Pages

Sunday, March 3, 2013

UPDATE LAHAD DATU

Seorang Lagi Anggota Keselamatan Dilaporkan Terkorban Dalam Pertempuran di Semporna


KUALA LUMPUR: Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam Sabtu.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.-BERNAMA

4 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

slm sis...brta tgri tv3 ni baru je bthu 7 org lagi polis msia terkorban,setelah ditembak bertalu-talu.al-fatihah :(

Ayu azmir said...

Semoga negara kita akan aman seperti sbelum ni... harap mereka dapat berundur..... jgan ganggu keamanan kami....

shaty said...

qalluinnalillah ... ingatkan dah selesai. Nampaknya makin gawat ni. Bersungguh betul mereka memperjuangkan misi mereka. Kental betul semangat mereka yerrr .. langsung tak makan pujuk dan rayuan kita.

Askar Pencen: said...

racunkan semua punca saliran air..parit air.perigi..anak sungai...look stupid but... what israel did is the same method lemahkan pejuang arab masa perang bukit golan...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...