Monday, February 4, 2013

ADA SHOWROOM DI ALCANO DESIGN







Tiga minggu lepas Kjee dapat call dari Angel of Alcano Design di Kampung Baru Sungai Buloh. Bukan main excited dia ajak Kjee singgah kilangnya. Ada surprise, kata Angel. Dua kali tertangguh sebab Kjee masuk hospital. Dan akhirnya dapat ke sana minggu lepas.





Sampai di Alcano Design, Kjee terkejut dengan surprise yang dikatakan Angel. Rupa2nya kilang Alcano Design sekarang sudah ada showroom sendiri! Satu2 showroom berhawa dingin dalam kilang! Sangat selesa.

Menurut suaminya Mr Chai, mereka melaburkan wang yang agak banyak untuk buat showroom itu sebab mahu customer selesa ketika melawat kilang mereka. Ada ruang luas untuk customer serta dua bilik pejabat untuk berbincang mengenai design dan sebagainya.

Selain itu, Mr Chai juga menunjukkan rekaan terbarunya, katil yang cukup mudah untuk dipasang cadar. Anak2 pun boleh memasang cadar tanpa perlu mengangkat tilam yang berat!




"Angel selalu bising apabila tukar cadar di rumah kami. Dia mintak saya tolong sebab tilam kami sangat berat. Jadi, saya pun duduk dan fikir cara mudah ini," kata Mr Chai sambil membuat demonstrasi.

Ini caranya nak tukar cadar, kata Mr Chye



Kalau ada yang nak nak tahu bagaimana rupanya katil ciptaan Mr Chai ini kena pergi sendiri tengok di showroom Alcano Design. Susah Kjee nak explain kat sini. Nasib baik katil king size yang Kjee tempah dari Alcano Design ini baru berusia 1 tahun. Kalau tidak, teringin jugak nak tempah katil special ni. Hehehe.








Anyway, banyak lagi design baru yang dipamerkan di showroom Alcano Design. Korang boleh bawak design sendiri ataupun suruh Mr Chai, reka ikut citarasa korang. Harga tertakluk kepada fabrik dan design yang dihajati. Tapi harga masih boleh bincang.




Mr Chye dan isterinya Angel di office yang besar dan selesa










4 comments:

Irfa said...

mmg menarik..kena kumpul duit dulu sbb kalau tempah punya mesti la mahal kan..lagipun kalau tempah mesti dpt yg idaman hati ;)

zety azhar said...

salam kak jee. sy sgt berminat dgn sofa dr alcano design lps tgk review2 akak. betul ke boleh dpt 30% kalo ckp pembaca blog kak jee? tq

Anonymous said...

kjee klu duk luar bleh ke tempah?penghantaran mcmne?

Anonymous said...

alahai kan kak jee dah bagi no tel si ah cai tu korang call je la kot

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...