Sunday, November 25, 2012

SAYUR KAMPUNG CAMPUR2












Kjee masak lauk ni a few days ago. Kjee campur empat jenis bahan yang dipetik sekeliling rumah - pucuk ubi, pucuk betik, bunga betik dan terung pipit. Masak lemak pedas2 bubuh ikan bilis.

Lauk ini ala2 masak lemak pucuk kampung yang bubuh tempoyak. Tapi Kjee tak bubuh tempoyak dan buat kuah banyak sikit.

Sebenarnya, kita boleh campur2 apa jer sayur kampung. Rasa2nya tak mabuk free nanti. Hehehe


Terung Pipit


Pucuk betik

Bunga pucuk betk

Pucuk ubi





LARRY HAGMAN aka JR EWING DAH MENINGGAL

Larry bersama Linda Gray - 'isterinya' dlm Dallas



Budak2 sekarang tak kenal dia ni. Tapi kalau mereka senagkatan Kjee mungkin menyampah dia ni sebagaimana Kjee dulu. Hehehe. Tapi Larry Hagman aka JR Ewing dah meninggal semalam. Usianya 81 tahun.

Kjee masih ingat dulu betapa kami semua termasuk Bonda akan menyumpah2 dengan karektor JR Ewing yang jahat sangat dalam Dallas.

Sekarang ini ada ke lagi soap opera (opera sabun?) omputih cam ni? Yang dari Brazil banyak kot tapi Kjee tak pernah tengok.

RIP Larry Hagman

.

Friday, November 23, 2012

YANG WEDOK 12 TAHUN, YANG LANANG 19 TAHUN







Apa hal lak Kjee ngomong Jowo ni? Eh korang ingat Kjee keturunan omputih ke? Kjee Jawa piau (pure) tau. Ngaku je Jawa tapi cakap Jawa merangkak2. Kahkahkah

Kjee tak kesah kalau korang dah tengok gambar ni dalam akhbar minggu lepas. Kjee baru jumpa dalam mStar tadi. Kjee sekarang dah tak beli paper lagi. Buang duit jer. Baca online, free.

Kalau nak bungkus sampah, Kjee suruh UnclePali gi amik paper Buletin Selangor masa dia pergi solat Jumaat. Paper free yang sesuai bungkus sampah!

Berbalik kepada gambar diatas tu. Wedok tu pompuan. Lanang tu jantan. So budak pompuan umur 12 tahun kahwin dengan budak jantan umur 19 tahun, minggu lepas.

Bukan bukan bukan. Bukan kat kawasan pendalaman kat India, Nepal atau China tapi kat Kulim, Kedah!

Mereka dinikahkan sebab budak pompuan tu dah tak nak balik rumah dan duduk rumah pak we dia. Bapak budak pompuan ni bingung. Daripada zuriat nanti dibuang bawah pokok pisang atau ditinggalkan kat Mesjid atau dibuang dalam sungai, eloklah mereka disatukan secara halal.

Okay ker? Hmmm Kjee tak tau nak kata apa. Okaylah kot....

Harap dia orang kahwin bukan nak sedap jer. Oppps.

FOTO EKSKLUSIF DARI NADIA

STAFF ALLIANCE BANK DI CAP SQUARE BERPIKET KERANA DAKWA CEO MEREKA ANTI ISLAM!!











DEMI MU GAZA!

Bernama pix










Orang ramai menunaikan solat hajat 'Demi Gaza' selepas solat Jumaat beserta bacaan Qunut Nazilah di Mesjid Negara hari ini.

Khabarnya banyak mesjid dan surau seluruh negara turut melakukan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah demi menyelamat rakyat dan bumi Palestin. Allahu Akbar!!

BETIK MENGKAL LEMAK PEDAS



















Pagi tadi masa goreng jemput2 pisang kat my wet kitchen di luar rumah, Kjee ternampak banyak betik dah masak kat pokok. Selalunya belum sempat masak dah habis dikerjakan sang kera. Manalah mereka? Tak lapar ker?

Sejak jiran belakang rumah clearkan semak samun kat kebun mereka, sang kera semua dah tak datang lagi. Takut agaknya.







Anyway, ada sebiji dua betik mengkal. So sebelum UnclePali gi solat Jumaat, Kjee suruh dia tolong kaitkan sebiji. Nak buat masak lemak pedas ngan udang. Aduhai kalau ada tulang ikan kering lagi sodap kan? Whatever.

Inilah juadah tengah hari kami tiga beranak tadi. Masak lemak pedas betik mengkal dan ayam masak hitam. Resipi dah ada kat sini untuk Ayam Masak Hitam. Untuk betik mengkal boleh guna resipi ini. Tukar peria dengan betik mengkal.

Ayam Masak Hitam...tu dia. Betul2 menepati namanya! Hehehe









TAKZIAH BUAT KONVOI MOTORSIKAL DARI JOHOR



foto ehsan panggungopera.blogspot.com


Terkedu seketika apabila tonton Buletin Utama tadi dan terdengar berita konvoi motorsikal berkuasa besar terbabit dalam kemalangan. Seorang meninggal dan kalau tidak silap 6 lagi parah. AlFatihah.

Terus teringat kisah kemalangan konvoi motorsikal berkuasa besar yang meragut nyawa aktor Indon kesayangan ramai, Sophan Sophian beberapa tahun lalu. Mujurlah isterinya aktres Widayawati tidak membonceng ketika itu walaupun suaminya mengajaknya.

Salam takziah kepada keluarga mangsa2 nahas dari Johor itu. Kemalangan itu berlaku di lebuhraya NKVE, Kuala Lumpur.

Sudah menjadi kebiasaan penunggang2 motorsikal berkuasa tinggi ini akan menuju ke tempat2 peranginan seperti Genting Highlands dan Cameron Highlands menjelang hujung minggu dan cuti umum.

Apakah konvoi ini tidak mempunya Marshall untuk memantau keselamatan mereka? Mungkin semuanya sudah takdir. Mudah2an keluarga mereka tabah.


UNCLEPALI'S GRILL LAMB CHOPS











Tonight's dinner was prepared partly by UnclePali. He made grilled lamb chops and mashed potato. Kjee pulak buat black pepper sauce dan campur mayo dalam mix vege yang dicelur. The result? Awesome. Kami makan berdua tanpa banyak bicara kerana sedap sangat.

Sesekali makan lamb chops, okaylah kan? Kalau selalu...oppps touch wood.

UnclePali tak marinate lamb chops. Dia hanya season dengan Aji Shio Pepper. Kalau tak ada, gunalah garam biasa dan lada hitam yang telah ditumbuk halus. Grill pan atau kuali mesti panas supaya dapat kesan calar (kalau guna grill pan) yang cantik.

Sambil grill lamb chops tu, UnclePali lenyek kentang yang telah direbus bersama kulit dan sedikit garam. Kena mash panas2 kalau tidak, tak halus hasilnya. Sambil lenyek, dia masukkan sedikit butter, aji shio pepper untuk rasa dan fresh milk. Eh selalu dia guna fresh milk tapi tadi dia guna evaporated mlik. Jangan lupa buang kulitnya sebaik sahaja dikeluarkan dari air rebusan. Susah sikit tapi sabar jer lah.

Untuk sos, Kjee dadu satu labu bawang besar dan dua ulas bawang putih. Panaskan saucepan dengan sedikit butter dan minyak jagung. Apabila sudah panas, campakkan bawang dan fry sampai bawang translucent.



Kemudian masukkan 1 sudu besar tepung gandum. Terus kacau hingga tepung itu mula nampak warna perang dan seterusnya sedikit cokelat. Kalau nak kuah yang warna gelap, teruskan goreng tepung itu hingga warna yang dikehendaki.

Masukkan air. Sukatannya ikut banyak mana kuah yang dikehendakinya dan kepekatan yang disukai. Masukkan juga 1 kuib daging dan juga lada hitam yang telah dikisar halus. Reneh seketika sehingga puas hati dengan  kepekatannya. Thats all.

Kjee celur mix vege brand Watties dari Australia. Itu brand yang Kjee suka sebab rasanya fresh. Peas nya tidak keras dan warnanya cantik apabila dicelur. Campur dengan mayo. Selalu Kjee bubuh sedikit perahan lemon. Tadi lupa. Hehehe.

Thursday, November 22, 2012

KWC - COMPLEX UNTUK BORONG DAN JUAL ONLINE










Hari Ahad lepas, Kjee dibawa jalan2 di sebuah shopping complex kat KL yang Nadia enggan dedahkan yang mana satu sehingga kami sampai. Kami pergi berempat. Orang yang keempat, bayang2 Nadia. Hehehe.

Anyway, oleh kerana Nadia kata shopping complex tu bertingkat2, maka UnclePali dah standby bawak wheelchair. Lepas sorang, sorang tolong push Kjee. Thnx so much.

Sampai kat tengah2 KL, barulah Kjee ternampak satu complex beli belah besar yang belum pernah Kjee lihat sebelum ini. Kenanga Wholesale Centre. Pusat beli belah orang niaga dimana barang2 semua murah jika dibeli secara borong.







Isyhhh buat apa bawak Mama sini? Saja. kata Nadia. Dia suka datang cuci mata sebab menurutnya, barang2 murah giler! Lagi banyak beli, lagi sukar nak percaya harga yang mereka beri.

Inilah "syurga" orang meniaga especially mereka yang meniaga online, kata Nadia sementara Sham tak henti2 mengambil gambar. Tapi halfway, bateri kamera kong. So ini sahajalah gambar2 yang dapat ditayangkan.

Menariknya KWC ni ialah, ada dua tingkat dari 8 tingkat, khas untuk pakaian Muslimah! Dari jubah, tudung ke segala keperluan untuk lelaki dan wanita. Turut disediakan satu level khas unuk makanan halal.











Minah ni larang kami amik gambar...



Pelbagai jenis pakaian, beg dan kasut dipamerkan. Boleh rambang mata dibuat.

Kjee berhenti seketika di satu kedai menjual beg. Fesyen yang dijual agak menarik.Pelbagai warna disediakan, Walaupun bukan kulit original tetapi memang  mudah tertipu. Harganya agak mengejutkan. Beli satu, misalnya RM40. Beli tiga RM28 sahaja! Beli enam, lagi murah!!

Kalau ada yang ingin meniaga online atau jual di pejabat2 secara kutu atau bayar ansur-ansur, sinilah tempatnya. Kebanyakkan barang2 rasanya dari China. Kalau satu keluarga pergi, semua ada under one roof. Dari anak2 ke ibu ke bapa ke datuk ke nenek serta ke maid! Hehehe.






Tapi ada jugak kedai yang jual product yang mahal dan berbaloi dengan harga. Kjee terpikat pada satu beg tangan. Harganya RM300++. Salesgirl tu kata kulit ori. Hmmmm.

Korang ingat Kjee borong ker? Oh tidak. Tak sesuwai dengan bisnes online Kjee. Hehehe.

20 ARTIS BANTU KUTIP DERMA UNTUK GAZA




KUALA LUMPUR: Seramai 20 selebriti terkenal tanah air melakukan kegiatan amal dengan mengutip derma daripada orang ramai untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang teraniaya akibat kekejaman rejim Zionis.
Naib Pengerusi Usrah Fitrah dan pelakon, Irma Hasmie berkata, kutipan yang dijalankan sekitar Bukit Bintang di sini pada Rabu itu mendapat sambutan tidak berbelah bagi daripada golongan artis.
"Syukur Alhamdulillah ramai rakan artis membantu dalam menjayakan projek yang kami rancang dalam masa singkat.
"Mungkin kita tidak mampu untuk pergi berjuang di Gaza namun apa yang kami lakukan ini juga sebahagian daripada perjuangan sebagai tanda sokongan kepada penduduk Islam yang sedang dizalimi di Palestin,” ujarnya ketika ditemui pihak media di sini pada Rabu.
Yatt dan Salima

Program yang dianjurkan bersama Badan Aman Palestin itu disertai oleh artis antaranya Siti Nordiana, Yatt Hamzah, Iqram Dienzly, Salima (AF), Zoey Rahman, Anding (AF), Ayu Damit dan Roslan Shah.


Kesemua selebriti tersebut berkumpul di pusat beli belah Pavillion di sini sebelum mereka berpecah dalam beberapa kumpulan dan bergerak sekitar kawasan Bukit Bintang dan KLCC bagi melakukan kutipan.
Dalam pada itu, Irma berkata, pihaknya tidak menyasarkan jumlah tertentu namun akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin wang daripada orang ramai bagi tujuan tersebut.
Malah kata Irma, pihaknya juga merancang untuk meneruskan kutipan tersebut ke beberapa lokasi tempat awam yang lain selepas ini.
"Kita tidak akan berputus asa dan usaha ini akan diteruskan di beberapa lokasi lain. Insya-Allah semua hasil kutipan akan disalurkan kepada saudara Islam kita di Gaza secepat mungkin," ujarnya.


Sementara itu, salah seorang anggota Usrah Fitrah, pelakon Yatt Hamzah memberitahu, mereka juga merancang untuk mengadakan solat hajat perdana dan solat hajat selepas solat Jumaat di beberapa buah masjid yang akan ditentukan kemudian.
"Ini adalah usaha kami bersama Badan Aman Palestin dan orang ramai dijemput hadir untuk melakukan solat hajat tersebut.
"Maklumat lanjut mengenai solat hajat itu akan dikemas kini dari masa ke semasa menerusi laman web kami dan Aman Palestin," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Yatt berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian melalui Bank Islam Malaysia Berhad (No. Akaun: 1202-9010-0478-80) atau Maybank Malaysia Berhad (5622-6301-0787) atas nama 'Aman Palestin Berhad'.
Sumbangan juga boleh dibuat melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip PALESTIN 10 (Jika nilai RM10) dan hantar ke 39111.
Sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.amanpalestin.net atau www.usrahfitrah.com. - mStar Online

KOMEN PEGAWAI FARMASI BUAT KJEE KELUAR PELUH JANTAN!





Ini antara komen2 sebelum ini:

20 comments:

Musliza Mohamad said...
Eerrrrrr....trend skrg ni kalau dah pregnant kena paparkan alat ujian kehamilan utk tatapan satu dunia, ye!!
Yg lain2 tak mau komen. Ye le tu kot, cuma yg tak sdp dgr sbb kahwin cam tergesa2 & cepat2 nak heboh kat org. Lawak le artis ni.
Chekgu Azrine said...
rezeki Allah bagi sepantas kilatkan..alhamdulillah..
Anonymous said...
memang possible sangat. HCG dlm urine boleh di detect as early as 8 days after ovum jumpa sperm so dari minggu lpas boleh detect dah. assuming DD kahwin n ovulated on hari ke 15 of her period cycle, the gestational period is now 31 hari wlpun usia fetus yg sebenarnya ialah 16 hari.during my time, this is form 3 nyer silibus sains.
misz aisya said...
bunting pelamin la kot..dia kan muda agi, subur.. hehe. :)





Anonymous said...
kata aritu tanak anak 2 taun sbb nak further study oversea..tapi bila dah kawin takde pulak buat family planning betul2, tup2 dua minggu kawin dah dpt upt positif..hehe..sbb tu jadi buah mulut orang

tapi peluang kehamilan dlm masa dua minggu tu mmg possible pun kalau ari DD nikah tu mmg time subur dia..zaman skrg orang perempuan kalau bunting pelamin takde segan silu kan announce kat orang ramai..hehehe
haslina said...
Memang la possible untuk pregnant walaupun baru 16 hari, tapi perlu ke nak war2 kan satu dunia. Benda ni bukan boleh sorok2, lama2 orang tau jugak. Kalau lepas 2, 3 bulan baru war2 kan rasa lebih manis dari tergesa2 mcm ni....... nanti mcm2 la org cakap.

Kita zaman dulu2 kan, nak bagitau mak bapak sendiri pun malu walaupun dah beberapa bulan kawin.

Entahlah........ lain org lain caranya. Mungkin FK & DD terlampau happy tu yg nak cepat2 bg tau. Tapi lebih indah rasanya kalau berita gembira spt ini disimpan oleh pengantin baru 2 org saja dulu.



Tetapi baru sebentar tadi Kjee terima komen ini.



Anonymous said...

Ye la tu, sains tingkatan tiga kononnya, aku ni healthcare professional, pegawai farmasi watson. Pregnancy test yg dia tunjuk tu JELAS sgt. Kalau pregnant hari ke-16 mesti dia blur2 lagi sbb detection masih tak kuat. From my experience, klu cam gitu dia ni dah pregnant AT LEAST ONE MONTH BEFORE bernikah. Nyampah tul tgk artis2 yg ingat semua rakyat malaysia ni bodoh.November 21, 2012 9:01 PM



Terkedu seketika. Tapi Kjee terfikir jugak. Jari yang pegang alat pregnancy test tu, langsung tak ada menunjukkan baki2 inai. Dalam masa 16 hari, boleh hilang ke semua tanda2 inai di tangan dan jari?Wallahualam.



Tuesday, November 20, 2012

UPDATE GAZA 3 - 20/11/2012





Enam Terbunuh Serangan Baru Israel Di Gaza, Jumlah Korban Meningkat 116


GAZA: Enam warga Palestin menjadi korban terbaru serangan ganas Israel di bumi Gaza pada Selasa sekaligus menjadikan korban keseluruhannya meningkat kepada 116 orang sejak enam hari lalu.

Situasi pada Selasa agak berbeza dengan malam Isnin yang kelihatan reda sejak Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza pada 14 November lalu.

Jumlah yang disahkan tercedera dan mendapat rawatan hospital kini mencecah 920 orang sejak kempen serangan ini bermula.

Israel pada Selasa telah kembali melancarkan serangan yang agresif di utara bandar Gaza, tengah bandar Gaza dan juga di selatan bandar ini.

Dalam pada itu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak tentera Israel menyatakan mereka telah melancarkan 100 lagi serangan dengan kombinasi pesawat pejuang, tembakan dari kapal perang dan juga meriam.

Sasaran mereka ialah melumpuhkan institusi kewangan yang digunakan oleh Kerajaan Hamas yang mentadbir Gaza.

Dan perkara ini disahkan oleh pihak berkuasa Palestin apabila Bank Islam Nasional yang terletak di tengah-tengah bandar ini musnah terkena roket yang dilancarkan oleh Israel.

Turut menjadi sasaran ialah kediaman Komander Hamas, Raed Aatar di selatan bandar Rafah dan juga seorang lagi pegawai tinggi Hamas, Abu Anza, di bandar Khan Yunis.

Pada Isnin serangan bertubi-tubi Israel telah mengorbankan 33 orang awam Palestin termasuk kanak-kanak. - mStar Online

CEPATNYA DIANA DANIELLE PREGNANT!





Pagi tadi sebelum pergi kuliah, Nadia tanya soalan cepumas ini. "Mama, kalau kahwin selepas 16 hari boleh mengandung ker?" Oppps tercekik Kjee nak berkata2. Kjee pandang dia semacam. Dia ketawa.

"Nadia baca kat internet malam tadi...Diana Danielle dah pregnant! Is it possible just after 16 days?"

Wallahualam. Tak tau dan tak pernah dengar pulak. Itu semua kuasa Allah swt. Bunting pelamin agaknya. Zaman ini macam2 boleh berlaku.

Korang baca sendirilah.





PETALING JAYA: Pelakon popular, Diana Danielle mendapat perkhabaran gembira apabila dia disahkan hamil selepas 16 hari bernikah dengan pengarah filem dan aktor, Farid Kamil.

Menerusi laporan Kosmo! pada Selasa, berita tersebut dikongsi oleh pasangan selebriti itu menerusi gambar alat ujian kehamilan Diana yang dimuat naik dalam laman sosial Twitter dan Instagram mereka.

"Hadiah ulang tahun kelahiran yang paling bermakna. Terima kasih kepada Allah S.W.T.," ucap Diana yang dipetik menerusi laman Twitter.
Diana memuat naik gambar alat penguji kehamilan dalam laman Twitter dan Instagram.


Bagaimanapun, usaha Kosmo! untuk mendapatkan kenyataan lanjut mengenai berita kehamilan itu gagal kerana Farid dan Diana tidak menjawab panggilan telefon.

Pada 3 November lalu pasangan selebriti itu telah selamat bernikah dalam upacara yang berlangsung di Hotel Flamingo by The Lake, Ampang.

Majlis resepsi pasangan itu pula akan diadakan pada 30 November ini di Kuala Lumpur dan diikuti dengan majlis di pihak keluarga Farid di Jitra, Kedah pada 12 Disember.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...