Thursday, February 28, 2013

HOME MADE SHEPHERDS PIE



Ini untuk breakfast esok



Malam ni kureng rajin nak masak dan kureng rajin jugak nak makan kat luar. Yang paling malas bila nak keluar makan ialah part nak bersiap. Pastu makan tak sampai setengah jam jer, dah balik.

So tadi Kjee usher UnclePali. Kalau buat Shepherd's Pie jer boleh ker? You tolong buat mash potato dan saya siapkan inti pie tu ya. Punyalah suka apabila UnclePali game jer.

So jadilah tiga biji ramekins saiz 4" dan 1 flan dish kecik. Yang flan dish tu simpan untuk breakfast esok. Hehehe.


bahan2


Inti sebelum ditutup mash potato


Ini dah kena tutup mash potato


Resipi yang Kjee buat tadi sama cam kat siniTapi Kjee tak bubuh sos tiram. Ganti dengan beef cubes atau kiub daging. And Kjee tambah diced bell peppers (cili hijau besar) dan Kjee hiris cendawan butang.

Dan kalau dulu Kjee paipkan mashed potato yang nampak huduh hingga macam tak selera nak makan, kali ni Kjee lapiskan aje mashed potato kat atas inti yang telah diisi ke dalam ramekins dan flan dish tu.

Mula tadi nak hangin jugak apabila mashed potato UnclePali cair sangat. Tapi apabila dah keluar oven, okay pulak. Dan apabila Nadia puji sedap, kembang hidung papa dia. Hehehe.

So itu sahaja tv dinner kami malam ini. Tengok Buletin Utama sambil makan. Masa nak makan, Kjee taburkan crispy cilli flakes. Sedap.




Sorang satu

Tabur crispy chilli flakes, sedap.




6 comments:

Aza/Rin/Na said...

....eemmmm - sedap tu KakJee :-) mmg dah lama teringin nak buat ....

Shahrizat said...

Salam,
nampak macam susah...tapi cara kak jee describe macam senang je nak buat pie ni...saya terliur. terima kasih.

Cik RoSs said...

Nampak sedap!!

Nanti boleh la cuba!

Thanx akak sebab sudi share

Anonymous said...

salam k.gee
bukan nak tanya pasal resepi tp nak tanya crispy chili flakes tu k.gee guna brand aper n beli kat mana yer.??

tq

-dalina-

Kjee said...

Salam Dalina. Kjee beli jenama dari Thailand. Boleh dapat kat banyak supermarket. Tescon pun ada, Insya Allah.

Sharz said...

sedapnye kak jee!! nak try buat!! :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...