Friday, February 22, 2013

KEJAP KATA BELUM KAHWIN, KEMUDIAN KATA SUDAH PULAK



Kisah Fizz Fairuz bertunang dengan bini orang dan putus seminggu kemudian, belum lagi berakhir nampaknya. Walaupun ramai pihak kurang percaya dengan kemunculan kenyataan dari 'Ramli', lelaki yang mengaku suami tunang Fizz itu, namun aktor itu menegaskan dia tidak menipu.

Fizz dilaporkan berkata dia telah menghubungi Azlyn Massiela, sebaik sahaja bertemu dengan 'Ramli' dan setelah didesak, wanita itu mengakui dia pernah berkahwin.

Dalam laporan BERITA HARIAN hari ini, Fizz menyatakan bahawa Azlyn sudah mengakui bahawa dia pun sudah berkahwin menerusi perbualan telefon sebaik saja bekas tunangnya itu mengetahui bahawa dia sudah pun berjumpa dengan Ramli.

"Selepas bertemu lelaki itu (Ramli), saya bercakap dengan Azlyn. Saya tidak marah, walaupun hati saya kecewa. Azlyn seperti terkejut apabila rahsianya itu telah terbongkar. Azlyn mengakui berkahwin dengan lelaki itu, tetapi caranya, seperti tiada apa-apa, seperti perkahwinan itu tidak sah. Mana boleh, berkahwinlah di hujung dunia sekalipun, pernikahan mereka tetap sah di sisi agama.

"Cuma mereka perlu daftar dalam negara untuk mendapat sijil kahwin yang sah. Namun, perkahwinan mereka tetap sah walaupun tidak didaftarkan," kata Fizz.

Mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan lebih panjang, Fizz memberitahu peristiwa yang berlaku ini melibatkan maruah diri dan keluarga.

"Saya tidak mahu komen panjang lebar soal ini kerana saya tidak mahu terus mengaibkan Azlyn dan keluarganya. Tetapi saya perlu menjawab persoalan ini kerana saya tidak mahu terus dituduh sebagai penipu dan menganiaya hidup orang.

"Saya bercakap benar kerana ini soal maruah saya dan keluarga," ujar Fizz Fairuz yang turut berkata Azlyn Massiela memberi alasan dia dilarikan dan terpaksa berkahwin dengan usahawan itu.

5 comments:

Irfa said...

HAI MCM2 LA DIORANG NI
MEREKA JE YG TAHU APA YG BERLAKU SEBENARNYA
TAPI JGNLAH BAB NIKAH KAWEN NI NAK TIPU2 PULAK
BERDOSA BESAR TU

Anonymous said...

mcm nie punye kes pun ade ker? adoi nampak sgt la kot pompuan tu x tau hukum agama... yg dia nak bertunang tu plak bukan org biasa, da tentu artis... public figure... sume org akan amik tau... ish3...

Anonymous said...

tk betul ayat kawin kt ujung dunia pn sah.kawin kt thailand kalau berwalikan imam yang bukan dilantik oleh pemerintah adalah tidak sah,sb wali hakim yang sah adalah imam yang dilantik oleh pemerintah.hukum tu terpakai kt mana2..kecuali berwalikan ayah sendiri,tkpelah nk kawin ngn imam sindiket pn sah.

norma,kuantan

shaty said...

iyer je ' di bawa lari dan bernikah '? ermmm .. mak bapa tak lapor polis ke anak di bawa lari ?? Memang banyak tanda SOAL kisah ni. si RAMLI tu kena tunjuk gambar atau surat nikah yang tok kadi/imam siam tu bagi .. abis citer. Terjawab semua persoalan.

eyda said...

Mcm2 hal....dh betullh tu si Fizz terkena kat diri sendiri.....bercinta bg nk rak ngan owg lain tp bertunang ngan owg lain....padan sgtlh tu......

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...