Thursday, February 21, 2013

SUAMI KATA BEKAS TUNANG FIZZ HILANG INGATAN!



Kjee pasti ramai yang tertunggu2 untuk mendapatkan kenyataan dari  Azlyn Massiela bekas tunang aktor Fizz Fairuz mengenai kemelut yang melanda baru-baru ini. Kjee baca banyak spekulasi dan andaian orang. Rupa2nya ramai penulis skrip berbakat di kalangan masyarakat kita sekarang.

Antara sub plot paling menarik ialah mereka berasakan itulah hukuman seimpal ketas 'atas dosa yang dilakukan terhadap Chenta Hatinya Almy Nadia'. Hukum Karma, kata mereka.

Anyway, pagi ini Kjee pasti, skrip sebenar 'Tunangku Bini Orang' dengan pelakon utama Fizz Fairuz lebih dasyat lagi jalan ceritanya dari drama bersiri Adam dan Hawa yang didakwa Astro, meletop!! Atau lebih memeningkan kepala dari Sehangat Asmara.

Dalam Kjee mamai2 lagi sebab diberi banyak ubat malam tadi apabila singgah di Hospital lewat malam tadi, Kjee baca dua versi berita yang cukup panas berkaitan drama Tunangku Bini Orang. "Bini Orang' nafi dia pernah 'berkahwin sepanjang usianya selama 26 tahun!' Dan dia sedih Fizz sanggup aibkan dia dan keluarganya sebegitu rupa!

Kjee pasti semua tersandar seketika membaca kenyataan Azlyn dalam sebuah akhbar pagi ini. Malah dia kata kalau sudah 'tidak sayang, tak payahlah fitnah dia sedemikian rupa'. Boleh periksa di mana2 pejabat kadi di Malaysia, rekod dia pernah bernikah.

Malah keluarganya juga dalam proses mencari seorang peguam untuk ke Thailand, siasat samada ada rekod perkahwinannya di sana.

Wahhhh, dasyat sekali ya. Dalam fikiran Kjee, berlegar2 soalan...Permainan siapakah ini? Tak payahlah buat skrip berbelit2 macam ni kan?

Tetapi pasti korang lebih terkejut apabila mendapat tahu, suami Azlyn pulak keluarkan kenyataan, isterinya sakit dan sudah berbulan2 hilang ingatan! Ini, bagi Kjee, telenovela yang bakal mencipta sejarah dunia!

Kenytaan suami Azlyn disiarkan oleh Forblogger.Net. Tak pasti samada kenyataan dalam blog itu berasas. Maaflah, memang ada segelintir blogger yang suka reka2 cerita dan sembunyi tangan lepas lemparkan batu. Tapi Kjee harap blog ini tidak seperti blog sedemikian.

Ini antara yang ditulis oleh blog itu.

“Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. “Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan,” kata suami kepada bekas tunangan pelakon, Fizz Fairuz, 34, yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), 40-an. 

Itu permintaan Ramli kepada masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz selepas kecewa tindakan ‘malu’ isteri keduanya yang menipu aktor terbabit sehingga mengadakan majlis pertunangan secara diam dengan pelakon itu, 10 Februari lalu.

 Semalam media melaporkan Fizz Fairuz berasa tertipu dengan tindakan seorang wanita berusia 26 tahun yang mengakui dirinya belum berkahwin sebelum mereka bertunang di Kuantan, Pahang.

Namun, selepas empat hari bertunang, barulah Fizz mengetahui tunangnya itu isteri orang setelah dimaklumkan kawan kepada adik wanita itu lalu terus memutuskan hubungannya, Ahad lalu. 

Ramli berkata, punca isterinya bertindak demikian adalah kerana kesunyian berikutan kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu. 

“Wanita itu isteri kedua dan diakui ia adalah kesilapan saya kerana bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). 

“Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,” katanya memaklumkan sudah berjumpa pelakon itu di Subang Jaya, Sabtu lalu dan menceritakan segala-galanya.
Menurut sumber, selepas berkahwin, pasangan itu tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara. 

Ramli juga memberitahu, walaupun bergelar suami isteri, dia jarang berjumpa wanita itu selepas bimbang perkahwinan mereka diketahui isteri pertama. 

“Saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan kepada dia walaupun saya sentiasa sibuk,” katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan. 

Menceritakan percintaan bersama Fizz, Ramli berkata, isterinya menggunakan telefon bimbit miliknya untuk berkomunikasi termasuk mengadakan temujanji untuk keluar bersama. 

“Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur,” katanya.

 Kata Ramli, keluarga wanita itu turut tidak mengetahui kedudukan sebenar kerana isterinya tidak pernah memaklumkan mengenai perkahwinan mereka. Menurutnya, wanita itu kini masih isterinya yang sah biarpun perkahwinan di Thailand tidak didaftarkan.


23 comments:

careno said...

Ayoyo... lps film shila hamzah putus cinta ada film baru yg lebih tragis... berebut2 la producer film nak filmkan kisah diorang ni...

Ibu Amirul said...

boleh wat telefilem k.jee..
Ari tu cite shila amzah ngan sharnaz
kali ni cite Fizz Fairuz plak...
Meletop kababooommm

Kjee said...

Rasa2 tenggelam dah kesah Shila Amzah/Sharnaaz dek kesah ni kan! Hehehe

Nana Liena said...

ah sudah..huhu.. makin banyak cerita yg keluar makin banyak spekulasi..huhu., terpulang pada pelakon2 terbabit..moga masalh rumit ni cepat la settle..huhuhu

Dunia familyku said...

tu la psl kak jee...hihihi

shaty said...

ni kes BERAT ni ... pakat dok ngaku gitu gini .. cakap je tak leh caye. KOR ADA BUKTI ? gambar ke ... dokumen sah ke ??? apa pun saya rasa tanggungjawab si ' suami ' tampil menceritakan hal sebenar kerana kemelut ini menyentuh keaiban kedua ibu bapa dan keluarga si ' isteri '.

lady scooter said...

sharnaz - shila... fizz dan kisah tunangannya.. pemanas kisah artis awal tahun 2013...

Anonymous said...

Kalau betul si 'Ramli' tu suami dia, si 'suami' mesti berani tampilkan diri. Jangan buat kenyataan macam2 menggunakan nama samaran. Jika cerita ni tak betul, ia satu aniaya terhadap azlyn. Azlyn harus saman malu kedua-dua lelaki ni...

Sukma Haron said...

Nasi sudah menjadi bubur....

juju said...

hangat2 kakjee hangattttttttttttt

Shariffah said...

seorang suami yang bertanggung jawab sepatutnya tampilkan diri dan mengegakkan kebenaran.. bukannya menyembunyikan diri.. dasar lelaki dayus

Cik Siti Abu Sujak said...

Misteri dan semakin mendebarkan telenovela ni... tak sabar nak tunggu ending nya

Anonymous said...

mcm mana si suami nk tampil diri..kan dia dah jelaskan isteri pertama dia tak tahu dia kahwin dua..sebab tu dia takut tampil..andai dia tampil haha satu lagi bom meletup..kikiki

norhidana miswan said...

makin bebelit n terbelit.... kite tunggu je apa kesudahan nye...

NenetPenne (NP) said...

kalau suami tu kata takut isteri pertama tahu pasal dia ada bini 2..buat apa kahwin lain? dan sekarang, daripada tak tahu terus jadi tahu..satu duniaaa tahu..ha ha ha

balik2 pompuan jugak ygn dapat nama buruk..eh mana aci kan?? jantan tu pun sama jer....

kalau kahwin tak daftar kat malaysia, cemana nak ada rekod...

apapun hanya yang empunya badan je yang tahu selain Allah

nak tahu sangat, suruh depa pi buat ujian kebenaran kat pejabat polis tu..alahhh yang mcm citer CSI tu....

aziekz said...

Nnt, lpas cter sehangat asamra..

Cter BARU plak akn menyusul..msti hot seperti adam hawa..

Anonymous said...

kak jee baca sini pulak:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Eksklusif_Fizzbohong/Article/artikel

huhu...things are getting hotter

Anonymous said...

itu ler...len kali jgn sorok sorok...berterus terang..pas tu jgn nak kata diri kena sihir....daru dulu pun memang tak nak berterus terang relationship dgn almy...sekarang baru nak mintak maaf...memang tak ikhlas dari dulu..sudah la Almy..lupakan lelaki tak berpendirian..tak termalu baru nak ingat ye...

aima said...

ada lak hilang ingatan sampai tak ingat diri dah kawin...macam macam aaa

ka6_jeram said...

Nie dah macam rosalinda ah pulak. Maibn hilang2 ingatan lak.

susumanis said...

apo nak dikato...jgn nikah kat thailand dan x daftar la..kesian ppn, sampai lupa dia bini oarng..huhuhu

Anonymous said...

Ala..mula2 fizz ckp kna buatan tunang n keluarga sampai dia sendiri x sedar,skrg crita lain pulak..nampak sgt menipu..ntah2 dia yg upah jantan tu jd suami..ucapan khas utk fizz.....piiii raaahhh

Anonymous said...

pelikkkkknyaaaaaaa..... fizz tahu sbb kawan adik pompuan tu yg bgithu.... camne tu...?kata keluarga perempuan tu sendiri x thu psl dia tu bini org... camne pulak kwn adik dia tu thu... mesti ni skrip drama org yg biasa maain drama..... (lin)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...