Thursday, February 7, 2013

TELENOVELA SHILA & SHARNAAZ BOLEH KALAHKAN ADAM & HAWA






Rasa2nya ND Lala dan isterinya Fauziah Sarman (perhatikan ejaan Sarman tu...bukan Samad ye. Hehehe)  pasti lega kini apabila mendapat pengesahan anak dara mereka Shila Amzah tidak jadi dirisik bulan depan. Doa mereka agaknya telah dimakbulkan Allah swt. Wallahualam.

Percintaan Shila dan pelakon Sharnaaz Ahmad telah mendapat liputan meluas media cetak dan jugak media baru aka blog hiburan. Hampir setiap hari sejak Shila openly buat kenyataan Sharnaaz adalah Chenta Hati nya, ada sahaja cerita pasangan kekasih yang khabarnya saling cinta mencintai.





Satu ketika dulu, ibu Shila seringkali menemani anak daranya itu berdating dengan Sharnaaz. Tiada sorok2 mengenai perkara ini. Tetapi rasa2nya sejak kebelakangan ini, dah tiada lagi berita Bonda turut serta dalam pertemuan. Justru terpapar gambar Shila berpeluk2an dengan Sharnaaz disiarkan di blog2 hiburan.

Sikap Sharnaaz yang dilaporkan panas baran juga tidak terkecuali disiarkan. Antaranya, kisah Sharnaaz mesej di twitter sambil luahkan rasa marahnya kepada kekasihnya itu. Walaupun Sharnaaz segera menyatakan akaun twitternya telah dihack, namun sampai juga cerita itu ke telinga ND Lala.

ND yang Kjee kenali, memang nampak cool di luaran tetapi hakikatnya dia seorang lelaki yang cukup tegas! Lantas telinga penyanyi yang popular dengan lagu Assalamualaikum YB itu, terus berdesing apabila Sharnaaz mengakui mengongkong Shila kerana penyanyi itu bakal isterinya!

Luahan Sharnaaz itu membangkit rasa marah dikalangan pengikut seni tanahair. Peminat Shila dan jugak ND Lala melenting! Semua menyuruh Shila 'jauhkan diri dari lelaki panas baran itu' dan sekaligus menasihati ND Lala supaya menjaga  anak daranya yang jelita itu.





Dan seterusnya semua tahu apa terjadi. ND Lala bagi kenyataan kecewa dan menganggap Sharnaaz biadap sebab dia dan isterinya  yang menjadi pelindung Shila selama ini masih hidup! Dan selagi anaknya belum dilepaskan sebagai isteri orang, jangan sesekali mahu mengambil alih tugas mengongkong Shila!

Dan seterusnya juga, umum semua sudah tahu, Sharnaaz pulak melenting dan mahu bersemuka dengan bakal bapa mertuanya itu berikutan pengunaan perkataan biadap.

Well, itu berlaku seminggu dua yang lalu.

Dan hari ini Kjee baca di sana sini kesah kononnya Sharnaaz sudah tidak mahu ambil pusing mengenai Shila, anggap dia hipokrit dan sekaligus batalkan hasrat untuk merisik.

Wah....boleh jadi telenovela menarik ini. Boleh buat 120 episod mengalahkan Adam dan Hawa nanti! Dan of course pelakon utamanya semua yang mendukung watak asal dalam kesah percintaan Shila dan Sharnaaz. ND Lala dulu pun pernah berlakon.

Tak minat ke Datin Zaiton Muhd Jiwa atau Rosyam Noor nak jadi produser? Judulnya? Cintaku Patah Seribu...Hehehe.

Semua foto ehsan google

18 comments:

Zulfadly said...

haha, betul tu kakjie, boleh buat 100 episode

Ibu Amirul said...

ok gak.... Kak Gee jadi penulis skrip.... hehehe... Kesian kat Shila.... Tu je mampu cakap....

Noor Yusoff said...

Kak Jee....suka lah dgn ayat ini ....dia dan isterinya yang menjadi pelindung Shila selama ini masih hidup! Dan selagi anaknya belum dilepaskan sebagai isteri orang, jangan sesekali mahu mengambil alih tugas mengongkong Shila!

Saya yang berkahwin pun tak suka di kongkong terlalu sangat rimas apatah lagi org yang terkenal mcm Shila...satu nama besar. Sebelum kawin nampak cam best la tapi bila kawin nanti pening kepala . Apapun tajuk lagu tu benar benar " berhantu"

THE LEKAT LEKIT STORY said...

baca kat sinar tadi dah bunyi lain pula statement shila

“Ya keluarga perlu diutamakan... tetapi pada masa yang sama, Sha nak peluang untuk membuat keputusan sendiri juga.

“Saya tak mahu ‘over-protected’ lagi. Biar saya menjadi diri saya,” tulisnya

begitulah kata shila yg tertulis kat akhbar sinar online. Nampak gayanya episod telenovela ni akan panjang lagi.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tak jadi pun tak apa, huhuhu...

lady scooter said...

ha3.. memang drama sungguh diorang tu!

Mat Gebu said...

Kan.....tu yang payah kalau penulis skrip yang buat entri macam ni ---> Fauziah Abdul Samad... Ada jee idea...hehehe...Moga akak sehat bersama keluarga..

Timbok said...

belum lagi kahwin dah papar tabiat mengongkong dah kahwin nanti tangan kaki pula membelasah, baik tinggalkan cepat2 lelaki macam ini, ramai lagi lelaki yang baik dalam dunia ini shila...

Anonymous said...

Betul tu....

Anonymous said...

Kak jee...rasanya biarlah anak dara sy di sambar helang dari lari mengikut jantan...he..he

Sukma Haron said...

tunggu jer siapa ler yang nak buat telenovela patah seribu...

Grand Dish Cafe said...

jodoh ajal maut ditangan Tuhan. Tapi sebagai insan biasa kita perlu menilai yg mana baik yg mana buruk Nasihat dari org tua kita adalah yg paling utama.Mereka makan garam dulu dari kita.
Sebaiknya kisah sebegini dibincang dgn baik bukan melalui media.Yg lelaki mgkn krg malunya tp yg perempuan ni klau trjadi apa2 malu nanti.Apapun doakan yg terbaik utk mereka ber2.Jika ada jodoh mereka permudahkanlah tapi jika tidak ada semoga segalanya dapat diterima dgn baik.

Matkilau penang said...

salam kak Jee,

Minta tolong pautkan blog saya di blog hebat kak jee

http://matkilaupenang.blogspot.com/

NaOMi said...

Ditelan mati mak,diluah mati bapak...tp apapun hubungan anak dgn ibu & ayah kekal ke akhir hayat...dgn kekasih tk tau sampai kemana...tersalah pilih menyesal seumur hidup,di dunai & akhirat...

ibuaries said...

cinta itu buta kan :-) x kisah la apa pun yg sebenarnya berlaku. personally sy mmg rasa sharnaz ni panas baran & tutur kata tu agak biadab. Bukan ke elok parents yg teman shila utk how etc etc drpd dok berkepit dgn sharnaz. Belum kahwin dah kongkong camtu, esok dah kahwin hmmmm bak kata Nabil "Lu Pikir la Sendiri"

azlia said...

ah'ah..x sabar nk tunggu apa ending dia..he..he..

Anonymous said...

kalau Shila tetap nak pilih Sharnaa, dalam bhs kasarnya saya anggap Shila BODOH ! sudah terang lagi bersuluh ... dah nampak jelas perangai si Sharaaz ni .. perongos, panas baran, kurang adab .. still nak jadikan suami. cayerlah .. dah jadi suami esok shila tak kan berpeluang jumpa mak bapa adik adik .. sesuka hati. dah jadi isteri dia; suka dia nak sekat ke nak kata no ke ... yang penting isteri kena patuh pada suami. Betul tak ?

Anonymous said...

Sangat SETUJU!!!!.......Bodoh lah shila yg baik itu dapat suami mcm shaanaz tu!.....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...