Tuesday, February 5, 2013

MANCING UDANG DI SENTUL PELANGI

Tenang jer airnya


Udang pertama yang Nadia pancing
Nadia dapat dua udang sekali gus


Sabtu lepas, Kjee, UnclePali, Nadia dan Sham ke Kolam Pancing Udang di Sentul Pelangi. Sebelas tahun lalu,  kami tiga beranak memang kerap datang memancing di sini. Pergi lewat malam dan balik awal pagi sampai kekadang Nadia terlajak tidur tak ke sekolah. Hehehe.

Apabila ke sana lagi selepas 11 tahun, kawasan di sekitar kolam tu (bahagian luar) sudah banyak berubah. Mujur ada Sham jadi jurupandu. Kalau tidak, memang sesat kami.

Tetapi apabila masuk ke dalam kawasan kolam, tiada yang berubah. Keadaannya masih di tahap lama. Taukehnya buat duit banyak tapi sayang tak sanggup keluarkan belanja untuk indahkan serta selesakan persekitaran untuk pengunjung.

Ketika kami sampai, belum ramai lagi orang. Tetapi semakin lewat petang, semakin ramai pengunjung. Ada jugak yang datang bawak satu joran tapi dihangkut seluruh keluar dan berkelah. Best betul.



Di sebelah belakang struktur bumbung zink tu, kolam pancing ikan laut











Tekun Sham memancing. Tak banyak cakap.

Kami pun ala2 berkelah. Kjee bawak ayam goreng, egg mayo sandwich, keropok belinjau dan jugak buah apple serta air mineral.

Sham tukang supply dua joran. Dia yang paling rajin pancing tapi hanya dapat 4 ekor sahaja. UnclePali lagi terer. Sibuk bukan main tapi dapat 1 ekor sementara Nadia berjaya pancing 9 ekor! Rasanya udang di situ hanya suka pemancing wanita. Ada perempuan yang duduk sebelah kami, berjaya pancing udang setiap 5-7 minit.

Setelah 11 tahun, harga masuk memancing udang telah dinaikkan dari RM15 ke RM16 untuk satu joran. sejam. Limitnya 3 jam setiap joran/pemancing. Harga umpan cacing rm5, boleh beli disitu.

Selepas tiga jam dan dua joran, kami hanya bawak pulang 14 ekor udang galah. Tiga besar dan lainnya sederhana besar. Pada satu ketika, Nadia dapat tangkap 2 udang sekali gus!

Sebenarnya, tidak dibenarkan bubuh lebih dari 1 mata kail untuk setiap joran. Tapi Sham curi2 letak sampai 5 mata kail. Tapi Kjee tengok, ramai pun buat macam tu.

Kami spend RM16x2joranx3jamxRM15 umpan. Semuanya RM111. Dapat 14 ekor udang. Berbaloi ker?
Unclepali kata tak berbaloi. Katanya, kalau pergi pasar di Kuala Selangor dan spend RM111, boleh dapat dekat dua kilo udang besar2!

So dia kata lain kali tak payah ke sana lagi. For me...hmmm boleh hilang stress duduk tengok air yang tenang. Paling suka apabila Nadia dan Sham bersorak gembira dapat udang.

Esoknya, lunch kami adalah masak lemak cili api udang galah bersama peria katak. Awesome.


Kjee makan dua ekor je. Takut!!!!

Masak lemak cili api dengan peria katak



Nasi Beras Herba Phoni dan keropok Belinjau




5 comments:

Amanda Suria said...

memang x berbaloi kak Jee, tp gulai udang galah tu sgt2 berbaloi..hehehehehehe....

orchid said...

memang xberbaloi kak jee...tapi 'nikmat' mancing dapat hasil itu sendiri yg membuat rasa berbaloi wpun sikit...:)

Anonymous said...

beoit kat Uncle palee .. TIDAK BERBALOi tapi sbg TERAPI MINDA & EMOSI .. boleh lah. Apa pun rasanya gi ngurut or massage .. sedap lagi :) Memangcing memerlukan kesabaran. Orang perongoi ( cepat marah ) tidak sabar dan cakap banyak memang tak boleh memancing .. :) Tahniah NADIA .. memang rezeki anak dara lah tu ..

Joeloding Loding said...

Kt ctu umpan pn kne byo juge ke,kt cni siap umpan free skali..tluk intan..

Raswan Kepak Ayam Madu said...

cer follow gak blog kite ni di kingchickenwingkcw.blogspot.com

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...