Saturday, February 2, 2013

KAWAN MAK MERTUA MATI MISTERI



Sejak semalam UnclePali sibuk bercerita apabila mendapat panggilan dari ibunya, mengenai kematian misteri seorang wanita sekampung mereka di Felda Ulu Jempul Pahang. Pagi ini UnclePali surf internet dan nampak gambar yang disiarkan dalam Sinar Harian. Kjee suruh UnclePali call lagi bonda dia.

Menurut mak mertua Kjee, seluruh kampung gempar sebab kematian warga emas wanita yang berusia 72 tahun itu. Mereka berkawan rapat dan arwah tinggal depan rumah Mak Lang UnclePali di Peringkat 3, Felda Ulu Jempul.

Kalau korang tengok gambar yang disiarkan dalam Sinar Harian, pasti lagi gempar sebab seluruh badannya terbakar hingga ke paras kaki. Yang tinggal hanya dua tapak kaki.

Kata mak mertua Kjee, ketika ditemui, pintu rumah arwah terbuka. Walaupun orang kampung mengesyaki arwah dibunuh tetapi Polis telah mengklasifikasinya sebagai mati mengejut. Barang kemas yang dipakai arwah dikatakan Polis, tidak terusik.

Kjee dengar UnclePali kata pada ibunya menerusi telefon, mungkin ini kerja jin. Wallahualam. Rasa seram pulak nak balik kampung. Sebelum ini kecuh Felda Ulu Jempul mengenai kehadiran hantu pocong satu ketika dulu.

Begitu jugak dengan kejadian kematian di kawasan rekreasi Lubuk Yu berhampiran Felda Ulu Jempul. Pihak berkuasa berkata kematian disebabkan kecing tikus tapi orang kampung kata Lubuk Yu memang berpuaka.

Apa2pun, jom kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah. Moga rohnya tenang di sana. Amin.

Dibawah ini petikan dari Sinar Harian.


MARAN - Seorang warga emas ditemui mati di depan bilik air di rumahnya di Felda Ulu Jempol dekat sini dengan hampir keseluruhan badannya rentung kecuali bahagian kakinya.

Kematiannya itu menimbulkan misteri kerana siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

Ini kerana tiada kesan pergelutan atau tanda-tanda rumah mangsa dipecah masuk oleh penjenayah.

Malah, polis turut menafikan punca kebakaran itu adalah disebabkan terkena kejutan elektrik.

Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, mangsa berusia 72 tahun yang tinggal sendirian itu dijumpai oleh seorang pekerja kontrak kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Menurutnya, pekerja berusia 20-an itu melakukan kerja ubahsuai rumah mangsa dan hanya mahu menghantar bahan binaan memandangkan cuti kerja pada hari kejadian.

“Mangsa ditemui terbaring dalam keadaan terlentang di hadapan pintu bilik air dan rentung termasuk pakaian kecuali dari bahagian pergelangan kaki.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang motif dan petanda kepada unsur jenayah malah barang kemas berupa gelang serta rantai masih berada bersama mayat tersebut.

“Tiada kesan bongkar di dalam rumah dan pecah masuk termasuk di bilik tidur serta tiada tanda pergelutan di kawasan mayat ditemui,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, hanya langsir pintu bilik air di tempat mayat dijumpai sahaja yang terbakar sementara peralatan dan perkakas dapur lain tiada kesan terbakar.




Nak tahu selebihnya kena beli akhbar Sinar Harian hari ini.


10 comments:

Mat Gebu said...

Al-fatihah...hmmm..kadang tak masuk akal, tapi kita tak boleh juga nak nafikan benda2 macam ni...

Sukma Haron said...

kena kuatkan semangat dan iman kekadang perkara yang tak dijangkaui akal fikiran tetap berlaku...macam org yg selalu hilang duit walaupun dah disimpan tmpt yg selamat...

elise eijal said...

seramnyaaaa!

Anonymous said...

al fatihah

Al Sunnah said...

mungkin ini kali ke berapa ja berlaku di Malaysia.. dulu2 baca kat buku je.. kemungkinan kejadian ini yang dimaksudkan "Spontaneous Human Combustion".. khususan ila ALLahyarhamah al fatihah

zana fahmi said...

Seram baca kisah ni kakjee. Ini bahagian dia, kita ni taktahu lg bagaimana nanti. Alfatihah utk arwah.

myfreeminded said...

Allah jua yang Maha Mengetahui.. Fikir lebih2 kang lain lak jadinya.

NoorS Alias said...

Al fatihah ,utk arwah makcik ,..

nor razif said...

Al-fatihah..... Tak pernah terdengar sepanjang hidup, baru ini terdengar....

Anonymous said...

ni satu kampung dgn angkasawan nih...Bustami...kenal x?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...