Monday, January 7, 2013

PERABOT DITEMPAH MEMANGLAH MAHAL!

INI IKLAN BERBAYAR


Merah dan hitam menjadi pilihan ramai customer Alcano Designs





Sejak Alcano Designs mengiklankan pelbagai perabot keluaran mereka di blog ini, Kjee menerima banyak pertanyaan mengenai harga. Sukar Kjee hendak menjawab. Satu, Kjee bukan taukeh untuk meletakkan harga. Kedua, perabot yang hendak ditempah itu custom made atau mengikut citarasa anda. Jadi harganya berbeza ikut saiz, fabrik dan lain2.

Mungkin rami yang tidak faham konsep custom made dan mass production. Nak senang citer, kita cakap pasal pakaian. Kalau kita beli kain dan hantar ke tailor, harganya sehelai baju itu pasti lebih mahal. Sebabnya, setiap inci pakaian itu mengikut ukuran badan kita. Kalau kita ke tailor dan kain pun dia supply, ia menjadi bertambah mahal.

Kalau kita pergi ke pusat membeli belah yang menyediakan pakaian off the peg atau digantung di rak2, harganya jauh lebih murah. Tetapi kekadang apabila kita cuba memakai, ada yang serba tak kena. Jadi pasti ramai yang  mahu menghantar baju ke tailor mengikut spesifikasi kita sendiri.





Hah samalah macam perabot yang dijual Alcano Designs. Mereka membuat perabot ikut citarasa kita, spesifikasi kita dan jugak pilihan fabrik kita. Pasti harganya lebih mahal dari perabot yang dijual secara lambak atau mass production di banyak kedai perabot.

Kata orang tua2, alah membeli menang memakai.

Kjee seringkali mempunyai masalah dengan perabot yang Kjee beli. Biasanya (walaupun berjenama) tahan setakat setahun sahaja. Selepas itu, akan senget sana sini, fabriknya koyak rabak dan sebagainya. Jadi Kjee membuat keputusan mencari pembikin perabot yang boleh membuat perabot yang ikut spesifikasi Kjee dan tahan lebih lama.

Katil yang Kjee order dari Alcano Designs, sudah setahun Kjee guna. Masih kukuh menahan berat badan Kjee. Dan oleh kerana itu, Kjee rasa amat berbaloi dengan harga yang dibayar. Bayangkan kalau selama ini, Kjee tukar katil dua tahun sekali (beli secara mass production) sekarang Kjee rasa katil yang Kjee tempah boleh tahan hingga lima tahun lagi!

Diuji untuk ketahanan







Ada yang tanya, berapa harga yang Kjee bayar untuk katil King Saiz yang Kjee tempah? Itu pertayaan yang sukar kerana mungkin fabrik yang korang suka, lebih mahal/murah dari yang Kjee beli. Saiz katil mungkin lebih kecil (misalnya Queen size atau standard size). Katil Kjee mungkin mahal sebab Kjee mahu kayu yang lebih baik untuk menampung berat badan Kjee, UnclePali dan my kucing-kucing!.

Dan pemilihan tilam jugak harus diambil kira. Adakah ia berjenama atau sebaliknya.

Untuk yang lasak, elok tempah katil ini. Sebelum diletak tilam


Begitu jugak dengan perabot. Design yang korang nak, tak semestinya sama dengan design yang Kjee tempah. So macam mana Kjee nak berikan harga yang tertentu.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Kalau korang faham apa yang Kjee terangkan diatas, korang tidak akan tanya Kjee lagi soalan2 yang sukar Kjee hendak jawab.

Buatlah temujanji dengan Alcano Designs. Mungkin ada yang menepati citarasa dan budget korang. Kalau merasakan ia mahal, belilah di kedai2 perabot yang berdekatan dengan tempat anda.

Harap2 lepas ni tiada yang call Kjee dan tanya kenapa mahal. Perabot tempah memanglah mahal.

Call Mr Chai  012 3966621

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...