Saturday, January 12, 2013

FAHAMLAH SEKARANG KENAPA KJEE TAK MAKAN NASI!

Kalau Kjee boleh, Insya Allah korang boleh

Ramai yang nak tahu rahsia kenapa Kjee tak makan nasi sejak 17 hari lalu. Actually seperti yang Kjee kata minggu lepas lihat sini , Kjee lakukannya demi kesihatan. Tapi Kjee tak cerita secara terperinci kenapa! Cuma Kjee kata  elak makan nasi. Tapi kenakan ganti dengan makanan lain sebab kita perlukan karbohidrat (carbo) dalam diet kita.

Karbo gantian Kjee adalah kentang (sebiji jer bukan satu beg), 2 keping roti, mihun, mi dan jugak spaghetti. Bagaimanapun, portion gantian mi/mihun/spag  tidak boleh banyak. Hanya satu mangkuk kecik sahaja. Jangan terlebih sebab buang masa jer kita nak 'diet' kan?

Kjee bukan diet sebab nak kurus. Serius ni...jauh panggang dari api. Kjee hanya nak sihat. Kalau dapat ringankan badan, itu satu bonus.

Mengambil carbo yang berlebihan tidak elok untuk kesihatan. Ia bukan sahaja menyebabkan obesiti tetapi carbo berlebihan akan menambahkan kandungan gula dalam darah. Justru, orang gemuk selalu ada masalah kencing manis.

Tak perlu salmon...ikan lain pun boleh dibakar/panggang


Kjee tiada kencing manis. Selama ini bacaan Kjee hanya 5.7 dan kalau naik pun hingga capai 6.4. Tetapi sejak dua bulan lepas, Kjee telah tersasar. Kjee cukup teruja melihat kengkawan post all kinds of cakes, sweets and desserts kat Facebook dan blog. Kerana Kjee bosan sebab tiada aktiviti nak buat, Kjee tumpukan perhatian kepada baking.

Aktiviti kurang sebab Nadia sibuk belajar untuk final sem dia. So tanpa kawan nak bersembang dan bertekak  Kjee ke dapur dan buatlah kerja2 yang akhirnya menyusahkan Kjee. UnclePali dan Nadia tak suka cakes, desserts dan semua yang sewaktu dengannya. Kjee pun tak berapa suka tapi bila dah masak, kenalah makan. Kalau tidak, siapa nak makan?

Jadi, tanpa Kjee sedar, gula dalam darah Kjee, meningkat. Pada 28/12, Kjee ke farmasi. Bacaan Kjee 14.1. Macam nak pengsan Kjee. Ahli Farmasi tu pandang Kjee dan tanya samada Kjee sedang dalam mode berpuasa. Kjee angguk. Dia geleng kepala. Pergilah hospital, dia kata.

Kjee punya lah takut! Tak sanggup nak beritahu Nadia sebab dia sedang belajar untuk final exam. Nak beritahu UnclePali, nanti dia heret Kjee ke Hospital.


Banyakkan sayu2an hijau.




Kjee balik. Tengok muka Nadia, Kjee rasa macam nak meraung. Kjee dah warning Unclepali jangan beritahu Nadia sehingga habis exam. Tapi oleh kerana selama ini antara Kjee dengan Nadia tidak pernah ada rahsia, maka Kjee beritahu dia sambil cuba menahan airmata.

Nadia peluk Kjee sambil senyum. "Come on Mama. Mama hanya kena kencing manis...bukan cancer! I give you two weeks. Insya Allah akan turun cos mama memang pandai pantang!"

So I start working on my own. First thing first. Kjee stop makan nasi dan jauhi apa jua yang manis, baik gula atau buah2an seperti pisang dan durian. Pada 5 hari pertama, Kjee tak makan nasi dan minum air kosong serta bedal 3 biji apple apabila lapar in between meals. Ingatkan cara ini tidaklah lapar sangat. Kononnya An Apple A Day Keeps The Doctor Away. But I bedal 3 biji!

Pada 5/1/2013,  Kjee periksa darah. Level gula turun tak sampai 1 point menjadikannya 13.3 dari 14.1!! Staff kat Farmasi kata, level Kjee cukup bahaya. Kalau dalam keadaan berpuasa, my sugar level is 13.3,  bayangkan kalau tidak berpuasa! Kjee rasa nak mati masa itu jugak apabila mengetahui result blood test tu  99.9% tepat!


Makan mentah tau!



Ada seorang wanita yang di sebelah Kjee masa Kjee amik blood test tu suruh Kjee terus pergi hospital! Jangan tunggu lagi sebab akan akibatkan buah pinggang Kjee rosak!! Lagilah Kjee stress. Balik rumah, kunci diri dalam toilet dan menangis.

And then Kjee sedar. Tak guna nak ratap kesilapan yang Kjee sengajakan. And Kjee cekal untuk terus diet macam biasa. At least kalau turun 1 point satu minggu pun jadilah. Lama2, akan sampai tahap lama iaitu 6.4 atau yang lebih elok 5.

Then Kjee surf internet. Baru Kjee tahu yang Kjee tersilap makan!! Walaupun tak makan nasi dan makanan manis, Kjee bedal 3 biji apple sehari!! Patutlah sugar level tak turun banyak!!

An Apple A Day Keeps The Doctor Away, kononnya!!!


Okay...apple yang berlambak dalam fridge, Kjee hantar ke rumah jiran. And I continued with my routine. No rice, sugar-free drinks, no apples. Diet Kjee hanya grill fish, salads dan sayur masak air dalam jumlah yang banyak. Minum air kosong sampai kenyang. Jugak minum kopi kosong tiap pagi.

Kjee tahu UnclePali dan Nadia pandang saja apa yang Kjee makan dengan rasa amat sedih. But I couldn't care less. Menu harian Kjee makan tosei sekeping atau 1 keping capati atau 2 keping roti jagung (wholemeal bread) with a little cheese. Kalau rajin makan quaker oats. Minum susu rendah lemak dan jugak susu Anlene bila ada keperluan. Yang lain semua sayur, sayur dan sayur!

Dan of course Kjee makan TF Glucoach (targeted untuk diabetes), Cardio (CV) dan minerals (MV) dan TF Advance. 2 biji tiap satu 3 kali sehari, kata Dr Tamilselvam. Kjee memang berpegang teguh kepada pantang. Kjee switch off minda Kjee apabila tengok rancangan masakan di TV atau tengok orang post food kat FB or blog.

Dan hari ini, 11.15 pagi 12/1/2013, result sugar Kjee ialah 7.6!! Tinggal separuh dari minggu lepas!! Pharmacist terkejut. "Congrats! You buat macam mana?" Hmmm well....hehehe


Lagi pahit ulam, lagi elok!


Panjang lebar kan entry ini! But ada aku kesah! At least sekarang Kjee dah berjaya turunkan sugar level Kjee. Tapi percayalah, Kjee tidak akan berhenti di sini. Kjee akan teruskan usaha Kjee sehingga sugar level Kjee turun kepada 4.5. Korang rasa Kjee boleh ke?

Insya Allah. Nadia and Unclepali tahu Kjee boleh. Dan Kjee pun tahu Kjee boleh, dengan izinNya!

Nanti Kjee cerita macam mana nak cuba elakkan atau kawal makan nasi. Tak susah. Cuma harus ada kekuatan minda. Ingatlah, ubat2an dan supplimen cukup mahal bila kita sakit! Klik sini.


Supplimen  4Life yang turut Kjee amalkan. 


16 comments:

Nor Amirah said...

Itulah kak Jee, kalau kurus pun level gula tinggi dalam pun tak guna jugak kan.

Hm macam mana yer kak Jee boleh tak makan nasi, kalau saya sehari kalau tak makan sekali je pun, badan dah lain macam.

Perut orang Melayu katakan, hehe

ME said...

My husband pun end nov lps about 14.5 sugar level tp sbb dia jenis tak blh tak mkn nasi... I masak peria almost every day especially peria goreng berlada. Nasi thsripergi office bekalkan sup ayam or fishball soup for almost 3 weeks. Alhamdulillah sugar level back to 6 but dia mmg on diabetis med la. So far the diet plus med works. InsyaAllah. Dia pun start kena lps makan fruits byk sgt esp watermelon. Hope Kgee akan post more diet menu... Blh bg idea to others. Thx...

Anonymous said...

Tahniah kjee..kuat semangat kjee..sy pn sedang berusaha mengurangkn nasi tp secara perlahan2 ...bermula dgn amalkn makan segenggam nasi..lps tu makan cuma sekali sehari..kemudian cuma makan seminggu sekali dan skrng sedang berusaha utk x perlukn nasi lg....dah set kat minda yg sedap sbnrnya lauk bukan nasi...so jom kita ratah lauk...hi..hi.. -hani-

Nor Hapizah Abd Manan said...

Tahniah Kak.. sy pun ingat nk check darah la. risau pulak Baca statement akak ni.

UniMeOw said...

cian kJee...uni phm sgt ble sugar level dah naek..mcm abah uni..

tp kan,,jgn la smp rndah sgt..4.5 tu rendah la kJee..5 cukup la..

abah uni pantang mcm2 sgt,bla sugar level rendah,lg teruk aw..smp jd xsedar diri...cakap merapu..bahaya aw...

pape hal pun uni doakan kJee sntiasa sihat..amin...

*congrates bjaya kurangkan gak dpd 14..hehe

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

tahniah kjee....
saya pun cuba nak diet dgn tak makan nasi.
tapi, masih belum berhasil sbb saya nyusukan anak, jadinya, bila tak makan nasi badan rasa lain mcm.
ke mungkin minda kita dah setting cam tu....
in sha Allah kjee..... usaha kjee akan berhasil.
saya pun kena kuatkan minda utk cuba kurangkan nasi buat permulaan.
saya diet nak kurus dan sihat... hehehehhe

sher said...

kak gee, saya nampak gambar peria katak kat atas tu...tak makan ke untuk turunkan gula? saya pun ada sweet tooth, so kena stok peria katak dan makan macam hirisan apple selain sebagai ulaman..

klu bukan pengidap diabetes, 4.5 tu ok.. tp klu kita ambil insulin atau apa2 ubat diabetes (bukan supplements ya), 4.5 tu agak rendah dan boleh menyebabkan hallucinations..saya menjaga emak yg mengambil insulin 2x sehari..

DrNotts said...

you go girl! memang boleh buat kalau nak. saya amalkan banyak makan sayur yang dicelur, letak minyak bijan dan bijan sedikit. ikut cara di sini. kalau tengok orang sini semuanya sihat lagi walaupun dah berumur 80 tahun.

tapi your way, is still good. pokoknya kena kuat semangat.

you can do it! wohey

Anonymous said...

salam kak jee...saya pun baru je cuba seminggu x makan nasi..sumpah!macam nak menangis tahan perut. lepas seminggu cuba timbang berat badan..1 kg pun tak turun!! kecewa! agaknya lemak dah tepu kot susah nak turunkan berat badan ni. mmg motif saya utk turunkan berat badan..takpelah, saya cuba untuk sebulan pulak x makan nasi..kagumla dengan smangat kak jee..i wish i could be just like u!! -silent reader -

Anonymous said...

Kak Jee, rasanya apple yang baik untuk kita adalah yang hijau bukan yang merah sebab yang merah tu manis dan banyak glukos berbanding yang hijau...

Aziela said...

Kak Jee, saya share sikit experience saya boleh? Keluarga saya memang penuh dengan patient diabetes sbb ada dalam genetics kami. And we have a lot of medical practitioners juga. So, ada a few tips here and there.

1.) First of all, bila dalam fasting mode sugar Kak Jee lebih daripada 6 bermakna u are already a diabetics patient. Jangan tunggu Kak Gee, please... Pergilah hospital. Buat full medical check-up and blood test. Doc akan beri ubat untuk Kak Gee mengikut level blood test Kak Gee. From now on, memang kena berdisiplin ambil ubat doctor or else internal organ akan menerima padahnya. Ubat hospital akan protect daripada terjadi perkara2 macam nie. Bila ada diabetes, setiap 2 bulan sekali, kena buat full blood test and scan buah pinggang.

2.) Bukan tak boleh makan nasi. Boleh, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Segenggam tangan kita masing2 sepatutnya sehari. We still need the carbo. Atau better, cubalah beralih ke brown rice. Much more healthier.

3.) Kalau boleh, tolong avoid buah. Apa sahaja buah semuanya ada simple sugar. Contohnya pisang. Diabetics hanya boleh makan sepotong kecil pisang saja atau satu slice buah betik atau tembikai. No more than that. Pls avoid kacang tanah juga kalau boleh. Nak makan sesudu tu, should be fine.

4.) Of course semua food and drinks yang manis kena mansuhkan. Tapi, let me give u a trick. Kalau rasa nak minum teh atau kopi ada rasa gula sikit, beli sugar stevia. Insya Allah ok. Lagi satu, tolongggg jangan guna gula Equal. Dalam tu ada satu bahan yang dinamakan Aspartame boleh cepat merosakkan buah pinggang. Sebenarnya ada banyak produk di pasaran yang ada Aspartame. berhati2 sebab diabetics punya kidney memang senang rosak.

5.) Kambes nie pun boleh turunkan sugar. My father selalu amalkan dulu. Tapi after a few years, baru perasan yang ianya mengecutkan buah pinggang selepas hospital scan and buat test. Mujurlah sempat lagi diselamatkan.

6.) Another tips, kalau rasa macam nak cheat for any days, makanlah apa Kak Gee nak. Tapi jangan lupa flush dengan a lot of plain water. At least 3-4 liter plain water every day. And, jangan lupa minum green tea selalu. Sangat2 membantu dalam kontrol sugar level di samping ubat doktor. Tak kisahlah apa brand pun, janji green tea.

7.) Ada lagi satu yang mujarab sikit. Teh misai kucing. Tapi boleh menyebabkan blood pressure menurun juga. So, kalau setakat ada diabetese tanpa darah tinggi, minum hanya secawan 2 kali seminggu pun cukup.

Once again Kak Gee, please buat proper check-up dengan hospital. Bukan dengan klinik. Hospital lebih tepat dan lebih menyeluruh. Doktor dan dietician akan ajar menu sihat dan portion makanan yang dibolehkan.

Once sugar dah tinggi, bermakna body kita dah tak berupaya menghasilkan insulin untuk menapis sugar dalam darah kita. Sebab tu kita perlukan ubat setiap hari untuk replace body function yang dah fail. Kalau tak dibantu flush dengan ubat seperti metformin, kita akan memberi kerja yang lebih kepada buah pinggang. Sebab tulah kidney mudah rosak. Dan bila kidney ada problem, kos dan risiko lebih tinggi untuk survival.

Semoga Kak gee akan ceria2 dan sihat selalu. Diabetese bukan penghalang kebahagiaan hidup sebab bapa saya dan adik saya happy jer walau ada diabetes. Paling penting, ikut nasihat doktor, makan ubat jangan skip2. Hehehehehe

Luv u Kak Gee.

Kjee said...

Dear Aziela, am really touched by your comment. Kjee rasa ramai akan benefit daripada info yang Aziela share. Kjee akan ke hospital on Monday for a full check-up. The info you shared is an eye opener. Thnx.

Hafra said...

Salam kjee
Sysbas kerana berjaya dengan mission dan target yang ingin dicapai. Saya pernah mendapt bacan gula 16.5, then cuba mkn beras herba ponni dan sayur, turun kepada 11.5. Baru ni jumpa dr , 8.6 . Now saya tgh mencuba amalkn minum jus apple hijau n peria katak

Anonymous said...

As Salam Kak Jee...thanks for the tips n motivation!

Cik Dee said...

Kak Gee...saya baru dpt tau sy ada diabetic type 2! Sedih nak meraung rasanya...my reading is 20!! Umur baru 26...belom kawen plak tu dah mcm ni.....mmg belom rasa lg negative effect tp wajib dah diet gula n cholesterol.....hopefully dgn nasihat2 kak g sy dpt turunkan sugar dlm badan ni....amin

paklah and me said...

Salam Aziela,

Betul ke peria boleh kecutkan buah pinggang? atau memang sebab diabetes yang kecutkan buah pinggang? sebab saya juga pengamal minum jus buah peria. adakah doktor mengesahkan bahawa disebabkan peria buah pinggang ayah aziela jadi kecut?

TQ

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...