Hari tu Kjee tengah makan tengah hari di kedai minang Man kat Paya Jaras bersama Nadia dan Unclepali apabila kami dengar berita ni kat TV3. Kononnya peratusan budak2 nakal di sekolah sekarang sudah meningkat.
Ponteng sekolah, hisap rokok dan pelbagai kesalahan membabitkan juvana is on the increase. Membimbangkan ke tidak, taklah Kjee pasti. Tetapi yang pasti semua seram dengar kes2 jenayah yang membabitkan anak2 sekolah menengah rendah (dalam lingkungan Form 1 hingga 3). Malah, tidak terkecuali murid2 sekolah rendah juga pernah ditemui melakukan jenayah2 kecil seperti mencuri dan sebagainya.
Kenapa ini semua berlaku hah mama, tanya Nadia. Hmmm semua ini berlaku sebab sebilangan budak2 ni tak suka pergi sekolah. Tak suka belajar dan tak suka dipaksa buat apa yang mereka tidak suka. Justru, mereka memberontak dengan ponteng sekolah, hisap rokok, mencuri dan sebagainya.
So dalam kami menyuap nasi, Kjee berilah pandangan Kjee apa yang sepatutnya dilakukan oleh Kementerian Pelajaran. Cadangan Kjee ini mendapat bantahan Nadia. Tetapi apabila Kjee explain dengan panjang lebar, akhirnya Nadia angguk perlahan. Unclepali macam biasa angguk sahaja.
Cadangan yang Kjee beri ini spontan sahaja. Tiada terfikir pun sebelum ini. Jari kita pun ada yang panjang, ada yang pendek. Takkan elok semua buah pisang dalam setandan. Begitu jugak dengan anak2.
Kjee syorkan agar semua anak2 diberi pelajaran WAJIB sehingga Tingkatan 3 sahaja. Biar mereka ambil peperiksaan ala2 PMR. Kemudian selepas itu, tapis mereka. Yang mendapat kelulusan cemerlang dan ada harapan untuk improve diberi peluang ke Tingkatan 4.
Ibu bapa harus dibawak sama berbincang untuk anak2 yang low performance. Adakan sessi kaunselling khas selepas result keluar. Tanya anak2 apa yang mereka mahu (anak2 yang low performance). Kalau mereka minat muzik, misalnya, hantar mereka ke kolej2 komuniti untuk belajar muzik.
Kalau mereka minat fesyen, hantar mereka jalani kursus2 yang dikhaskan untuk mereka. Begitulah seterusnya. Kalau minat kereta atau motor, hantar mereka ke kursus relevan membaiki kereta atau motor. JANGAN biarkan ibu bapa yang menetapkan apa yang harus anak2 mereka belajar. Peranan ibu bapa hanya untuk menyokong sahaja bukan pandai2 nak decide atau putuskan apa anak mereka harus buat.
The choice should be theirs!
Kjee merasakan, ibu bapa yang banyak sangat campurtangan dalam apa yang anak2 harus lakukan, menyebabkan anak2 ini bosan. Kemudian mereka curi2 buat apa yang mereka suka. Dan mulalah budaya ponteng dan akhirnya mereka terbabit dalam hal2 yang boleh menjuruskan kepada keburukkan.
Nadia mulanya tak setuju. Katanya, sampai bilakah Malaysia akan maju di segi pencapaian akademik kalau di usia muda dinafikan pelajaran hingga ke menara gading?
Well, anak2 yang bermasalah tidak meliputi sebahagian besar peratusan anak2 yang sedang meningkat naik di negara kita. Mungkin tak sampai 30 peratus. So, mengapa kita harus menunggu sehingga peratusan ini meningkat dengan lebih tinggi lagi?
Pepatan omputih ada menyatakan
Nip them while still bud. Melentur buloh biar ketika rebung. Walaupun Kjee tiada anak2 yang bermasalah tetapi Kjee cukup peka dan sedih melihat persekitaran sekarang. Kjee pernah meniaga di sebuah foodcourt berhampiran sebuah sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah.
Sekolah rendah belum ada masalah. Ada satu atau dua kes terpinggir tetapi masalah besar pada sekolah menengah. Kjee sampai di foodcourt jam 6 pagi. Jam 6.30 pagi, budak2 sekolah menengah dilepaskan ibu bapa ke sekolah.
Tetapi sebaik sahaja kelibat ayah dan ibu sudah tidak kelihatan, sebahagian kecil terus berjalan ke foodcourt. Pilih gerai yang sunyi dan terus tukar pakaian! Baik yang lelaki mahupun perempuan.
Of course yang perempuan ke tandas tukar pakaian.
Kemudian mereka hisap rokok, buat bising dan duduk berdua2an kalau berpasangan. Kjee selalu curi2 telefon polis. Malangnya, polis sampai mereka bertempiaran lari. Esoknya, senario sama berulang sampai agaknya polis pun dah tak kuasa nak datang.
Yang lawaknya, mereka tidak pergi jauh daripada sekolah. Time balik mereka balik. Unclepali selalu kata, kalau ponteng, pergilah 'main jauh2'. Ini tidak. Tak sampai sepelaung dari sekolah. Maknanya, mereka tidak suka masuk ke sekolah dan kena belajar!
Berbalik kepada menghantar anak2 ketika usia 16 tahun belajar
a skill. Harus diadakan satu skim pembelajaran yang buat mereka rasa penting. Anak2 di usia ini perlu duit untuk
top up credit fon, untuk beli baju dan sebagainya. Mungkin sebagai galakan, mereka diberi elaun bulanan. Jadi konon2nya mereka bekerja sambil menimba ilmu.
Kjee ambil contoh banduan2 di penjara. Ada sebahagian daripada mereka yang ada bakat dalam bidang kraftangan dijuruskan kepada bahagian membuat kraftangan. Barangan itu dijual dan sebahagian daripada hasil kalau tak silap Kjee, dikembalikan kepada mereka, apabila mereka dibebaskan.
So, mungkin amalan yang sama boleh dilakukan kepada anak2 remaja ini. Misalnya, mereka ditempatkan di sekolah mekanikal. Orang ramai dipelawa hantar motor atau kereta ke 'bengkel' tersebut dengan bayaran. Dan hasilnya dikongsi bersama anak2 yang terbabit membuat kerja.
Samalah macam salun2 rambut kaum Cina yang banyak di bandar2 besar dan kecil. Kalau nak suruh 'student' potong, bayaran yang dikenakan amat murah berbanding dengan yang pakar. Begitu jugak dengan anak2 remaja tadi. Setiap kerja akan diawasi dan dilakukan bersama tenaga pengajar.
Sekurang2nya apabila anak2 ini sudah tamat latihan dan kursus, mereka sudah boleh keluar mencari kerja dengan gaji lumayan dengan kemahiran yang mereka ada. Tak perlu lagi malu dengan rakan2 sebaya yang ada diploma atau degree tetapi masih terkial2 mencari kerja tanpa
on the job training!
Dan
at the end of the day, kemungkinan besar kita tidak akan melihat lagi anak2 hingusan ponteng sekolah dan berpeleseran kerana mereka tentu teruja melihat rakan2 mereka 'ada gaji' dan boleh buat kerja yang mereka suka!
Ini hanya secebis pandangan dari seorang tua yang telah melalui segala ranjau dan duri dalam kehidupan. Kjee mula kerja di usia 18 tahun lebih. Paksa diri habiskan sekolah semata2 kerana mahu cepat dapat sijil MCE dan boleh kerja. Kalau diikutkan, memang Kjee dah tak nak belajar lagi ketika itu. Nak kerja tapi undang2 menyekat anak2 dibawah usia 18 tahun bekerja.
Tetapi mungkin nasib Kjee baik. Kjee dapat kerja dalam bidang yang Kjee minat walaupun belajar setakat Malaysian Certificate of Education.
So the moral of my entry, kalau anak2 kita dijuruskan kepada bidang yang mereka minat, insya allah akan berkuranganlah masalah sosial di negara ini. Kjee kata berkurangan sebab mustahil untuk menghapuskan sama sekali masalah sosial di mana2 negara di dunia ini. Wallahualam.
 |
| Semua foto ehsan google |