Pages

Friday, March 22, 2013

PENYANYI KOSONG KOSONG DAPAT 4A DALAM SPM



Nasib baik tak kena badi kosong si Najwa kan! Anyway, tahniah walaupun sibuk menyanyi masih boleh dapat 4A. Agaknya kalau concentrate betul2, boleh dapat keputusan lebih baik.

Dibawah ini Kjee copy paste dari mStar Online.


PETALING JAYA: Penyanyi Najwa Latif mengakui gembira apabila menerima keputusan 4A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumukan pada Khamis.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 18, yang mewakilkan kakaknya, Syafikah Latif untuk mengambil keputusan tersebut berasa lega kerana ia melebihi daripada sasaran awalnya.

"Saya terlalu takut sehingga tidak mahu ke sekolah untuk mengambilnya, saya cuba mendapatkannya melalui dalam talian tetapi tidak berjaya.

" Namun selepas kakak telefon beritahu bahawa saya dapat 4A baru saya rasa lega kerana saya menjangkakan kurang daripada itu," katanya ketika dihubungi mStar Online'

Najwa mendapat A dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Matematik serta lulus dalam enam mata pelajaran lain.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim itu gembira apabila mendapat keputusan cemerlang dalam subjek kegemarannya bahasa Inggeris.

Dia turut merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dalam bidang berkaitan Bahasa Inggeris.

"Saya merancang untuk sambung pelajaran selepas ini di universiti, Insyaallah bulan Jun baru keluar keputusan permohonan untuk kemasukan ke universiti.

"Kalau boleh harapan saya adalah untuk menjadi pensyarah Bahasa Inggeris suatu hari nanti," katanya.

Dalam pada itu, Najwa berkata dia akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya seni sebelum memulakan kehidupan sebagai mahasiswa.

"Sebelum sambung pelajaran saya akan fokus dengan promosi single Sahabat dan video klip, selain itu juga saya akan keluar single terbaru berjudul I love U.

"Kalau sambung pelajaran nanti saya perlu bahagikan masa dengan aktiviti pembelajaran pula," katanya.

3 comments:

Irfa said...

tahniah buat Najwa
ada jugak A ;)

adda syuhada said...

tahniah..at least lulus...syukur lah..

shaty said...

tahniah pada NAJWA .. kalau setahun berehat dan fokus pada pelajaran; memang boleh dapat lebih banyak A rasanya . Apapun dengan keputusan seperti itu, saya rasa beliau tidak ada masalah untuk mohon Kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan .. dah keluar pun iklannya.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...