Monday, January 7, 2013

BARU 12 HARI...ADA ORANG 3 TAHUN!!






 
Hari ini sudah 12 hari Kjee tak makan nasi. No big deal. Adik angkat Kjee, Kapten Huzaifah yang duduk kat Langkawi, dah 3 tahun tak makan nasi. Semua demi kesihatan. Dia disuruh pilih buang salah satu carbohydrate dari dietnya dan dia memilih nasi!!! Syabas!!

Kjee taklah tahu samada boleh berjaya macam adik Kjee tu. Ini baru 12 hari. Tetapi Kjee mungkin bernasib baik boleh memilih untuk terus meninggalkan makan nasi sebab Kjee memang tak berapa gemar makan nasi putih. Tapi kalau ada Nasi Tomato, Nasi Beriani atau Nasi Arab, Kjee memang kalah. Hehehe.

Tetapi Kjee tak biasa makan banyak. Cukup setengah pinggan, Kjee dah mengah. Jadi untuk sementara waktu ini Kjee kena 'tutup' bukan sebelah mata tapi dua belah mata apabila lalu depan restoran Arab atau restoran2 yang sewaktu dengannya yang jual Nasi Briani dan Nasi Tomato.

Ada yang tanya Kjee tak pening, tak pengsan ke kalau tak makan nasi? Isyhhh first time Kjee dengar orang pening kepala atau pengsan tak makan nasi.

It's all in the mind! Kalau kita paksa diri kita supaya fikir tanpa memakan sesuatu, kita akan sakit itu ataupun ini, maka itulah yang akan kita dapat!

Arwah mak pernah kata kalau tengok budak2 kecik makan nasi dengan lahapnya... "Kalau makan nasi banyak2 (especially anak2 yang masih di sekolah rendah), nanti nasi akan patuk kita dan kita akan jadi bodoh!" Masa itu, Kjee ketawakan mak. Rupa2nya, ada makna tersirat disebaliknya. 

Janganlah tunggu sampai penyakit dah menunggu di muka pintu baru kita nak sibuk. Tapi macam Kjee ni, jaga2 jugak tapi kalau penyakit nak datang juga, nak buat macam mana. Bagaimanapun, tidak terlalu lambat untuk berikhtiar.

My sister Faridah yang tinggal kat Melaka, yang makan beras khas untuk pesakit diabetes (beras herba foni ehh betul ke ejaan) suruh Kjee cuba makan nasi itu. Katanya, harga beras tu RM6 sekilo. Makan sikit dah kenyang. Tapi nak buat apa membazir duit. Tak payah makan teruslah nasi. Lagi jimat. Hehehe.

Semua pasti nak tahu Kjee makan apa gantikan nasi. Macam2 lah dalam portion yang cukup2 jer. Roti (2 pieces) atau capati (1 piece) atau tosei (1 piece) atau biskut crackers (4-5 keping), sandwich, ikan yang dipanggang/grill dan banyak salads dan sayur2an. Makan buah2an jugak. Tapi kena jaga2 jenis buah. Takut pulak kena kencing manis!

Sedap ker makan macam tu jer? Isyhhh kita yang tentukan makanan itu sedap atau tidak. Kalau kita berfikiran positif, yang tak sedap jadi sedap. 

Minumlah banyak air. Air masak, air putih atau air mineral. Kjee jugak minum banyak Tea4Life. Elok untuk kesihatan. Tea China dan Jasmine Tea juga cukup elok.

It's never too late to start!!


Roti Bijirin Sesame..elok utk kesihatan



My breafast tadi...Insya Allah kenyang sampai petang



3 comments:

Irfa said...

paling lama x makan nasi ialah 7 hari
kak jee kira hebatlah sbb bertahan 12 hari
hehe

Faerie_Princess said...

my sis pun dh lama x mkn nasi.. i think dh lbh 10 thn x sentuh nasi. sy masih mkn nasi cuma skali sehari je la. blh je x mkn nasi tp suami dan ank2 lak yg kesian nnti. :) tunggu ank2 besar skit br kot kurangkan lg nasi

Norlia Yusof said...

Paling lama saya x makan nasi 2 bulan, turun la 5 kg...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...