alam siang tadi

Lega Kjee bila baca berita yang surat misteri yang diterima oleh Rita Rudaini bukan surat cerai dari suaminya Aidil Zafuan. Rupa2nya surat itu hanya membabitkan kebajikan anak2. Alhamdullilah. Janganlah sampai Aidil Zafuan buat keputusan terburu2.


Berita ini Kjee baca dalam mStar online sebentar tadi. Rita dilaporkan berkata:

"Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak. Kita akan jawab surat ini selepas perayaan Tahun Baru Cina dan minta pihak sana fikir supaya perkara ini tidak diperbesarkan.

"Ia lebih kepada perbincangan suami dan isteri berhubung kebajikan anak-anak dan tidak timbul langsung isu perceraian," katanya yang enggan mendedahkan lebih terperinci butiran surat berkenaan.

Kjee rasa tentu ramai yang lega macam Kjee jugak. Kita hanya mampu mendengar apa yang diberitakan tetapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jom kita ramai2 doakan agar kekusutan ini dapat dileraikan secara baik2 demi anak2 yang masih kecil dan belum mengerti apa2. Insya Allah.



SELAMAT PENGANTIN BARU ALLY DAN FARAH

Ally dan Farah - terima kasih Oh Bulan

Thursday, January 19, 2012

FARAH LEE BUAH HATI ALLY ISKANDAR


foto ehsan fan page Farah Lee

Inilah wajah bakal isteri Ally Iskandar iaitu Farah Lee. Esok mereka akan disatukan sebagai suami dan isteri dalam satu ikatan yang kita semua sama2 doakan hingga ke akhir hayat.



Sungguh cantik, sungguh manis. Bertuah Ally dapat gadis secantik Farah Lee. Sama cantik sama padan. Farah, 23 tahun, 13 tahun lebih muda dari Ally. 

Selamat Pengantin Baru. Mudah2an kekal bersama hingga ke akhir hayat.

ANTARA FASHAH SANDA DAN ROSLIN HASHIM...APA PERSAMAAN?


dua2 foto cilok album cik google



Kira2 tiga minggu lepas, ada kawan Kjee gi nikah kat selatan Thailand. Tak ingat pekan mana. Songkla kot. Dia terserempak dengan Roslin Hashim. Dia kata ngan Kjee mungkin Roslin gi sana dengan matlamat yang sama. Tapi kawan Kjee tak kenal pulak pompuan tu.



Masa tu Kjee taklah tulis kat blog. Cuma bagi bayang2 jer kat FB. Tetapi ramai dah dapat agak siapa. Well, clue Kjee elok sangat kot. Hehehe.

Anyway, hari ni, dalam beberapa akhbar utama, Roslin mengaku sudah nikah tahun lepas buat kali ketiga. Alhamdullilah. Ramai kata kes dua bekas isterinya belum lagi selesai, kenapa dia kahwin lagi? Tak serik2 ker?

Hmmm Kjee kata pulak sebab itulah dia  kahwin senyap2. Tak nak bagi orang konfius. Baguslah dia dah nikah. Elak fitnah dan zina, betul tak?

Mudah2an kekal hingga ke akhir hayat.

Teringat pulak Kjee kes Fasha Sanda. Baca sini dan jugak sini Hari tu dia nafikan perkara yang sama. Tak kisahlah nak nafi. Tapi Kjee tulis berdasarkan cerita dari sedara mara suami sebelah kakak dia. So kalau dia orang tipu, Kjee pun tipu jugaklah kan? Tak dapek den nak nolong. Hehehe.

Wednesday, January 18, 2012

HATTAN IS..... S.A.V.A.


ehsan google


Kjee tak fahamlah kenapa masih ada wartawan yang nak kejar Hattan tanya pasal penceraiannya. Nak dapat eksklusif ker? Hattan yang Kjee kenal adalah insan yang tak kuasa nak layan soalan yang remeh temeh. Silap2 haribulan karang kene sebijik!

Dulu masa Kjee kerja Octopus.com, pihak syarikat nak suruh Kjee call Hattan datang untuk audition jadi Duta untuk satu jam tangan jenama antarabangsa. Korang tahu apa dia jawab apabila Kjee call dia untuk audition? "Kau kemsalam dengan bos kau. Kata kat dia, aku tak minat nak pergi audition. Kalau dia berkenan dengan aku, ambik jelah aku jadi Duta!!" Hah kan dah terkena sebijik!

So, Kjee pesan kengkawan wartawan atau yang bukan wartawan, jangan cuba nak menyibuk. Kalau nampak Hattan, senyum jer, tak payah nak tanya pasal apa2 berkaitan peribadi dia. Nanti kena hempuk, jangan salahkan dia.

Tadi Kjee baca kat mStar online. Hattan kata dia tak mau cerita lagi pasal perceraian dia. Sekarang dia nak concentrate kat bisnes dia, kat anak dia dan kat hobi dia sekarang iaitu main golf.





Tapi yang best Kjee baca, dia tak serik nak kahwin lagi. Itu kerja Allah bukan kerja dia. Maknanya ada canlah sesiapa yang cuba nak himpit Hattan yer. Sekarang dia dah dapat semula title Single And Very Available...S.A.V.A.

Kita minat sangat kat dia... Ewah kenapa korang senyum? Bukan minat kat dia lah...kat suara dia. Very the jantan one. Nak kena pelepuk ker dengan Unclepali? Hehehe.

Tuesday, January 17, 2012

DERMA BUKAN TONTONAN




Sunday, January 15, 2012

TAK PAYAHLAH KACAU HATTAN LAGI



Ramai nak tanya kenapa Hattan ceraikan isterinya. Apa hal lak korang nak korek dari Kjee. Hehehe mentang2 Kjee kata ada terima email pasal kenapa mereka bercerai.



Kisah hingga menyebabkan perceraian mereka terlalu peribadi. Kita tak payah tahulah. Hattan bukan budak kecik. Dia dah tua. Dia tahu apa yang dia lakukan.




Tak payahlah kita panjangkan kisah kenapa dia bercerai. Nak senangkan cerita, dah tak ada jodoh antara mereka. Ala bukan Hattan jer yang mengalami kes macam ni. Ramai lagi. Roslin Hashim pun sama. Dua kali berturut2 pulak kan?

Walaupun apa yang Kjee baca dalam email yang Kjee terima itu boleh masuk akal tetapi Kjee tak kuasa nak cerita panjang lebar. Bukan kerana Kjee takut Hattan bagi pelepuk sebiji kat muka Kjee sampai lebam mata. Tetapi, berilah Hattan ruang. Give him some space. 

Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul. Duit dia dah banyak habis, maruah dia dah tercemar sebab semua orang bercerita pasl kes dia dan bekas isterinya.

So ada telinga dengar, ada mata pandang, ada mulut tolong zip. Hehehe.

Hayatilah lagu Gerhana.

Friday, January 13, 2012

OLE2 KAK HAWA LERNO DARI PERTH, AUSTRALIA



Setelah lama menjadi fren Kak Hawa Lerno di FB, akhirnya Kjee dapat berjumpa beliau in person. Dapatlah Kjee peluk beliau puas2. Macam rindu seorang adik kepada seorang kakak!



Malam tadi, Kjee menemui kak Hawa, my gud fren Wan Noor rizan serta anak Kak Hawa bernama Zakiah, suaminya dan seorang lagi anak angkat Kak Hawa di Old Town White Coffee, Bangsar Selatan. Kjee ke sana selepas function di office 4Life kira2 jam 10 malam.

Kangaroo dari Perth, Smurf dapat cabutan bertuah 4Life


Sembang punya sembang, tak sedar jam dah menunjukkan pukul 12 malam. Tak puas bersembang. Akhirnya buat keputusan jumpa lagi Isnin ini sebelum kak Hawa kembali ke Perth, Selasa ini.



Kak Hawa bawak ole2 satu beg buat Kjee dan juga Wan Noor Rizan. Kjee siapa dapat benih Basil atau daun selasih. Harap2 boleh hidup di Sungai Buluh nanti. Terima kasih banyak2 Kak Hawa. Ada lagi ole2 special yang Kak Hawa berikan tapi rahsia. Hehehe.




ALAMAK PENGSAN!!! HATTAN CERAI ISTERI SETELAH 2 BULAN NIKAH!!!

Hattan lepas nikah dua bulan lalu - google punya album



Kjee susah nak percaya. Terjerit tadi baca kat mStar Online. Eh betul ke ni. Terus baca. Bini yang lama dah lama cerai. Takkan bini baru kot.



Memang sah dah. mereka bercerai talak satu cara baik. Adoiii...biso bonar2 brito ni!!!

Korang tak percaya ker? Okay korang baca sendiri. Ini mStar punya story bukan Kjee. Harap2 bukan berita fitnah!!



PETALING JAYA: Penyanyi yang popular dengan lagu Bisa Bonar, Hattan dan isterinya, Farah Asyikin Othman disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada Khamis.

Akhbar Sinar Harian melaporkan, Hattan, 48, melafazkan cerai terhadap Farah di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli sekitar pukul 11.30 pagi.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya untuk menfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Akhbar itu turut melaporkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Terdahulu, Hattan dan Farah Asyikin, 34, baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Hattan sebelum ini pernah berkahwin tetapi jodohnya tidak panjang selepas dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Eiman, 13. Beliau menduda selama enam tahun sebelum berkahwin dengan Farah Asyikin.










ENTRY KHAS UNTUK MEREKA YANG ADA TITLE HEHEHE

Ini kita goggle tapi kat luar sana ramai muka cam ni tau!!

Sejak dua tiga hari ni, Kjee dapat banyak komen kat blog Kjee ni. Korang tak dapat baca sebab Kjee tak publish. Buat apa nak publish komen manusia yang hasad dengki. Hari2 kata Kjee jaga tepi kain orang, kaki fitnah, kaki gossip.





Hahaha korang (manusia yang bingai tu lah) tahu dan sedar pun tapi korang masih gak jenguk blog Kjee. Kalau korang genuine manusia atau insan yang baik2, yang suci bersih, yang tak hasad dengki, yang tak kaki fitnah atau kaki gossip, tentu korang dah lama tak jenguk blog Kjee ni.

Maklumlah, kalau korang benci dan meluat, pasti korang takkan klik untuk baca apa yang Kjee tulis kan? Bingai bingai bingai!! Ini tidak, hari2 celik mata jer, singgah blog Kjee pastu sumpah seranah. Terima kasih banyak2 sebab Kjee dapat pahala.

Korang bacalah apa yang Kjee tulis betul2. Kalau tak nampak pakai cermin mata tebal2 yang powernya 2,000 atau 3,000. Misalnya untuk citer Fasha Sanda. Dia langsung tak kata berita yang tulis itu fitnah tetapi dia kata gossip. Gossip itu ala2 khabar angin lah. Bukan Kjee fitnah kata Kjee nampak dia bersetubuh ke dan lain2. Itu barulah kata Kjee fitnah kan?!

Ini story orang nak bina rumahtangga? Fitnah ker macam tu?

Kalau dia tak anggap fitnah, camner korang boleh pandai2 kata fitnah! Bingai betullah korang ni. Kan dah tak pasal2 korang dah dapat title bingai! Korang ingat kalau Kjee benar2 buat story fitnah, Fasha tu boleh diam diri? Dia kaya raya babe. Baru2 ni dia hilang kereta mewah sebiji,  pun dia tak heran. Laki dia punyalah kaya.

So Kjee harap si bingai2 ni, buatlah entry ini yang terakhir korang baca. Kalau korang masih lagi komen selepas ini, Kjee anggap korang memang peminat tegar blog Kjee. Satu hari korang (yang bingai tu) tak baca, panas bontot. Terima kasih banyak2. Layanlah sampai 19 ke 20 kali sehari. Insya allah enam bulan lagi boleh dapat 10-juta PV. Hehehe,

Entry ini khas untuk bingai2 saja tau!


KAU YANG MAHA ESA




BENDE LAIN BOLEH BERALAH TAPI KALAU NAK KAHWIN, TAK PAYAHLAH KAN? HEHEHE




Pepagi Kjee dah garu2 kepala. Susah nak fikir jawapannya. Persoalan yang ini timbul apabila Kjee terbaca satu cerita, sepasang bakal pengantin batalkan niat mereka hendak bernikah pada sekian2 hari bulan kerana rakan mereka juga memilih tarikh tersebut untuk mendirikan rumahtangga.

Isyhhh pelik lah. Boleh ke macam itu? Oleh kerana korang dengar seorang rakan akan bernikah dan bersanding, korang sanggup batalkan dulu niat korang sebab nak bagi laluan. Entahlah kalau Kjee, tak kuasalah aku nak batal. Majlis aku. Apa kena mengena dengan majlis dia orang. 

Atau apakah kerana dia artis yang popularitinya agak kurang sikit daripada pasangan artis seorang lagi, maka terpaksa dia beralah takut majlis selebriti lagi satu tu 'overshadow; majlis dia.

Apa daaaa berkias2 pepagi ni kan? Eh sesekali bagilah kita tulis berbelit2 sikit bagi korang pening. Hehehe.

Ini kisah Awal Ashaari dan Scha Al Yahya sanggup tangguhkan majlis perkahwinan mereka sebab Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim juga telah memilih tarikh yang sama. Siap si Awal kontek Lisa tanya berapa banyak persiapan yang telah dibuat untuk persandingannya dengan Yusry.

Pastu, sanggup beri jalan kepada Lisa walhal semua sudah tahu Awal dan Scha lebih lama jadi couple daripada Lisa dan Yusry.


foto2 jumpa dalam google

"Mungkin kami akan memilih tarikh pada bulan Mei, Jun ataupun Julai," kata Awal kepada wartawan Murai.com. Mak oiii jauhnya lagi. Tak elok tangguh lama2 sangat. Nanti takut apa yang dirancang tak jadi. Oppsss tak elok kan Kjee cakap macam tu.

Apapun, sebagai orang tua, Kjee ada sikit nasihat kepada Awal. Perkara yang baik harus dipercepatkan. Tak payah cari alasan2 yang tak konkrit untuk menangguhnya. Kan orang tua2 dah kata...dalam percintaan banyak dugaan. Darah tengah manis. Setan gondol suka insan2 yang sedang melalui zaman percintaan. Digoda dan diusher dengan pelbagai cara untuk membuat pasangan itu 'kantoi'.

Jadi seelok2nya, dipercepatkanlah bab2 nikah kahwin ini supaya anak2 Adam terselamat. Teringat lagu ni tau Awal..."Jangan tunggu Lama2, Nanti Lama2 Dia Dikebas Orang..."




CATAT 2,000,000 PV PADA JAM 12 TENGAH HARI 12 JANUARI 2012




Teringin sangat nak himpun dua juta Page Views pada ulangtahun pertama Dunia Dari Dapur Kjee, 25 Januari ini. Terkejut jugak siang tadi apabila Kjee nak keluar hantar Nadia gi Uni, hanya tingga 800 PV nak lengkap jadi 2-juta!






So, Kjee tak jadi keluar. Nak tunggu sampai angka itu sebab nak screen capture buat kenangan. Tidak pernah kusangka akan mencapai angka itu sebelum setahun usianya blog ini. Rezeki Allah swt. Kjee sedar betapa sukarnya untuk menarik orang intai blog kita.

Nampaknya kemasukkan tahun 2012 sudah mula menampakkan segala-gala yang indah. Tak sampai dua minggu lagi, Insya Allah kami akan berpindah kepada rumah baru kami. Sebuah cottage yang comel di Sungai Buloh. Sesuatu yang tidak pernah Kjee impikan selama ini.

Alhamdullilah, usaha kami dalam 4Life sudah menampakkan pulangan yang berbaloi. Syukur alhamdullilah. Kalau nawaitu kita ikhlas membantu orang yang sakit, Allah swt akan membalas dengan rezeki yang tidak kita duga. 

Quote and unquote my mentor Dr S Tamilselvan...HELP THE SICK, MONEY WILL FOLLOW.

Nantilah di ulangtahun Dunia Dari Dapur Kjee pada 25 Januari nanti, Kjee akan ceritakan betapa sukarnya Unclepali hendak memujuk Kjee untuk membuat blog. Dia telah cuba kira2 lima tahun lalu dengan membeli domain name fauziahsamad.com. Tetapi Kjee tak layan hingga tamat tempohnya.

Terima kasih Unclepali kerana tidak putus2 memujuk Kjee dan akhirnya, tak sampai dua minggu lagi, sudah setahun Kjee merapu di blog ini. Tunggu jer lah apa garapan Kjee sempena ulangtahun blog ini nanti yer.

Kepada semua yang rajin singgah di sini, rajin beri komen, rajin mengkritik (tetapi Kjee tak siarkan sebab ada yang carut marut), rajin beri tips, beri pendapat dan sebagainya. Tanpa korang siapalah aku!


SELAMAT PENGANTIN BARU WATIE DAN JOEY

ehsan google



Sorang lagi pasangan artis nikah dalam diam. Buat apalah nak sorok2 kan? Awak bukannya rampas hak orang, kan Watie? Tetapi Kjee percaya, mesti ada sebab mereka menikah dalam diam2 kan? Anyway, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Menurut mStar, Watie dan Joey menikah lewat tahun lepas. Hari ni belum pun dua minggu di tahun ini. Jadi baru sangatlah usia perkahwinan mereka.

Eloklah buat yang afdal jer. Tak perlu majlis besar2an sampai menelan belanja berjuta2. Belum tentu bahagia hingga ke akhir hayat kan?


Thursday, January 12, 2012

FASHA NAFI SUDAH NIKAH? IKUTI MESEJ YG KJEE TERIMA




Aktres Fasha Sanda menafikan dia sudah bernikah dengan kekasihnya Jejai. Dia kata kalau dia sudah nikah pasti dia beritahu media. Dan dia tidak tahu bagaimana gossip itu boleh timbul.





Ya ker? Blogger Rotikaya telah menemui Fasha untuk mendapatkan komen tersebut setelah tersiar entry ini.

Well, berita yang Kjee terima itu daripada seorang fren FB Kjee yang hantar mesej seperti berikut dalam inbox facebook Kjee. Tiada tukar pun kecuali nama dia Kjee tukar kepada sy (saya).

DIA: 
" depa nikah d thailand...tp,x blh nak clear x tau la sangkut mcm mana...sy berani ckp sbb depa dua minta bantuan sedara hubby sy utk selesaikan...sbb tu fasya asyik tunda ja nak buat pengumuman...

KJEE: 
oh ya ker? bila depa nikah? kenapa kat thailand? sebab mak jejai tak suka Fasha ker? suami awak bomoh ker? maaf. hehehe
oppps sedara hubby awak tu bomoh ker?

DIA:
hehehe....hubby sy bkn bomoh la kak jee....sedara hubby pun bkn bomoh...kak kpd fasya,kahwin dgn sedara hubby....betoi la tu depa p kawin d sana sbb family jejai x suka fasha...kak jee x perasan ka badan fasha dah naik skrng....depa nikah dah bnyk bln..x sure plk tarikh tu...insyaallah,klu ada perkembangan terbaru sy bg tau kak jee...

KJEE:
ok apa2 nanti boleh bagitau Kjee. bulan berapa mereka nikah dan sebagainya.

DIA:
insyaallah...nnti klu ada apa2 sy bg tau...klu jump dgn sedara hubby tu nnti sy cuba tny dkt dia depa nikah bln brp....

Hah ini pulak Kjee copy paste dari blog Rotikaya.

Sempat bertemu sekejap dengan Fasha Sandha kami ajukan satu soalan tentang gossip yang mengatakan beliau sudah bernikah di Thailand bersama kekasih beliau kini, Rizal Ashram (Jejai). Dan, Fasha Sandhalantas menafikan perkara tersebut.
Menurut Fasha Sandha, beliau tidak faham bagaimana gossip sebegitu boleh timbul sedangkan beliau sudah beritahu media jika sampai masa’nya, segala yang perlu peminat tahu akan di’dedahkan. 

Hmmm macam mana ni? Kjee tak dapat nak komen lanjut. Cuma Kjee terfikir, anak wayang nak berterusan main wayang lagi ker babe? Kemungkinan besar spy Kjee tak berani lagi kot nak beri maklumat lain selepas ini. Hehehe

Wednesday, January 11, 2012

JJCM - MI UDANG MAK JAH DI KL...SAMA TAPI TAK SERUPA



Udang Goreng Kunyit - macam2 saiz udang

Mi udang special

Apabila Dr Ina Harlina kata dia pergi makan Mi Udang Mak Jah, Kuala Sepetang di Wangsa Walk, Kuala Lumpur, barulah Kjee terkenang semula keenakan mi udang itu masa Kjee makan di Kuala Sepetang Disember lalu. Bila Kjee tulis dalam entry yang Mak Jah ada cawangan di KL, Dr Ina rupa2ya lebih dulu menerai. Baca di sini.







Isyhh Ina, mana boleh lawan tokeh! So, petang tadi Kjee pun pergilah ke cawangan di Wangsa Maju, bersama Unclepali dan Nadia. Tak susah cari sebab Dr Ina dah kata berhampiran dengan restoran Cheng Ho. Apabila kami belok kanan je nak pergi ke arah Cheng Ho, nampaklah kedai Mi Udang Kuala Sepetang. Sonang bonar carik.

Ambience kedai okay. Taklah panas macam gerai Mak Jah di Kuala Sepetang. Masa Kjee pergi, restoran lengang. Masa tu dah petang nak dekat sangat Maghrib. Kalau dibandingkan dengan gerai Mak Jah kat Kuala Sepetang tu, fuhhhh jauh beza.

Anyway, Kjee pun orderlah Mi Udang special. Nadia order Kwayteow Udang Special, dua2 semangkuk  RM12. Unclepali pulak order nasi putih dan Udang Goreng Kunyit Special (RM13) dan Telor Dadar (RM1.80).
Kway teow Udang Special

Udang Goreng Kunyit Unclepali sampai dulu. Kjee pun keluarkan kamera. Tetiba Kjee terkejut. Pandang tepat pada mangkuk warna hitam. Ehh kenapa udang dia campur2. Yang kat atas diletaknya udang galah yang tak ler besar sangat. Dan bawahnya disusun udang gred C, D dan E. 

Kjee nampak waiter lalu. Kjee tanya kenapa udang dia tak sama saiz? Dia jawab selamba ala2 menyampah: "Dah nasib baiklah makcik dapat udang besar hari ni. Selalu lebih kecik!!" Hmmm kata special dengan harga RM13. Kalau tak silap Kjee, di Kuala Sepetang sana, mi udangnya harga RM12, ada 8 ekor dan semua besar gedabak!

Tak kisahlah. Sementara menanti order Kjee sampai, Kjee pun ciloklah satu udang. Kjee pilih yang paling atas dan semestinya paling besar. Ala2 udang galah. Hampeh!!! Udang tak fresh. Ketika Kjee tanggalkan kulitnya, berterabur isinya!!! Ada 6 ekor udang semuanya.

Never mind. Bagilah can lagi. 

Mi Udang Kjee pun sampai. Kjee ambil sudu dan hirup sikit kuahnya. Hmmm rasanya lain dari di Kuala Sepetang. Cucu Mak Jah memang dah kata ada orang kata tak sama. Tukang masa lain lah pulok.

Korang nak tahu apa komen Kjee? Well, rasanya sedap sikitlah dari yang di Kuala Sepetang. Cuma Kjee confius sebab kuahnya terlalu banyak dibubuh tomato sos dan jugak cili sos kot sampai rasa macam Mi Kuah Tomato. Maaf cakaplah...tapi rasanya Mi Udang yang Unclepali buat masa kami meniaga dulu lagi sedap!!

Okay itu bab rasa kuah. Udangnya? Well, samalah macam udang kunyit tadi. Pandai dia orang sorokkan udang yang kecik2 kat bawah dan seekor udang galah yang besar sikit kat atas.

Hampa dan kecewa. Itulah perasaan Kjee. Kenapalah dia orang buat macam tu? Kalau orang pernah makan Mi Udang Mak Jah yang ori di Kuala Sepetang, pasti mencebik tengok udang yang dihidangkan di restoran ini. Udahlah udangnya kurang banyak dan kurang fresh, harganya pulak tak berbaloi!

Masa Kjee pergi Kuala Sepetang, kami cukup puas hati dengan jumlah udang dan kesegarannya. Memang udang yang special dari Kuala Sepetang. Walaupun cucu Mak Jah dakwa udang di restoran mereka di KL ini, udangnya dibawa dari Kuala Sepetang, tapi Kjee tak percaya. Rasa dan saiznya sikit lebih kurang macam yang biasa Kjee beli di pasar borong, NSK atau Sri Ternak di Selayang.

Sorrylah...Kjee tak mungkin akan ke sini lagi. Kalau teringin sangat, Kjee sanggup drive tiga jam ke Kuala  Sepetang, Perak. Korang janganlah percaya cakap Kjee 100%. Terailah dulu yer. Tapi kalau korang terai di Kuala Sepetang, pasti puas hati. Lihat sini. Hehehe.

Opsss kalau korang baca kat sini, rasa2nya lagi brutal. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...