Monday, March 25, 2013

SYATILLA MELVIN BINTANG BARU 'JAHAT'




Nama dia agak mengelirukan. Kjee ingatkan bukan Melayu rupa2nya Kjee silap. Maklumlah jarang2 tengok dia kat TV or maybe Kjee yang jarang tengok drama lakonan dia. Maaf.

Apapun, Kjee tabek spring kat Syatilla Melvin kerana berjaya membawa watak Fifi dengan baik sekali menerusi drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi di TV3, Isnin sampai Khamis jam 7 malam.

Hebat sangat lakonannya sampaikan setiap kali dia muncul, Kjee rasa macam nak baling cushion! Hehehe.

Kjee rasa Syatilla can put ramai pelakon to shame dengan lakonannya yang selamba dan amat berkesan. Fauziah Ghous yang turut berlakon dalam drama tu, nampaknya kena hati2. Takut lakonan awak nampak ciput. Hehehe.

Anyway, harap2 Syatilla tidak seringkali disogokkan dengan watak2 stereotype walaupun wajahnya memang sesuai sangat untuk watak antagonis.

Syatila punya masa depan cerah dalam dunia seni lakon. Cuma sedikit nasihat dari wartawan tua ni..Cuba elakkan cerita2/gossip yang boleh hancurkan karier anda yang sedang berkembang.

Bacalah cerita Syatilla yang Kjee copy paste dari mStar Online.

PETALING JAYA: Pelakon Syatilla Melvin enggan dituduh menumpang populariti Saheizy Sam ekoran timbul gosip kononnya mereka bercinta.

Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirul Melvinn, 22, berkata, dia berkawan rapat dengan Sam sejak tiga tahun iaitu ketika dirinya belum lagi bergelar artis.

"Saya dan Sam memang kawan rapat dan kami ada juga keluar bersama jika ada masa lapang. Tapi kalau nak bercinta tu belum lagi, tidak tahulah pada masa akan datang.

"Saya pelik juga kenapa orang tanya pasal saya dan Sam sedangkan kami memang sudah kawan lama. Saya pasti dia juga ada kawan perempuan lain yang rapat dengannya seperti saya.

"Saya tidak mahu orang kata saya hanya mahu menumpang populariti dia sahaja untuk melangkah ke dunia seni ini," katanya kepada mStar Online dalam satu sesi fotografi yang dilakukan baru-baru ini.

Biarpun hanya sekadar teman rapat, dia tidak menolak jika suatu hari nanti lelaki tersebut merupakan jodohnya.

Bagaimanapun, Syatilla menganggap perkara tersebut hanya lumrah kehidupan sebagai artis dan sudah bersedia menempuh gosip itu.

Menurut bekas peserta Dewi Remaja 2010 ini, ibunya sering memberi kekuatan dan kata-kata semangat untuk berhadapan dengan gosip dan khabar angin berkenaan.

"Ibu banyak bagi galakkan untuk saya menjadi artis, malah setiap kali ada gosip timbul dia yang akan hubungi saya dan bertanyakan hal tersebut," katanya.

Sementara itu, Syatilla yang sering membawakan watak-watak antagonis dan penggoda mengakui sering dipandang serong ketika berada di tempat awam.

"Ada juga penonton yang menegur saya di luar tentang watak-watak dalam drama yang mereka tonton. Terbaru watak Fifi dalam drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.

"Sejak setahun berada dalam dunia lakonan memang semua tawaran yang saya terima adalah watak-watak perempuan jahat dan penggoda, sebagai pendatang baru saya terima sahaja," katanya.

7 comments:

  1. Hana suka tgk dia berlakon... mgg style. menjadi lah... cuma Hana pown harap dia x slalu diberikan watak2 mcm ni. nk jugak tgk bape hebat dia boleh bawa watak2 lain

    ReplyDelete
  2. SAYANG MASA TAYANGAN BERTEPATAN WAKTU SOLAT MAGRIB.TERPAKSALAH arahkah anak-anak tutup tv.bukan alim tapi nak melentur buluh.

    ReplyDelete
  3. memang kena dengan raut wajahnya

    ReplyDelete
  4. daftar je di www.tonton.com.my , nak tengok berulangkali sampai subuh pun tak apa. tak perlu keluh-kesah tersaing dengan waktu maghrib

    ReplyDelete
  5. fuiyohhh.. tengok sekali pun dah tau 'jahat'. mampu memikat para penonton lelaki melekat lebih lama di kaca tv

    ReplyDelete
  6. dah abis ke citer RBDAD tu?
    lama x tgk..sbb waktu siaran adalah waktu sibuk

    ReplyDelete
  7. Its been one week.where r u...how r u...

    ReplyDelete