Tuesday, February 28, 2012

NAK BERSALIN? OPPPSSS TUNGGU DULU




Ini peringatan penting buat ibu2 yang sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk melahirkan. Cuba tahan sakit nak bersalin mulai jam 12 malam ini hingga jam 12 tengah malam esok. Boleh tak? kalau boleh, anak yang bakal dilahirkan pada jam 12.01 pagi, 1 Mac akan berasa cukup bahagia.






Isyhhh kenapa Kjee merapu ni? Cuaca tak menentu, otak Kjee pun jadi kacau bilau ker?

Oh tidak. Kjee masih waras lagi walaupun tak lama lagi Kjee akan sambut hari jadi ke 57. Walaupun Kjee dah hampir 57 tahun lahir ke dunia ini, at least Kjee sambut hari jadi setiap tahun kan?

ehsan goggle
Kalau korang lahirkan anak pada mulai jam 12.01 malam nanti sampai 12.00 malam esok, maknanya anak korang akan hanya sambut hari lahir 4 tahun sekali.

Budak2 yang lahir pada 29 Februari 2008 dulu baru nak sambut hari jadi pertama pada jam 12.01 malam ini. Tak ke haru? Tapi sebagai mak bapak, Kjee rasa tentu ada yang rasa happy sebab dapat jimat belanja. Bayangkan hanya sambut hari jadi anak mereka setahun sekali. Tak ke save budget. Hehehe.

Tahun ini, Kjee pasti semua tahu adalah tahun lompat atau Leap Year. Ia datang empat tahun sekali.

Hari ini anak saudara Kjee, Putri Alia Farina sambut hari jadinya. Nasib baik dia dilahirkan pada 28 Februari. Kalau 29 Februari dulu tentu umur dia baru...eh berapa tahun hah? Terlupa nak kira. 

Anyway Happy Birthday Alia. Beberapa bulan lalu Alia dah dapat birthday gift yang paling bermakna dalam hidupnya. Dia dapat anak kembar 3.

So untuk ibu2 yang doktor dah sahkan akan lahir hari ini, cuba bawak bertenang dan usap2 perut sambil bisik kat baby supaya duduk diam2 dan jangan nak keluar selepas jam 12.01 malam nanti hingga 12.00 malam esok. Hehehe. Jangan ketawa. Baby dengar tau.

Maaf. Kjee gurau jer. Kalau dah nak terberanak, cepat2 gi Spital yer. Happy Birthday to your baby. Hehehe

Anak2 kembar tiga Putri Alia Farina - mujur tak lahir pada 29 Feb. Hehehe



Monday, February 27, 2012

MAJLIS LISA/YUSRY KETEPI WARTAWAN MACAM LYNN/YANTZEN?


foto ehsan mstar


Kisah wartawan dianak tirikan lagi...tak sudah2. Kjee ingat masa zaman Kjee jer jadik macam ni. Sejarah berulang lagi nampaknya di majlis pernikahan pelakon femes Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim.





Kenapa mesti nak anak tirikan wartawan? Tanpa bantuan dari wartawan, Kjee pasti dia sukar nak popular. Bukanlah Kjee nak dabik dada kata wartawan sahaja yang bertanggungjawab menaikkan nama atau populariti seseorang anak seni.

Jauh sekali maksud Kjee itu. Semuanya kalau tidak mendapat izin Allah swt, tak bolehlah seseorang itu mencapai apa yang diperolehinya sekarang. Kalau sudah tertulis nasib seseorang itu, maka dia harus usaha untuk mencapainya. Dan dalam perjalanan ke arah usaha itu, dia perlu dipimpin.

Kalau masih di sekolah, cikgu atau ibu bapa yang memimpin. Kemudian apabila sudah 'tercampak' di dunia yang luas selepas dada diisi ilmu, seseorang itu kenalah pandai buat baik dengan orang sekelilingnya. Kalau tak nak baik dengan semua orang pun, buatlah baik kepada insan2 yang relevan. Ini supaya perjalanan kearah mencapai cita2 segera kesampaian.

Ewah, mokcik ni dah bagi kuliah panjang lebar pagi ni kan.

Well berbalik kepada entry hari ni, Kjee nak kisahkan satu kisah yang berlalu kira-kira 18 tahun kot yang lalu. Tak berapa pasti tapi senang kira sebab masa tu Nadia usia 6 tahun dan sekarang dia dah 24 tahun. Ini cara orang tua2 menghitung masa. Hehehe. 

Masa tu Kjee kerja sebagai wartawan kat akhbar nyamuk jer. Akhbar nyamuk tu akhbar bukan arus perdana. Akhbar yang banyak siar kisah2 merapu. Tapi Kjee bangga jadi wartawan akhbar nyamuk selepas pernah bekerja di akhbar arus perdana.

Bezanya kerja akhbar nyamuk dengan akhbar arus perdana ialah, artis pandang wartawan akhbar nyamuk sebelah mata jer. Wartawan akhbar nyamuk kena kerja dua kali ganda kerasnya. Artis suka jemput wartawan akhbar perdana ke majlis2 mereka. Untuk wartawan nyamuk ni, kalau ada lebih tempat (kerusi atau tiket), barulah kami dapat rasa.

Kjee kata wartwan akhbar nyamuk kena kerja keras sebab mereka tidak dapat layanan istimewa dari artis. Nak tahu apa2 berita, kami kena pasang teling, pasang teropong dan macam2 lagi. 

Lynn dan adik dia Shira


So satu hari, Kjee dapat berita yang Sharifah NorHaslinda atau mesra disapa Lynn (pelakon dan pengacara TV) nak kahwin. Kjee bukannya tak kenal dia. Malah dia pernah shooting kat rumah Kjee. Malah masa tu dia bawaklah penyanyi Yantzen sama. Kjee tanya siapa tu. Dia kata member. Oklah. Masa Lynn ni jadi pengacara Sinaran sama Farouk Hussain pun Kjee selalu cover. Bagi publisiti dalam akhbar nyamuk kami. Dan Kjee kenal baik jugak dengan Lynn sebab kami pernah berlakon sama.

Tapi masa dia nak kahwin, dia lari2kan diri. Agaknya tak ada kelas surat khabar nyamuk nak cover wedding dia. So, salah seorang kawan Kjee kat akhbar arus perdana bagi nombor telefon ayah dia. Kjee call ayah dia. Ntah nama apa Tuan Syed tu Kjee dah lupa.

Ayahnya punyalah baik. Jemput Kjee cover wedding anak dia. Apa lagi, orang mengantuk disorong bantal. Bukan calang2 orang jemput tau. Ayah pengantin!

Dan Kjee pun pergilah. Rupa2nya bukan akhbar nyamuk jer ada masalah. Akhbar arus perdana dan jugak TV3 pun ada masalah. Rupa2nya kami tidak diundang pengantin! Majlis khabarnya tertutup. Ewah kenapa tertutup. Mula2lah mulut kami pot pet pot pet kat luar rumah yang pintunya terkatup. Mungkin ada rahsia besar ni! Apakah Lynn ni isteri kedua. Tahulah mulut wartawan kan?!

TV3 yang diwakil oleh wartawan dan jurukamera Melodi masih tak bagi can. Mereka masuk melepasi pagar. Kemudian pengantin lelaki sampai. Adoii ramainya bodyguard berbadan sasa bangsa India. Kami semua ditolak tepi. Tapi kami masih tak mahu berganjak balik. Bukannya kami tak diundang! Bapak pengantin yang undang. Babak pengantin pulak gamaknya masa itu dah cantik bersila sebelah Tuan Kadi, so takkan nak keluar tolong kami kan?

Majlis bermula. Kami masih duduk luar. Pintu rumah ditutup rapat. Kameraman Melodi acukan kameranya ke arah loud speaker yang diletak di rumah rumah, apabila bergema suara Kadi  mulakan majlis pernikahan. Begitulah hinanya kami wartawan masa itu. Semua wartawan satu hati walaupun dari akhbar gajah dan akhbar nyamuk.


foto ehsan google

Habis saja pernikahan, bapak pengantin keluar. Mintak maaf, ajak kami masuk makan. Ewah kami datang bukan untuk makan tapi cover majlis pernikahan. Dah habis, kami baliklah kan! 

Okaylah tak baik ungkit kisah lama. Jodoh mereka pun tak panjang. Dapat anak sorang bercerai. Sekarang Lynn ni dah jadi Datin Seri, kahwin dengan orang politik.

Pasal kisah terbaru ni, semalam Kjee baca tulisan Joyah Spot kat Panca Indera, Mingguan Malaysia. Dia pun terkilan dengan layanan yang diterima di majlis pernikahan Lisa Yusry. 

Apa daaa terkilan. Ada ubi ada batas.....

Nasib baik gua blogger. Boleh tulis tanpa kena tapis dan tanpa kena kaw tim dengan mana2 artis!!!!




Sunday, February 26, 2012

SEPAGI BERSAMA MAZIDUL AKMAL SIDEK


Mazidul terer buat dua kerja dalam satu masa - makan sambil bercerita. hehehe


Kjee, Unclepali dan Nadia seringkali dijemput kengkawan untuk makan2. Agaknya dia orang tengok Kjee selalu tayang gambar2 apabila kami keluar makan, maka mereka pun rasa seronok kot nak join kami bertiga.

Terus terang Kjee nak beritahu, sebenarnya Kjee tak berapa gemar untuk keluar makan selain daripada dengan kami tiga beranak. Pada Kjee, time makan adalah quality time untuk keluarga. Sejak Nadia semakin sibuk dengan urusan kuliahnya, Kjee dan Unclepali dah jarang dapat duduk bersamanya untuk makan.

Dan setiap peluang yang kami ada (untuk makan bersama), akan kami gunakan sebaik2nya.

Tetapi apabila sahabat lama Kjee, Mazidul Akmal ajak Kjee join dia bersarapan di sebuah restoran mamak yang seringkali dikunjunginya, Kjee rasa macam tak mampu nak menolak. Satu, kerana Kjee dah lama tak bertemu dengan Mazidul. Dua, sebab Mazidul kata makanan di restoran tu sedap sangat.

Malam tadi selepas kembali dari kampung, Kjee rasa badan dah mula nak demam. Mazidul hantar mesej tanya jadi tak kita sarapan sama2 esok. Kjee kata tengoklah nanti. Unclepali dan Nadia pulak kata, bolehlah. Nasib baik, pagi tadi demam dah kebah.

So dalam pukul 8 pagi, kami beredar dari rumah untuk bertemu Mazidul di Kota Damansara. Tak sampai lima minit kami tiba, Mazidul sampai bersama isteri dan anaknya!. Semalam dia tak beritahu pun yang keluarga dia join sekali.

Kalau dah wartawan...sambil makan pun boleh snap gambar
Ini kali pertama Kjee jumpa isteri dan anak2 Mazidul. Sebaik sahaja Kjee nak acukan kamera handfon, Mazidul mintak tolong jangan disiarkan gambar keluarganya. Belum pernah orang kenal keluarganya. Semuanya dilakukan demi keselamatan.

Seronok Kjee tengok Mazidul melayan dan bergurau dengan isteri dan anak2. Nyata sekali dia seorang ayah dan suami yang cukup baik dan penyayang.

Banyak yang kami bualkan. Dari kisah kasut yang dipapar dalam Majalah 3, malam tadi kepada kisah2 orang Nigeria yang dihambatnya dan macam2 lagilah.

Kjee suka cara Mazidul. Seorang wartawan yang dedikasi dan cintakan apa yang dia lakukan walaupun Kjee kekadang risau dengan keselamatan dirinya ketika keluar menjalankan tugasan yang berbahaya.

Roti canai dan kari daging yang enak banget
"Kenapa? Kjee takut saya kena pukul ker? Dia orang jer ke yang pandai nak pukul kita? Kita tak reti ke nak pukul dia orang." katanya sambil ketawa besar.

Nadia terkekek kekek dengar cerita Mazidul, anak seorang imam dan guru Agama di Tanjung Malim, yang ketika usia keciknya seringkali dimomok2kan dengan cerita, Kuala Lumpur itu suatu bandar besar yang cukup berbahaya. Dan kali pertama dia datang ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ibu saudaranya di Flat Sri Pahang, Bangsar, cerita yang didengar itu rupa2nya betul.

"Saya tengah bermain badminton di kawasan lapang bawah flat. Tiba2 saya dengar orang menjerit dan bunyi dentuman kuat. Seorang lelaki Cina terjun dari tingkat 15 flat itu. Mati berdepuk depan mata kami. Oh betullah cerita mereka, Kuala Lumpur ini bandar berbahaya," katanya sambil kami ketawa.

Banyak lagi kisah2 menarik akan Mazidul muatkan dalam Majalah Tiga dalam masa terdekat. Dia turut bercerita mengenai hobi yang paling disukainya sekarang iaitu memburu para normal.
"Kita sebut para normal, orang tak takut. Kalau sebut hantu, yang tak takut jadi takut," tambahnya.

Followlah blog dia www.mazidulakmal.com. Hari2 Kjee baca sebab banyak kisah2 menarik yang boleh dijadikan teladan. Blog Mazidul salah satu blog yang kita kena follow.

Dan jangan lupa jugak tengok Majalah Tiga. Manalah tahu ada kisah2 menarik dari pengalaman Mazidul dimuatkan.

EH MAZIDUL PUN ADA ENTRY SEPAGI BERSAMA KJEE. BACA SINI. HEHEHE HABISLAH RAHSIA AKU!

Friday, February 24, 2012

YAHOOOO MONYET ITU DAH SELAMAT SEKARANG!!!





Akhirnya, monyet (kera?) yang Kjee nampak dirantai dengan kejam (mestilah kejam takkan dengan baik hati kan) sudah diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan Selangor. Ada seorang hamba Allah yang cukup prihatin bernama Encik Sharul Nizam Ab Rahim telah bertindak segera atas rayuan fren FB Kjee, Elmy Olen dari Johor Baru.

Dalam tak sampai 24 jam kot, Kjee intai2 kelmarin dan tengok monyet tu dah tak ada. Rantai pun turut hilang. Masa itu, Kjee tak tahu Jabatan Perhilitan Selangor telah pergi terjah kilang itu dan selamatkan haiwan tersebut. Kjee fikirkan pemiliknya mesti kesian tengok monyet tu kesejukkan.

Semalam apabila Kjee update citer monyet tu dah tak ada, Elmy Olen segera beritahu citer sebenar. Terkejut beruk (eh sorry beruk guna nama awak). Rupa2nya Elmy dah suruh Kjee contact Encik Sharul Nizam mintak tolong tetapi Kjee terlepas pandang.

Kjee baca semua catatan antara Encik Shahrul dengan Elmy Oleh. Lihat dibawah.

Sharul Nizam Ab Rahim  Sy telah panjangkan kegelisahan diatas kpd 
1. KPVN Selangor, En Subramanian
2. Ketua Pengarah DVS Malaysia (Penguatkuasa), En Soh
3. Pegawai DVS Malaysia (PRO), Dr Nazahiyah
4. En Rozidan, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara Negeri Selangor

Sy akan berkongsi sebarang gerak kerja mereka



Sehari kemudian, ini catatan Encik Shahrul:


Sharul Nizam Ab Rahim Gerak kerja terkini,

Tuan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara berkait di atas.

2. Pihak Jabatan PERHILITAN mengucapkan jutaan terima kasih di atas maklumat yang diberikan oleh pihak tuan. Jabatan ini akan menghantar kakitangan untuk menyiasat aduan berkenaan dan hasil siasatan akan dimaklumkan kelak setelah siasatan selesai dijalankan.

3. Kerjasama dan perhatian daripada tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

Mohammad Khairi Bin Ahmad
b.p: Pengarah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
dan Taman Negara (PERHILITAN)
Negeri Selangor


Beberapa jam kemudian pada hari Selasa (hari sama catatan atas), ini catatan En Shahrul dalam wall Elmy Olen di FB.

Shahrul Nizam Ab Rahim  
Hasil gerak kerja,


Sekitar jam 18.07PM td, saya menerima panggilan telefon drp En Mohammad Khairi Bin Ahmad. Beliau berkongsi hasil gerak kerja. Berikut merupakan hasilnya,
1. Kera tersebut tidak mempunyai lesen
2. Kera tersebut telah dirampas
3. Pemilik haram bagi kera tersebut bakal dikenakan tindakan undang2 sejajar dgn beberapa Akta yang setaraf, antaranya Akta Perlindungan Hidupan Liar. Beberapa kezaliman juga ada disebut dibawah Akta ini
4. Pemilik haram bakal berdepan dgn denda sehingga RM20 ribu atau penjara beberapa tahun atau kedua2nya sekali

Sebarang email bagi perincian gerak kerja, saya akan berkongsi utk tatapan rakyat

Tq kerna menjadikan diri tuan/puan berguna buat negara


Syukur Alhamdullilah atas tindakan pantas Encik Shahrul. Juga terima kasih kepada Emly Olen serta semua yang mengelabah macam Kjee dan berikan macam2 nombor suruh Kjee hubungi selamatkan haiwan itu.

Mudah2an kita akan berterusan menjadi masyarakat penyayang dan prihatin terhadap haiwan yang dizalimi. Insya Allah.

Baca entry Kjee pasal monyet yang dizalimi di Sg Buloh hari tu, di sini. 


MR B DATANG BERTANDANG





Mr B? Mr Bean? Oh tidakkk! Tak kan sudi dia datang bertandang ke teratak Kjee di Sg Buloh ni. Ini Mr B lain...Encik Biawak.


Tadi Kjee tengah duduk sorang2 kat dapur goreng cekodok. Pastu dapat call dari Mazidul Akmal. Bukan main lama kami berborak. Tengah sedap2 berborak, mata Kjee terpandang ada bende kat atas batu tembok dekat pagar. Ewah, ada bende intai kitalah. 

Terjerit Kjee panggil Unclepali suruh amik gambo. Hah lawa tak Mr B Kjee ni?

Nasib baik dia tak lintas depan rumah kalau tidak pasti ada hajat tak kesampaian. Sebab tak lintas tapi duduk atas tembok, maka ada jugak hajat yang tak berapa sampai.

Cina yang hantar sofa tadi tengah pasang katil tetiba ada 'bracket' katil yg tersalah pasang. So dia bawak balik ke kilang dan nak datang balik lepas solat Jumaat nanti. Hah orang Cina datang lepas solat Jumaat? Hehehe sebab dia nak pergi makan dulu. Pastu balik kilang repair sikit dan datang balik. Dia kata dalam pukul 2. Hah tak ker lepas solat Jumaat tu. Heheheh.



BERSUA DENGAN FARAH AFENDI


Farah


Salam semua. Nama penuh dia Umi Nor Farhana Ahmad Affendi. Tetapi kalau Kjee sebut nama manjanya Farah, pasti korang dapat agak siapa. Inilah Farah pesakit kanser yang kita semua sama2 bantu untuk mendapatkan supplimen bagi dia memerangi kanser.








Siapa sangka di usia ini, bersarang sel kanser di hati (liver), kedua2 belah payudara, perut dan juga kepalanya. Farah menyambut ulangtahunnya ke ke 26, 16 Februari lalu. Kira2 empat bulan lalu dia mendapat tahu dia pengidap kanser tahap 4!

Sudah dua kali dia menjalani kimoterapi di Hospital Selayang. Kali kedua pada Isnin lepas. Syukur Alhamdullilah, kini Farah sudah boleh bangun dan berjalan dua tiga tapak di dalam rumahnya. Dua bulan lalu, dia hanya terlantar di katil. Setiap apa yang dimakannya akan diluahkan kembali.  Malam dan siangnya sama sahaja. Ada ketika berminggu2 dia tidak tidur menahan sakit.

Malam tadi anak Kjee, Nadia dan papanya ke rumah Farah. Kjee cuba nak gagahkan diri panjat ke flat Farah di Damansara Damai tetapi tak berupaya.

Inilah wajah Farah. Kjee hanya pernah menemuinya in person sekali sahaja kira-kira 4 bulan lalu ketika dia mula2 mengetahui dia mengidap kanser. Seminggu selepas pertemuan kali pertama itu, Farah menjalani pemeriksaan di hospital dan disahkan pesakit kanser tahan 4 dan hanya ada beberapa bulan sahaja untuk hidup!



Ketika Kjee temui Farah di office 4Life bersama ibu dan kakaknya empat bulan lalu, Farah telah mengeluarkan semua simpanannya untuk membeli Combo Rio Vida Plus. Pek combo itu berharga RM750 yang hanya boleh bertahan 1 minggu. Duit simpanan Farah hanya cukup untuk stok supplimen selama 2 minggu!

Kemudian ayah dan ibu serta kakaknya, turut menyumbangkan apa sahaja yang ada untuk membeli supplimen lagi. Tetapi mereka hanya berdaya mendapatkan stok selama dua atau tiga minggu.

Setelah Kjee mengetahui kisah Farah, Kjee cuba dapatkan bantuan kengkawan di Facebook dan juga blog. Dan segala sumbangan yang diberikan, dapat Kjee salurkan kepada Farah untuk stok supplimen yang boleh bertahan selama lima atau enam minggu.

Ubat2 hospital Farah


Semalam, setelah seminggu kehabisan stok, Kjee berjaya mendapat sumbangan dari kengkawan FB dan juga blog bernilai RM944.40. RM750 telah Kjee gunakan untuk belikan stok supplimen selama seminggu. Bakinya akan Kjee kumpul lagi. Dan seandainya mencukupi, Insya Allah Farah akan dapat supply Rio Vida Plus untuk seminggu lagi.

Ini hari Farah. Ibunya, Puan Ani dan ayahnya Abang Fendi tidak mampu mengeluarkan kata2. Hanya airmata mengiringi ucapan terima kasih kepada semua kerana tidak henti2 memberikan sumbangan untuk menolong Farah melawan kansernya.

Farah adalah seorang bekas kerani sekolah. Menurut Kak Ani, kanser di bahagian2 badan Farah sudah mula mengecut. Rambutnya sudah mula gugur. Kakinya pulak sudah tidak bengkak lagi. Jom kita sama2 doakan agar Farah dilindungi Allah swt, dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki. Amin.

Untuk mereka yang ingin memberikan sumbangan, sila hubungi Kjee 0126780501. Atau bank in Maybank 162200049249. Ini akaun Farah Nadia, anak Kjee. Selama ini memang Kjee guna akaun ini supaya senang Kjee kumpulkan duit dan beli supplimen untuk Farah Afendy.

Teringat lagu Hermantino...Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri... Mudah2an Allah swt memberi kita ganjaran yang lebih besar kerana membantu mereka yang memerlukan.

Farah bersama ibu ayah dan adiknya.

Wednesday, February 22, 2012

ADEGAN DALAM DRAMA YANG MELOYAKAN...LU PIKIRLAH SENDIRI!!


Rashid Sibir pengarah yang cukup kreatif

Hasil kerjanya dikagumi



Kjee bukanlah seorang penulis skrip yang hebat. Ramai kat luar sana yang hebat2. Begitu jugak dengan pengarah. Ramai pengarah muda sekarang. Tak tau mai dari mana tetiba terpampang nama kat TV sebagai pengarah.


Kjee ingat dulu di Indonesia. Kalau nak jadi pengarah kena masuk akademi. Dah lulus baru boleh jadi pengarah. Kat Malaysia, lain pulak citernya. Kalau seseorang tu dah rasa dirinya cukup bijak, maka dia pun jadi pengarah. Pelik bin ajaib apabila muka macam Namawee pun boleh mengarah kan?

Anyway, memang drama sekarang dah tak ada kualiti berbanding drama2 10 atau 20 tahun lalu. 
Sebab itu, kalau ada nama2 hebat seperti Rashid Sibir, Erma Fatima ataupun Bade yang mengarah, ramai yang tunggu siarannya.

Kjee pun sejak dua menjak ni dah tak tengok drama lagi. Selalu jugak Kjee terima sms dari pelakon yang suruh Kjee tengok lakonan mereka apabila siarannya ke udara. Maaflah. Bukan Kjee tak nak tengok, kekadang ada hal kat luar rumah. Sedar2 dah terlepas.

Kjee hari ni nak sentuh sikit sensitiviti orang Melayu. Sensitiviti orang Melayu ke sensitiviti Kjee, tak tahulah nak kata. Memang Kjee terang2 mengaku Kjee ni penakut. Kalau ada citer hantu, Kjee sanggu tutup mata atau tukar channel lain.

Apapun, adegan2 yang buat Kjee cukup2 mual sejak akhir2 ini ialah adegan kematian. Bukan Kjee tak suka tengok drama orang mati. Kjee tak kesah. Tetapi cara pembikinan adegan itu kekadang buat kita nak uwekk.

Salah seorang of my favorite pengarah
Kjee tak tahu kenapa ada pengarah yang sanggup buat scene mati siap pelakon dikapan, disumbat hidung serta telinga dengan kapas. Pastu didbuat shot 'mayat hidup' tu diikat bahagian kepalanya selepas dikapan!  Tak cukup dengan itu dibuat jugak babak 'mayat hidup' dimasukkan ke liang lahad.

Apakah ini yang dinamakan kreativiti? Tidakkah pengarah itu peka dengan sensitiviti penonton? Seperkara yang Kjee heran ialah, kenapa ada pelakon yang sanggup jadi mayat? Dah desperate sangat ke nak menang anugerah nanti maka sanggup biarkan pengarah buat adegan macam itu?

Hmmm Kjee seringkali geleng kepala apabila menonton adegan2 bodoh dan memualkan macam itu.

Masa Kjee jadi Pengurus Produksi drama dulu, Kjee pernah buat satu drama. Judulnya Al Mahadi arahan Ed Osmera (kini arwah). Pelakon utamanya M Rajoli (arwah). Semua tahu arwah M Rajoli adalah seorang yang cukup alim. Solat tak pernah tinggal dan sering beri kuliah agama kepada budak2 crew dan pelakon kalau kami shooting outstation dan bermalam di sana.

Dalam Al Mahadi, M Rajoli berlakon sebagai seseorang yang amalkan ajaran sesat. Ada satu adegan mimpi, dia menjadi syaitan dan keluar tanduk! Adegan itu dibuat di satu kawasan berpasir di tengah hari buta di pinggir KL.

Beberapa hari selepas tamat penggambaran, M Rajoli dikejarkan ke hospital kerana serangan sakit jantung. Kjee pergi melawat beliau di IJN. Masa berjumpa beliau, beliau bisikkan pada Kjee, mungkin semangat beliau tidak dapat terima berlakon sebagai 'syaitan' sebab itu beliau diserang sakit jantung!

So the moral of my entry, kalaulah orang2 seni nak tunjuk kehebatan kreativiti mereka, harap2 lebih peka dan sensitif terhadap agama ataupun budaya masyarakat kita. Kjee rasa semuanya ini bukan salah penulis skrip. Kalau ada penulis skrip yang ghairah sangat buat adegan dalam skrip mereka macam itu, Kjee rasa pengarah boleh gunakan budi bicara mereka untuk menjadikan adegan itu lebih sopan tidak tidak sensitif.

Lu pikir lah sendiri!!!

NOT SO WORDLESS WEDNESDAY - PULUT PANGGANG TERBAEK DI PAYA JARAS

 My breakfast tadi. Pulut panggang bawah pokok sebelah pasar mini GH kat Paya Jaras. Eh GH ke CH? Ah lantak lah.

Sedap sangat2 dan murah. 5 biji rm2. Berebut makan dengan Unclepali tadi. Inti dia cukup rasa. Marvelous. Ada jugak jual laksa. Nanti nak try pulak. Hehehe





20 TAHUN TELAH BERLALU ...AL FATIHAH

Dato Sudirman Hj Arshad

KISAH MALANG PENULIS SKRIP DRAMA

Tak ingat judul drama ini. Skripnya Kjee yang buat. Bersama arwah M Rajoli dan Zul Yahya


Ramai kenalan terutama sekali di kalangan teman2 industri drama tanya Kjee kenapa Kjee dah tak mahu menghasilkan skrip drama lagi. Ketika bertemu teman2 seperjuangan Kjee dulu di rumah allahyarham Latiff Ibrahim, ada jugak yang bertanya soalan yang sama.




Kjee hanya senyum. Lewat tahun lepas Kjee telah menyiapkan dua skrip 13 episod. Satu sudah Kjee jual dan produser itu tanya samada Kjee minat nak jadikannya skrip filem. Satu lagi sudah 90 peratus siap tetapi Kjee tak jual pun lagi walaupun stesyen TV sudah luluskan skrip itu. Alasan yang diberikan produser, dia tak ada duit nak buat drama tersebut. Dan Kjee tak boleh jual kepada syarikat lain sebab skrip itu diluluskan dibawah syarikatnya.

Drama 13 episod yang telah lulus itu sepatutnya diserahkan  'final product' (drama yang telah siap) pada 29 Julai 2011. Kalau tidak silap Kjee, Kjee pergi ke stesyen TV itu pada awal tahun 2011 untuk berbincang dengan pihak stesyen. Dan selalunya setelah lulus stesyen TV, penulis skrip diberikan pendahuluan sebanyak 50 peratus. Dah siap skrip barulah dapat bakinya.

Kjee ni jenis manusia yang tak gemar nak ambil pendahuluan 50 peratus. Rasa tak syoklah apabila separuh duit itu dah dibelanja kemudian apabila serahkan skrip hanya dapat separuh lagi. Kjee suka kalau serah skrip dapat 'selepuk' bayaran.

Rupa2nya Kjee silap. Kalaulah Kjee mintak 50% pendahulan pada awal tahun 2011 masa skrip itu diluluskan, adalah jugak imbuhan untuk penat lelah Kjee kan? 


Masa shooting drama bersiri Rumah Kedai


Anyway, pada lewat tahun lepas, Kjee call pengarah yang sepatutnya mengarahkan drama itu. Pengarah tu kawan baik Kjee. Dia kata eloklah Kjee mintak 50% pendahuluan daripada produser. Dia pun masih menunggu produser itu panggil dia berbincang mengenai pembikinan drama tersebut.

Oleh kerana Kjee dah siapkan kira2 8 episod dari 13 episod (lebih dari separuh), Kjee pun call lah produser berkenaan. Kjee kata, Kjee ni bukan jenis suka ambil 50% pendahuluan tetapi ketika itu Kjee perlukan duit dan Kjee sanggup serahkan dulu 8 episod skrip yang sudah siap.

Produser itu jawab, syarikatnya belum ada duit nak buat drama itu. Kjee heran. Kalau tak ada duit, kenapa dia sanggup ke stesyen TV dan propose pembikinan drama bersiri itu? Kan elok peluang yang dia dapat itu diberikan kepada produser lain yang ada duit buat drama!

Dia tak mahu Kjee serahkan skrip 8 episod itu. Katanya, kalau dia terima maknanya dia kena bayar 50 peratus dulu. Bagaimanapun, apabila Kjee tanya samada Kjee boleh jual kepada produser lain, dia kata tak boleh. Alasannya, skrip itu diluluskan atas nama syarikatnya.

Hah itulah antara sebab yang Kjee dah malas nak buat skrip drama. Pada Kjee, skrip adalah 'modal' pertama sesebuah syarikat apabila hendak membuat drama. Kalaulah dia punya duit berjuta pun, kalau dia tidak ada skrip yang sudah diluluskan stesyen, dia tidak akan dapat menghasilkan drama itu.

Jadi, kalau sesebuah skrip itu penting, kenapa aniayakan penulis skrip?!! Kjee pernah 'hampir makan pasir' di zaman kegawatan ekonomi 1997 dulu. Skrip Kjee sebanyak 13 episod telah 'dibeli' oleh sebuah syarikat produksi. Beli jer tapi duit tak sampai kepada Kjee kerana kegawatan ekonomi.

Kesilapan Kjee ketika itu ialah produser itu telah memberi Kjee deposit sebanyak RM500 ketika Kjee bersetuju membuat skrip tersebut. Setelah siap dan dihantar kepadanya, dia kata tak ada duit. Kjee mintak izin jual kepada produksi lain tetapi dia tak benarkan.

Hidup Kjee tak keruan selepas itu. Masa itu Kjee ibu tunggal dan Nadia masih bersekolah rendah. Ada ketika dia tidak ke sekolah kerana Kjee tidah dapat sediakan wang saku! Anyway, dua atau tiga tahun kemudian barulah produser itu dapat langsaikan hutangnya kepada Kjee.

Dan pisang hampir berbuah dua kali dengan skrip 13 episod Kjee yang Kjee hasilkan pada tahun lepas. Setahun dah berlalu. Kjee tak tahu nasib skrip Kjee ini. Kekadang rasa macam nak terjah sahaja stesyen TV berkenaan dan beritahu masalah Kjee dengan produser.

Tetapi, penulis skrip dan produser ibarat mentimun dengan durian. Of course yang durian, produser yang tak berhati perut.

Jadi apabila ada tanya Kjee kenapa tak buat skrip lagi, Kjee tak boleh jawab. Rasa macam hendak jerit sekuat2 hati. Kalau skrip tak lulus susah, dah lulus pun susah!!


Tuesday, February 21, 2012

DALAM SEDIH ADA GEMBIRA

Kjee minat sangat suara Azlina

Bersama Hasnor dan Azlina

Huzz

Amin Zaid Dato Zulkifli Amin



Begitulah rasa Kjee malam tadi sewaktu menziarahi jenazah allahyarham Latif Ibrahim di Taman Keramat. Mana tidaknya...Kjee dapat bertemu semua teman2 dan sahabat2 yang telah lama Kjee tidak jumpa.




Antaranya Dato Sharifah Aini, Azlina Aziz, kakaknya Sharifah Hasnor, Zulkifli Zain, Rozie Rashid, Arifah Damanhuri, Hail Amir, Ramli Sarip serta Dato Tarmimi Siregar. 

Selain itu, Kjee turut bertemu semula dengan otai2 wartawan seperti Bahyah Mahmmod (BAM), suaminya Ahmad Idris atau Abi, Juwie serta Huzz.

Malam tadi Kjee tak dapat lama di rumah arwah sebab badan dah mula rasa tak selesa. Dua tiga hari ni asyik kena hujan sahaja. Tetapi Amin Zaid, anak kepada sahabat lama Kjee, Dato Zulkifli Amin Nordin, beritahu selepas Kjee balik, Dato Ahmad Nawab dan adiknya Akhbar Nawab, Dato DJ Dave, Salwa Abdul Rahman, Siti Fairuz dan Liza Abdullah turut datang menziarah.

Paling teruja malam tadi ialah Nadia. Dia minat sangat dengan Dato Aziz Satar dan Kuswadinata sejak kecik lagi. Dan malam tadi dia dapat bertemu dengan dua idolanya itu.

Seniman Kuswadinata

Atok Ajis kesayangan Nadia


Masa Nadia berusia 4 tahun
Nadia berusia 3 tahun



SALAD MELAYU DAN IKAN KEMBUNG GORENG GARING





Malam tadi Kjee mimpi Kjee demam. Mata merah menyala. Pagi ni bangun, rupa2nya betul2 demam. Tak de selera nak makan apa2. Tetapi perut lapar. So lepas telan suppliment dan Unclepali beri makan dua biji telor separuh masak, Kjee masuk dapur.


Unclepali tak beri masak sebab Kjee tak sihat. Tetapi oleh kerana dia dah keluarkan ikan kembong yang beli semalam dari fridge, Unclepali suruh Kjee duduk diam dan biar dia masak. Actually tak masak apa. Goreng ikan kembung garing2 dan masak nasi.

Kjee nak makan pedas pulak. Kemudian Kjee keluarkan segenggam cili api dan dua ulas bawang putih. Unclepali tolong tumbuk halus. Kjee masukkan ke dalam mangkuk, curah kicap manis kipas udang dan perah limau nipis. Kalau ada limau kasturi lebih wangi dan sedap.

Kemudian Kjee hiris dua biji tomato, sebiji timun dan satu labu bawang besar. Jadilah salad Melayu. Tetapi memang sedap sangat untuk orang demam cam Kjee ni. Habis separuh pinggan nasi. Hehehe



PERGINYA SEORANG PENYANYI YANG DISAYANGI RAMAI

Dato Khadijah Ibrahim adik bongsu allahyarham
Ramli Sarip

Seniman Kuswadinata tidak dapat menahan sebak. Nelly (kiri) anak perempuan tunggal Allahyarham

Rakan karib allahyarham, Hail amir dan keluarga



Hujan renyai2 ketika Kjee sampai di rumah Allahyarham Latiff Ibrahim di AU3/16, Taman Keramat, Kuala Lumpur. Azan menandakan masuknya waktu Isyak, dari mesjid berdekatan menyambut kedatangan Kjee, sahabat handai dan rakan taulan Allahyarham.


Artis pertama yang Kjee lihat sampai ialah Dato Sharifah Aini yang diiringi oleh Kak Bahyah Mahmud. Dato Sharifah Aini sempat bersalaman dengan Kjee sebelum hilang ke dalam rumah allahyarham. Beliau telah menziarah allahyarham ketika hayatnya di IJN semalam. Dan hari ini ketika bersiap2 untuk satu majlis, mendapat berita pemergian allahyarham.

Ramai lagi artis veteran seangkatan allahyarham yang datang memberi penghormatan terakhir. Antaranya Dato Aziz Satar, Kuswadinata, Ramli Sarip, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Hail Amir, Halil Chik, Azlina Aziz, Sharifah Hasnor, Zulkifli Zain, Rozie Rashid serta wartawan2 veteran Ahmad Idris (Abi) dan Juwie.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak, seorang lelaki dan perempuan. Allahyarham menghembuskan nafas akhirnya di Institiut Jantung Negara, IJN, lebih kurang pukul enam petang di sisi keluarganya.

Mudah2an roh allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin. Al Fatehah. 

Dato Sharifah Aini
Azlina Aziz
Dato Aziz Satar
Dato Khadijah Ibrahim


Monday, February 20, 2012

AL FATIHAH




Penyanyi Latiff Ibrahim menghembuskan nafas akhirnya kira2 jam 6 petang tadi di Institiut Jantung Negara, IJN petang tadi.


Sejak semalam, hebuh konon beliau sudah meninggal dunia walhal ketika itu allahyarham hanya dikejarkan ke IJN. Allahyarham berusia 62 tahun.

Moga roh Allahyarham dihimpunkan bersama2 mereka yang beramal soleh. Dan mudah2an keluarganya tenang dan sabar mendapat ujian sebgini rupa dari Allah swt.

Berikut berita yang dipost oleh mStar.



PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

BEGEDIL KENTANG WITH DAGING BURGER




Bergedil ke begedil? Hmm ntahlah. Hantam sajalah labu. Janji korang semua tahu ini makanan apa kan? Rasa2nya begedil ni makanan orang Jawa sebab dia orang bubuh begedil dalam soto. Tetapi tiap kali pergi ke kedai Minang, ada pulak dia orang jual.


Senang cerita, begedil ni asal dari Indonesia dengan menggunakan ubi kentang sebagai bahan asas. Yang lain, korang boleh tambah ikut citarasa sendiri. Boleh bubuh udang, isi ayam, daging atau  ikan goreng left overs (berbaki).

Tetapi kalau guna ikan goreng berbaki, kaum India ada resipi begedil ikan yang mereka gelar fish cutlets. Sedap tau. Lama tak buat. nanti nak buat, Kat rumah Kjee, ikan goreng tak pernah ada left over sebab ada kucing dan jugak kucing kepala hitam. Unclepali lah tu.

Begedil arini Kjee buat guna sekeping daging burger. Kjee letak pada suhu bilik pastu kjee ramas2. Tadi ada resipi khusus untuk buat begedil ni. Tadi Kjee guna 4 biji kentang yang Kjee potong wedges dan goreng. Pastu Kjee ambik 1 labu bawang besar, mayang halus dan buat bawang goreng.


Lepas tu, Kjee tumbuk kentang goreng tadi. Bubuh dan bekas, masukkan bawang goreng, daging burger yang dah diramas dan daun sop serta daun bawang yang telah diricik halus. Pastu bubuh garam dans edikit pak aji. Gaul rata dan buat bebola. Kemudian pukul telor sebiji. Bebola tadi dileperkan sikit, celup dalam telor dan goreng.

Api jangan besar atau terlalu kecik. Begedil Kjee kali ni warna hitam. Unclepali tanya kenapa? Kjee kelentong kata guna daging burger jadilah hitam. Agaknya api terlalu panas tadi kot. Tak baik kelentong suami. Tak per Raya nanti cium tangan mintak ampun. Hehehe.

Itu jer. Senang sangat. Empat biji kentang tadi jadilah dalam 10 biji begedil. Cukuplah sorang tiga. Lebih satu Kjee ngapp sebaik saja keluar kuali. Hehehe.


SEPETANG DI TASIK BIRU, KUNDANG

Kalau guna camera boleh zoom in jet ski yg nun jauh di tengah tasik kan?








Petang semalam kami ke Tasik Biru, Kundang. Kjee ada kenangan kat tasik ni. Masa muda2 dulu adalah pergi main wind surfing dengan arwah abah Nadia. Masa tu baru kahwin. Tapi orang kawasan tu kata tempat tu tasik maut. Ramai dah lemas.

Kami sampai kat tasik Biru semalam dah dekat pukul 6 petang. Ramai orang berkumpul tengok orang main jet ski. Pada Kjee permainan jet ski 'toys orang kaya'. Yang main semua orang Cina. Budak2 Melayu duduk keliling rempit dan cuci mata anak dara yang mandi manda dekat tepi2 tasik.



Suruh Unclepali bawak kamera semalam dia buat tak dengar. So Kjee suruh Nadia turun amik gambar guna handfon cap ayam Kjee. Gambar tak cantik. Habis nak buat camner. Beli camera canggih2, mahal2, kamera duduk jadi perhiasan dalam rumah.

Anyway, masa tengah edit gambar tadi, Kjee ternampak dua perempuan Melayu bertudung. Satu, jeansnya dilipat hingga paras lutut. Yang sorang lagi sah2 pakai hot pants!! Unclepali kata budak kecik tapi Kjee tengok dalam gambar macam anak dara sunti. Kalaulah nak pakai seluar sependek seluar dalam, tak payahlah pakai tudung. Begitu jugak sebaliknya!

Suka bila MPP (Media Permatang Pauh) tulis dalam blog dia..."anak sapalah tu..."

Yang sebelah kiri tu... apa ke hal?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...