Pages

Saturday, March 9, 2013

SMS DIHANTAR TIKA SUAMI SUDAH TIADA


Ketika Rosiah Dahlan menghantar sms kepada suaminya pada tengah malam 2 Mac lalu untuk mengucapkan Selamat Ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-23, langsung tidak terlintas di hatinya suaminya tidak akan langsung menatap sms itu.

"Apabila saya menunggu tetapi tiada jawapan, hati saya mula berkata2. Rupa2nya ketika itu, suami saya sudah tiada..."

Demikian kata Rosiah Dahlan, 52 tahun balu kepada Supt Ibrahim Lebar ketika ditemubual wartawan The Star.

"Kali terakhir saya bercakap menerusi telefon dengan Allahyarham adalah pada jam 2 petang, 2 Mac.. Saya menelefon dia setiap hari. Kalau tak dengar suaranya satu hari pun saya akan runsing.

"Perbualan kami seperti biasa...ceria dan penuh dengan kasih sayang. Kemudian dia kata nak bercakap dengan anak bongsu perempuan kami dan berjanji akan call lagi kira2 pukul 8 malam.

"Kami menunggu panggilannya hingga tengah malam. Tetapi apabila dia masih tidak call, saya terus hantar sms mengucapkan Selamat Ulang Tahun perkahwinan kami yang ke-23. Apabila masih tiada jawapan, saya mengesyaki ada yang tidak kena," kata Puan Rosiah, seorang Juruaudit.

"Kemudian saya baru dapat tahu ketika saya hantar sms itu, beliau sudah tiada..."

"Saya terima pemergian Allahyarham sebagai takdir dari Allah swt.

Allahyarham Supt Ibrahim Lebar, 52, terbunuh bersama lima lagi pegawai dan anggota polis di Semporna, Sabah pada 2 Mac lalu.

"Kini saya hanya ada anak2, yang memahami betapa saya mencintai Allahyarham ayah mereka. Saya perlu tabah meneruskan kehidupan bersama2 mereka. Kami amat menghargai bantuan dan sokongan moral dari keluarga, kawan2, Polis DiRaja Malaysia dan Kerajaan Malaysia."

Allahyarham Supt Ibrahim meninggalkan tiga anak yang berusia 17, 20 dan 22 tahun. Anak sulongnya Amirul Shafiq, 22 sedang mengambil diploma dalam bidang Pemasaran di UiTM Segamat, Amira Shahira 20 tahun sedang belajar dalam bidang perubatan di Universiti Kaherah, Mesir dan yang bongsu Amira Shadida bakal menduduki SPM tahun ini.

Rosiah dan anak2nya bangga Allahyarham Ibrahim gugur sebagai Wira Negara.


2 comments:

Aisy Nasiha said...

sedihnya kan? siapa sangka nk jadi.... smoga kluarga yg terlibat akan tabah

CLEO said...

Ya Allah sedih membaca post kali ni. semoga kak Rosiah sekeluarga tabah dlm menghadapi segala cobaan dan dugaan yg dberikan. suami akak pergi sebagai seorang syahid.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...